Artikel akademipenulisbebas.wordpress.com dalam sorotan literatur jurnal terbitan Us-China education Review.

December 28, 2013

Image

Blog akademipenulisbebas ini sudah mencapai objektif ia diwujudkan. Kali ini salah satu artikelnya yang bertajuk “Peranan Guru Pendidikan Islam” telah dijadikan rujukan sebuah artikel jurnal terbitan US-China Education Review bertajuk Positive Self Concept For Islamic Education Teachers As a Role Model. Penulisnya? Nurul Asiah Fatehah Muhamad (USIM), Mohd Isa Hamzah, Abd Halim Tamuri (UKM), et all.

Saya teringat salah satu komen sahabat terhadap penulisan di blog ini katanya saya menulis perkara-perkara seolah menunjuk kehebatan sendiri. Nasib baik saya tidak lemah semangat ketika itu. Untuk berlaku adil, blog akademipenulisbebas ini perlu dibaca secara keseluruhan. Ada artikel serius mengenai pendidikan dan dakwah. Sebahagiannya menembusi tembok kebal editor. Sebahagiannya mengutarakan kejayaan saya dalam bidang penulisan. Mengapa? Adakah ianya untuk tujuan mencari kebanggaan? Antara hasrat diwujudkan blog ini adalah  untuk berkongsi jatuh bangunnya seorang penulis bebas. Justeru, pasti pahit dan manisnya.

Seorang agamawan¬† pernah pada suatu ketika marah-marah kepada seorang penulis novel sirah terkenal negara kerana mendialogkan peristiwa perang dan kisah di zaman sahabat. Jawab penulis itu “sekurang-kurangnya saya buat sesuatu ..menulis kisah kisah tersebut. Apa pula usaha tuan?”

Ringkasnya, kita tulislah di media milik sendiri. Ada komen maksudnya orang prihatin terhadap karya kita. Yang jadi masalahnya kita hanya bising-bising tapi tidak buat apa-apa macam ayam kampung riuh sekampung. Justeru, setiap sumbangan penulisan kita pastikan kualitinya kerana mungkin ia menjadi sorotan atau rujukan para sarjana dalam membuat penyelidikan.

Advertisements