Bertemua Kembali

October 28, 2012

Tidak bertahan lama. Tetapi kali ini lebih berhati-hati.

Beberapa minggu lalu, saya meng-deactivatekan akaun fb saya yang agak ‘dicemari’ dengan unsur yang entah daripada mana datangnya.

 

Namun, ada beberapa group rasmi yang saya menjadi moderatornya. Ada beberapa  ahli bertanya ke mana atau bagaimana hala tuju grup rasmi mereka tanpa nakhoda. Lantas, saya mengambil semula terajau dengan secara rasmi membuka akaun baru FB. Seperti apa yang tersurat di atas, moga tiada lagi gangguan yang menccemari akaun saya.

Juga, pesanan untuk teman dan rakan, awasi akaun fb anda, jangan sampai ada tag tanpa izin daripada si misteri. Pastikan anda pantau sebaiknya.

 

Ruzain


Tidak semua yang indah itu indah

October 7, 2012

Ia mungkin antara tajuk yang tidak popular. Setiap yang indah itu pasti dibanyangkan sentiasa indah. Namun jika tidak berwaspada, ada keindahan yang bakal menjerat leher sendiri.

Pernah suatu hari, saya membantu seorang sahabat meng de-activate kan akaun facebooknya. Ia kerana angkara terfitnah. Akaunnya seolah diceroboh dan dimasuki unsur yang kurang elokuntuk dipaparkan.

Baru-baru ini, seorang teman juga menyatakan hasrat untuk menutup akaun facebooknya kerana dimasuki unsur tagging tanpa izin sesuatu yang tidak molek untuk dikongsi.

Malam ini, saya menyaksikan ianya terjadi pada batang hidung sendiri. Maaf teman dan rakan, ia bukan suatu keputusan yang tepat. Meng de-activate akaun facebook yang sudah tercalar akibat entah gerangan mana yang meletakkan sesuatu yang tidak enak dipaparkan menjadi alasan kukuh setakat ini untuk saya bersunyi-sunyian dari dunia fb . Sampai bila? Nantilah..lihat keadaannya. Akaun facebook yang menjadi penghubung sahabat karib nun jauh di seluruh Malaya tiba-tiba diresapi unsur negatif yang entah dari mana menyusup.

Kata orang, pisau yang tajam akan ada gunanya untuk kebaikan. Akan tetapi pisau yang tajam itu juga akan menjadi pemusnah jika digunakan untuk kedurjanaan.

Untuk  itu, saya menafikan sekeras-kerasnya penyebaran unsur negatif yang dimuatkan di dalam akaun facebook saya. Ia bukan menjadi prinsip saya untuk membenarkan akaun facebook saya dicerobohi unsur negatif yang tidak bermoral. Atas fitnah dan penyebaran negatif dalam akaun fb saya itu, buat masa ini saya mengendurkan sedikit aktiviti di laman sosial. Nampaknya aktiviti blogging akan terus menjadi teman.

Buat teman-teman fb yang sangat ramai, moga kita ketemu lagi dan ingatan buat teman:

Selalulah awasi akaun fb kita supaya tidak dicerobohi sewenang-wenangnya.

Ruzain Syukur Mansor