Alhamdulillah

July 25, 2012

Alhamdulillah. Ia lafaz agung setelah diberi peluang berada dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Kedua, berjaya pula keluar daripada kepompong malas.

“Sheikh, blog anta sudah mula bersawang!” Aduh, terima kasih Ustaz Man kerana menjadi pembaca yang setia.

Bukan mudah sebenarnya bergelar pengurus. Jika ketika menjadi peserta bengkel penulisan dahulu saya melihat sifu Tn Hj Shopuan ke sana sini  menguruskan keperluan penulis . Kini saya merasai pengalaman itu. Mengurus tidak semudah menulis. Ada banyak aspek teknikal dan pengurusan yang perlu diambil kira. Alhamdulillah, misi membugar penulis dan penulisan siri 1 selesai dengan bantuan rakan dan teman.

“Apa yang kita tulis mungkin dilihat sebagai butiran pasir, tetapi di mata pembaca ia mungkin sebutir mutiara yang sangat mahal harganya” itu sempat saya titipkan sebagai motivasi kepada teman-teman penulis yang menyertai Bengkel Penulisan Dakwah Zon Tengah baru-baru ini. Ia sebenarnya motivasi untuk diri saya sendiri.

“Menulis dalam keadaan kepenatan akan menghasilkan karya yang kurang umph!” itu pendapat saya sendiri.

‘Hebatnya para penulis kali ini kerana dipaksa menulis bagaikan di dalam oven. Dikejar oleh dead line” itu ikhlas saya katakan kepada para penulis yang sememangnya mampu menulis gaya seorang wartawan. Harapnya saya tidak dibaca sebagai seorang editor yang zalim, mengerah tenaga penulis sesuka hati.

 

Itulah sebabnya travelog Chicago Ustaz Wan Jamaluddin tampil tepat pada masanya. Malah, celoteh Ustaz Shopuan sangat ikhlas. Ditambah pula kejayaan seorang anak kampung yang berjaya mendaki puncak Washington DC. Terima kasih Ustaz Zaki. Apakah ada seorang lagi pegawai BPI yang turut sama tampil dengan travelog di negara negara tersohor dunia? Allah knows better than us..

Benarlah kata-kata pujangga “Hanya orang sibuk sahaja yang menulis”

“Jika kita gagal untuk merancang, maknanya kita merancang untuk gagal”

“Pilihlah untuk menulis”

“Buku adalah batu nisan kita-Ustaz Shopuan”

“Sediakan batu nisan seorang penulis”

 

Jadi, kita adalah sumber motivasi. carilah semangat yang hilang. Terima kasih teman . Tulislah untuk memberi motivasi kepada diri.

 

P/S: mengumpul kekuatan untuk kembali menulis.

 

 

 

 


Inovasi nomik dalam dakwah remaja

May 21, 2012

Kalau dianggap mengajak kepada yang baik itu dakwah, mari kita usahakan. JIka perkara yang baik dan tidak menyalahi syariah boleh dijadikan kaedah berdakwah silakan. JIka itu kaaedahnya, tak salah saya mengajak remaja berbuat baik dengan menggunakan komik.

Ia suatu yang tidak dijangka. Dua bulan lepas, editor Majalah Muslim Teen Blue T Communication datang melamar. Walaupun dalam keadaan super sibuk saya usahakan juga pabila melihat hasil kepada dialog yang saya kirimkan kepada editor sangat SUPER!. Menarik!. Dengar-dengarnya Majalah Muslim Teen ini laku keras ketika Pesta Buku tempohari.

Dalam email yang saya hantarkan kepada mentor dakwah saya Ustaz Shopuan Anuar Ahmad, saya katakan kepadanya ini suatu inovasi dalam dakwah. Konsep nomik. Ia kesukaan remaja zaman sekarang. Kenapa tidak kita selitkan unsur dakwah di hujungnya?

Ini persoalan tahu dan mahu. Apabila kita tahu dan mahu pula, maka senanglah jadinya. Masalahnya apabila kita tahu tetapi tidak mahu. Apatah lagi jika kita  tidak tahu dan terus tidak mahu. Tepuk dada tanyalah iman.

Yuk! Dapatkan majalah Muslim Teen di pasaran. Ia majalah remaja santai yang islamik. Moga apa yang sedikit itu mberim impak yang besar.

 

Ruaszin Syukur Mansor


KALIMAH AJAIB DALAM MAJALAH MUSLIM TEEN EDISI 2

April 18, 2012

Kalimah ajaib. Ini adalah artikel pertama saya dalam majalah Muslim Teen. Tentang syukur. Adakalanya kita kurang bersyukur dengan nikmat yang kita miliki. Tetapi kita rasa kehilangan dan terasa dengan ketiadaannya.

Justeru, syukur dan teruslah bersyukur. Saya jauh lebih beruntung daripada tuan puan sekalian, kerana nama saya saja pun sudah RUZAIN SYUKUR. Terima kasih abah. Visimu demi melihat anakmu bersyukur, redha dengan takdir.

Dapatkan Majalah Muslim Teen edidi ke 2 terbitan Blue T Communication.
Ruzain Syukur Mansor