MASA BAGI PENULIS SEPARUH MASA

“….Boleh kita lantik akh Syukur sebagai Pengarah program? Kalau target dapat publish bulan Jun, bila cadangan tarikh utk program penulisan dakwah kreatif & peraduan menulis artikel dakwah? boleh kita tulis ttg isu semasa remaja & belia.” Begitu bunyi email daripada seorang rakan aktivis remaja dan belia NGO yang saya sertai.Saya terkedu.Bulan ini sahaja saya terlepas untuk memastikan artikel sempena hari Buruh dan Hari Guru tersiar di akhbar dan majalah.

Di mana silapnya.Mungkin juga kurang bijak mengurus masa.Balik saja dari Pulau Pangkor berkursus, kemudian terima satu lagi panggilan kursus Jurulatih Kokurikulum Pendidikan Islam Selangor di Port Dickson.Terus berkampung membina modul program modal insan dan sahsiah murid-murid.

“Ustaz, jemput  masuk team penulisan dakwah kami! untuk projek buku akan datang.” sapa pula Penolong Pengarah Dakwah Sektor Pendidikan Islam Jabatan pelajaran Selangor. Memarik! tapi pasti perlukan komitmen tambahan.

Betapa masa begitu mencemburui sehingga saya gagal untuk patuh kepada target yang saya tetapkan sendiri.

Begitu rupanya kehidupan seorang penulis separuh masa.Andai silap mengatur masa, pasti hanyut dengan kesibukan yang sentiasa mengekori.Kehidupan dan kepercayaan orang terhadap kita pasti memberikan kita tanggungjawab untuk ditunaikan.Amanah jangan dibaca sebagai bebanan.Tetapi itulah harga yang harus dibayar.Bagi seorang penulis separuh masa, pintarnya kita mengatur masa merupakan tiket untuk terus memastikan hasil penulisan terus dibaca massa.
Moga-moga saya dikurniakan kekuatan dan semangat untuk menebus kembali kelalaian sepanjang 2-3 minggu ini.Perancangan akan diatur.InsyaAllah, Manuskrip Buku dakwah dan Teknologi maklumat akan cuba dikemaskini untuk dihidangkan untuk penilaian JAKIM.Moga ia menjadi manuskrip kedua yang akan diterbitkan.beriakan aku semangat untuk berkarya..

 

Ruzain Syukur Mansor

www.akademipenulisbebas.wordpress.com

16 Responses to MASA BAGI PENULIS SEPARUH MASA

  1. sk pulo says:

    Salam… Akh Ruzain apa khabar? Malam ni tgh surf internet tiba2 terjumpa ni. Terus ingat kitak sbb dulu pernah buat assignment skali masa di UIA KUSZA. Tapi skrg anta dah jadi orang hebat. Penulis yang makin dikenali. Sebelum ni pn pernah trengok artikel di b. harian, dan majalaah terbitn JAKIM. Harapkan teruskan usaha untuk memperkasa bidang penulisan terutamanya dalam pend. islam.

  2. lan pulo says:

    Assalamualaikum.
    Nak tanya anta sikit… sejak bila mula menulis secara serius ni? Sebab masa di UIA dulu tengok low profile je…Pastu ada tak sebelum jadi penulis macam sekarang ni, anta menghadiri bengkel atau kursus? ataupun anta menulis cuma berdasarkan apa yang hadir alam fikiran anta? Ana ada minat juga untuk menulis. idea ada tapi tak reti nak kembangkan. kalau baca artikel yang anta tulis, bahasanya sedap. dah baca artikel pasal budaya tak pa di taman ilmu dan budi… Satu lagi minta maaf nak komen. Ana perasan ada beberapa typing error dalam artikel anta. Mungkin kalau dalam blog lain boleh diterima, tapi dalam blog anta rasanya susah nak terima sebab anta penulis yang dah semakin dikenali. Minta maaf ya tuan penulis..ana ni komen orang pandai, tapi bila suruh menulis hampeh.

    • ruzainsyukur says:

      Terima kasih saudara atas komen membina.
      70% ice cube tenggelam apabila di dalam air.Hanya 30% sahaja yang timbul di permukaan.Begitu juga bakat manusia.Hanya 30% dilihat dan disedari, selebihnya tenggelam di dalam diri.Saya percaya setiap insan yang berani mempunyai blog dan menulis di dalamnya adalah penulis yang mempunyai bakat.Samada berani atau pun tidak sahaja untuk menonjolkannya.

      Saya mula menulis sejak tahun 2006, sejak artikel pertama tersiar di Utusan Malaysia.Ketika itulah muncul keyakinan untuk mengenengahkan idea kepada massa.Menulis banyak melatih minda untuk berfikir dan merenung jauh ke dalam diri.Artikel Budaya Takpa yang saudara baca di blog ini saya tulis hasil daripada satu bengkel penulisan dikendalikan oleh Prof Umi Kalthum di UIAM .Ia suatu latihan untuk melihat sesuatu dan menafsirkannya di luar kotak.Hasilnya amat menakjubkan.

      Saya yakin saudara dapat menulis dengan baik.Tidak semestinya melalui bengkel yang dihadiri barulah penulis dapat dihasilkan.Membaca dan terus membaca insyaAllah akan lahir idea yang hebat.

      Saya berminat sekali untuk melihat karya saudara mengenai pengalaman mengajar di bumi Kenyalang.Ia boleh menjadi catatan travelog dakwah mendidik jiwa terutama bagi guru yang tidak berpeluang menabur budi di bumi orang seperti saya

      Salam mesra
      Ruzain Syukur Mansor
      http://www.akademipenulisbebas.wordpress.com

  3. sk pulo says:

    Terima kasih atas respon. Pasal pengalaman mengajar di Bumi Kenyalang, insya Allah kalau diizinkan saya akan menulis di blog peribadi saya suatu hari nanti. Buat masa ini, kekangan masa jadi penghalang.

    Kalau tak keberatan, saya nak ambil beberapa artikel yang boleh dikongsi untuk dimuatkan dalam blog saya. Jangan risau, nama saudara akan dikekalkan sebagai penulis asal. Syukran.

  4. ruzainsyukur says:

    Silakan sheikh Lan,
    Kembangkan penulisan tersebut, kongsi dengan rakan.just tulis karya tersebut daripada blog http://www.akademipenulisbebas.wordpress.com sahaja.Semoga terus dan terus menulis

    Ruzain Syukur Mansor

  5. sharifah says:

    re: mohon izin bagi mengambil bahan sebagai rujukan assigment saya, sesuai dengan tajuk isu pendidikan; cabaran profesion perguruan.
    terima kasih

  6. fairuz says:

    lo..member aku jadi penulis ye…aku cedok sikit penulisan hang untuk kerja kursus master aku.

  7. Duan says:

    salam.. sahabat lama, ingat lagi ke. tahniah atas kejayaan melakar nama sbg penulis skrg ni.. teman tumpang bangga yop hehe

  8. assalamualaikum,
    saya baru ter’intai’ blog saudara, memang hebat. Tahniah dan teruslah sebarkan fikrah dan rasa agar menjadi pedoman setiap orang yang membaca.

    saya juga ingin mohon kebenaran untuk menjadikan penulisan saudara sebagai rujukan pada masa-masa yang diperlukan nanti, insyaALLAH. Terima kasih atas perkongsian ini

    Rafidah Harun

  9. mohd riduwan says:

    assalamualaikum tuan,
    masis ingat saya? Riduwan daripada DBP. Kni saya bertugas di DBP cawangan Sarawak. Teruja dengan usaha tuan untuk mewujudkan direktori penulis dalam kalangan GPI. Kebetulan saya pun sedang mengemas kini Direktori Penulis Sarawak. Semoga usaha kita yang sekelumit ini berupaya menggerakkan misi dakwah melalui pena. Tahniah, khabarnya kini tuan sedang berkhidmat di KPM.

  10. Farull says:

    Salam saudara, saya salah seorang penulis sepenuh masa di salah sebuah syarikat pekerjaan bebas. Selain dari penulisan dalam bahasa inggeris, saya juga berminat dalam penulisan dakwah. Ada beberapa artikel yang telah saya tulis tapi masih belum diterbitkan di mana-mana lagi kerana tiada majikan Muslim di syarikat ini. Saya amat berharap dapat petunjuk jalan untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan dakwah. Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: