SEPARUH AKHIR ..PIALA KEAGUNGAN RAMADHAN

Jika perlawanan bolasepak detik ini sudah masuk separuh akhir.Saingannya semakin hebat.Semuanya inginkan kemenangan.Tolak monolak berlaku.Tak kisahlah.Janji aku menang.

Hari ini sudah masuk hari ke 16 Ramadhan.Separuh akhir merebut piala keagungan Ramadhan.Perjalanan ke masjid masih tenang.Tidak berlaku tolak menolak untuk masuk ke pintu masjid.Yang berlaku tolak menolak, tepis menepis ketika ini hanya ketika mahu membayar pembelian barang-barang dan baju raya ketika di shopping complex.Allah tawarkan pahala berganda ketika separuh akhir Piala Ramadhan.Tetapi lagi hebat tawaran pengurus Shopping complex ketika ini.Di sana kata beli 1 dapat 1.Beli 1 percuma 1.Tetapi Allah tawarkan baca 1 dapat 10.kan baca 1 huruf Al-ur’an sepuluh gandaan pahalanya.Mana yang lebih hebat?.Tepuk dada tanyalah iman.

Di sekolah tadi, sempat saya menguruskan Majlis Khatam Al-Qur’an bagi murid-murid yang tamat 30 Juzu’ Al-Qur’an.Dalam ucapan Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Klang Tn Hj Zohan Ahmad, sempat beliau titipkan kata-kata semangat serta sedikit ingatan terhadap keagungan Al-Qur’an jika dibaca dan dihayati.

Memang begitulah.Saya titipkan kepada calon UPSR ketika tazkirah tadi bahawa yakinlah ketika membaca ayat-ayat Al-Qur’an.Yakinlah walaupun dengan Bismillah itu boleh menyembuhkan penyakit berkat pertolongan Allah.Semuanya pasti jika kita yakin Allah memberi bantuan.

Ada yang menangis membaca novel ayat-ayat cinta.Malah tersedu-sedu tangisannya ketika menonton filem Ayat-Ayat Cinta.Tetapi berapa ramaikah di kalangan kita yang menangis ketika ayat-ayat Al-Qur’an dibacakan.Apatah lagi ketika ayat Al-Qur’an itu kita sendiri yang membacanya.Ini perihal memahami apa yang kita baca.Supaya ketenangan ketika membacanya lahir dek faham akan apa yang dibaca.

Justeru, marilah kita rebut Piala Keagungan Ramadhan.Ini piala keagungan mengangkat martabat diri.Peluang menghapus dosa dan menambah kantung pahala.Itu jelas dalam deklamasi sajak Epilog Ramadhan oleh anak murid saya.Saya kongsikan nanti.

Ruzain Syukur Mansor..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: