Karya Motivasi di e-Baca

September 30, 2012

Image

Agak lama juga blog ini direkodkan sebagai tanpa entry terkini. Tapi dengan tersiarnya artikel motivasi saya di majalah e-Baca edisi Oktober , memberikan semangat untuk saya kembali menulis.

Hubungan yang baik dengan editor sesebuah majalah menjamin kelangsungan artikel kita untuk terus di muka dan paparan majalah. Biar sedikit tetapi meomentumnya kerap.

Melaporkan sesuatu artikel yang terbit di majalah memberikan promosi percuma kepada majalah tersebut. Itu dilakukan sebagai situasi menang-menang antara penulis-editor.

Jadi, dapatkan mjalah e-Baca edisi Oktober di pasaran. Bingkisan motivasi untuk diri

Ruzain Syukur Mansor


KALIMAH AJAIB DALAM MAJALAH MUSLIM TEEN EDISI 2

April 18, 2012

Kalimah ajaib. Ini adalah artikel pertama saya dalam majalah Muslim Teen. Tentang syukur. Adakalanya kita kurang bersyukur dengan nikmat yang kita miliki. Tetapi kita rasa kehilangan dan terasa dengan ketiadaannya.

Justeru, syukur dan teruslah bersyukur. Saya jauh lebih beruntung daripada tuan puan sekalian, kerana nama saya saja pun sudah RUZAIN SYUKUR. Terima kasih abah. Visimu demi melihat anakmu bersyukur, redha dengan takdir.

Dapatkan Majalah Muslim Teen edidi ke 2 terbitan Blue T Communication.
Ruzain Syukur Mansor


E-BACA EDISI MAC 2012 YANG ISTIMEWA

February 24, 2012

Assalamualaikum
Salam Pernulisan. Kali ini percubaan menulis daripada Anggerik Terrace Coffee House. Coffee House di tepi jalan yang sangat nyaman. Sambil minum-minum sambil menulis.

Perkenalan dengan e-Baca secara serius dimulakan pada Februari apabila wartawan dan jurufoto majalah tersebut mengunjungi sekolah saya untuk mengutip kisah kejayaan murid dan sekolah tersebut.
Hasilnya? Anak murid saya Hafiz Khuzaimi tahun 6 Amanah dipilih sebagai penghias kaver. Bangga juga rasanya . Hafiz merupakan antara murid yang berjaya mengumpul tabungan hampir RM3000. Wau? Banyak tu. Bagus kan!

Dan, Hafiz juga merupakan salah seorang daripada ahli Pasukan Dikir Barat Bahasa Arab j-QAF sekolah yang telah muncul Naib Johan Peringkat Negeri Selangor tahun lepas.

“Jangan iri hati dengan kejayaan kawan-kawan. Kita harus ucapkan tahniah kepada Hafiz kerana menaikkan nama sekolah. Cerita Hafiz akan dibaca oleh seluruh pembaca di Malaysia” itu nasihat saya merangkap kata-kata motivasi kepada teman-teman Hafiz yang sebenarnya kagum dengan kejayaan tersebut.

Selebihnya, ia mengajar saya bagaimana membantu tugas editorial majalah menyiapkan bahan terbitan bulanan. Lebih mudah sekiranya lengkap kita bekalkan wartawan dengan maklumat yang diingini. Barulah kita ada peluang untuk memiliki jumlah halaman coverage yang lebih banyak.

Ia suatu pengalaman baru. Membantu wartawan dan editorial untuk mempromosikan program sekolah sangat memberikan peluang kepada saya lebih mengenali dunia kewartawanan.

Kewartawanan memang memerlukan pengalaman dan keberanian. Saya terkesan dengan bingkisan itu.

p/s : like fb e-baca untuk perkembangan terkini.

Ruzain Syukur Mansor