SABAR-TEMAN PENULIS YANG PALING AKRAB

September 30, 2012

Image

Sabar-itu teman penulis yang paling rapat. Pada saat ini , saya sedang menanti keputusan samada manuskrip Travelog Penulis Bebas-Transformasi Blog ke Buku yang kini sudah berada di tangan editor sebuah syarikat penerbitan di Shah Alam diterima atau ditolak.

Seperti biasa, sesudah bertanya khabar, saya bersangka baik dengan editor. Memang itulah keadaan yang harus dilalui oleh penulis baru seperti saya.

Samada diterima atau ditolak juga antara kemungkinan yang harus diterima. Kemungkinan sesebuah manuskrip itu diterima oleh syarikat penerbitan adalah keadaan manuskrip tersebut sendiri. Adakah ianya mengikut dasar penerbitan penerbit atau tidak? Ini termasuk jumlah muka surat, gaya bahasa dan sebagainya.

Manuskrip Travelog Penulis Bebas jika diterbitkan adalah buku ke-4 saya. Ia agak unik kerana memaparkan suka duka kehidupan seorang penulis yang sedang mendaki puncak kegemilangan. Ia perihal jatuh bangunnya seorang penulis bebas. Misinya sangat besar, supaya segala rintangan dan konflik serta tribulasi yang pernah dihadapi akan menjadi panduan kepada para penulis baru.

Apapun, Allah yang mampu menggerakkan hati editor. Saya berserah. Bersabar dan menanti dengan penuh sabar.

Ruzain Syukur Mansor