Assalamualaikum
Rasa-rasanya ia antara topik paling minima ditulis di dalam blog saya ini.
Baru-baru ini seorang lagi teman penulis bertanya mengapa blog akademipenulis bebas ini kembali bersawang? Carilah 1001 alasan, jawapannya ada pada diri penulis.
Selain daripada sibuk dengan tugasan asasi, ada satu lagi alasan yang tiba-tiba muncul iaitu:
Kelembapan talian BROADBAND.
Saya ingatkan kepada teman penulis yang ingin membeli rumah, pastikan talian internet di kawasan yang bakal anda duduki itu mempunyai talian internet yang sangat super!
Jika tidak, bersabar dan cari lokasi lain yang membuatkan anda senang hati. Itupun jika anda tidak mahu melihat aksi mencari lokasi strategik untuk dapatkan coverage walaupun terpaksa memegang laptop di luar pagar rumah (dibaca akibat talian internet yang sangat mendukacitakan).
Ini suatu ingatan yang biasa-biasa sahaja tetapi mempunyai kesan yang sangat besar kepada penulis. Sekadar pesanan untuk teman-teman ya!