Resensi Buku Diari Seorang Diplomat Hikmah yang Tersirat

 Image 

Kali pertama saya mendengar kisah buku ini daripada corong radio IKIM.fm sewaktu temuramah dengan orang kuat rumah penerbitan Toko Buku Galeri Ilmu. Menurut penerbitnya, penulis buku ini tidak sempat pun menatap dan membelek buku ini kerana terlebih dahulu dipanggil Allah.

Al-hamdulillah, buku tulisan allahyarham Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd pantas saya miliki. Allahyarham sebetulnya sempat setaman ilmu dan budi bersama saya dahulu. Bumi biru di pinggir Gombak itu memang tidak pernah sunyi daripada mencetak beberapa watak yang hebat menyumbang kepada ummah.

Allahyarham sebetulnya graduan Undang-Undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) sememangnya membuka peluang membawanya terbang ke bumi bergolak Pakistan.

Sebagai penggemar karya travelog, buku ini saya lihat ditulis i oleh seorang penulis yang sangat tinggi keyakinannya terhadap Allah. Hidup dipagari kawat besi walaupun menghuni hotel berbintang di tengah bandar yang tidak aman menyebabkan Allahyarham memilih untuk hidup bebas tanpa kawalan ketat askar. isu selamat atau tidak, Allah yang tentukan. Suratan tertulis Allahyarham dipanggil Pemiliknya akibat kemalangan jalanraya ketika bercuti di bumi sendiri, bukan bumi bergolak Pakistan yang diceritakan sentiasa digerunkan oleh pengebom berani mati.

Lantas, ini mendedahkan Allahyarham kepada susuk budaya kaum arab masyarakat tempatan. Pelbagai perkara krisis antara adat dan ibadat memeningkan kepalanya. Namun, sebagai PTD ia dapat diuruskan dengan penuh hikmah.

Alang bertandang ke tempat orang tidak sah rasanya tanpa meninjau keistimewaan dan persekitaran yang menarik. Ada nada kepuasan di balik tari penanya apabila dapat menggunakan ruang masa yang ada untuk menikmati bahagia yang sedikit cuma bersama isteri dan anak-anak ketika di perantauan. Itu dilakukan sebaiknya oleh allahyarham.

Maka benarlah dikatakan oleh Ustaz Shopuan, mentor saya : “buku kita menjadi batu nisan apabila kita mati nanti”

Maka ini suatu coretan seorang ayah yang akan dapat ditatap oleh puteri allahyarham apabila keduanya boleh membaca nanti. Saya pasti ia pasti menjadi antara buku terawal yang dibacakan oleh bonda puteri tersebut pastilah buku tulisan almarhum ayahandanya ini. terdapat satu bab dalam buku ini di mana allahyarham menulis catatan berupa pesanan kepada puteri sulungnya. Ia dilihat biasa sahaja sekiranya ia ditulis di blog. Tetapi barangkali kini ia menjadi suatu wasiat kepada anak-anak allahyarham. Alangkah indah Allah menyusun paksi minda penulisnya.

Sesungguhnya Diari Seorang Diplomat sememangnya suatu hikmah yang tersirat. Menyentuh hati, menjentik emosi..menginsafkan.

Moga Allah mencucuri ramat dan kasih sayang kepada Allahyarham penulis buku ini Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd. Terima kasih kerana meminjamkan curahan emosi dan minda melalui penamu.

 

 

 

2 Responses to Resensi Buku Diari Seorang Diplomat Hikmah yang Tersirat

  1. Aku kagum, adik beradik kagum, juga ibu bapanya… Rindu kamu. Al fatihah

  2. Shahrul says:

    Assalamualaikum tuan,

    Saya Shahrul Zaman Lukman, Editor Kanan Galeri Ilmu Media Group. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana membuat ulasan berkenaan buku Diari Seorang Diplomat. Besar manfaatnya yang Allahyarham tinggalkan.

    Insya-Allah kami akan jadikan ulasan puan berkenaan buku ini sebagai salah satu testimoni pembaca yang akan dimasukkan dalam majalah ANIS.

    Terima kasih.

    Shahrul Zaman bin Lukman
    Editor Kanan
    GALERI ILMU, No 44, Astana Karya,
    Jalan Pekaka 8/3, Seksyen 8, Kota Damansara
    47810 Petaling Jaya, Selangor.

    Tel: 03.614 21 614 / Faks: 03.614 21 612 / 019 387 5748
    http://www.galeriilmu.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: