KEMBARA DAKWAH PENA

April 26, 2009

Assalamualaikum..

Hari ini saya dijemput untuk membentangkan beberapa peluang dakwah pena melalui Jawatankuasa Pembangunan Belia satu NGO dakwah yang saya sertai.JIM..

PELUANG

Saya nyatakan dakwah pena sekian lama menyediakan peluang dakwah yang amat luas.Berdasarkan kembara ke Pesta Buku Antarabangsa yang lalu ingin saya simpulkan beberapa peluang dakwah pena tersebut:

  1.  JIM Media melalui wakilnya Akh Wan Am telah menyatakan bahawa perlunya usaha memperbanyakkan buku dakwah tentang remaja dan belia.Jadi perlu ada kalangan aktivis dakwah remaja dan belia turut sama mengorak langkah menghasilkan penulisan berbentuk pengisian rohani untuk golongan muda
  2. Dewan Bahasa Dan Pustaka melalui Unit Agamanya membuka ruang kepada penulis untuk membukukan koleksi artikel yang berkaitan dengan agama dan dakwah.Ini bermakna mana-mana aktivis samada individu atau berkumpulan boleh menyusun artikel sedia ada untuk dikompilasikan sebagai sebuah buku dakwah.
  3. PENULISAN ARTIKEL DAKWAH.Ruang untuk menulis artikel dakwah terbuka luas di ruangan agama akhbar harian seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia.
  4. PENULISAN ARTIKEL DAKWAH DI MAJALAH.JAKIM menyediakan ruang untuk penulis menghantar artikel dakwah melalui majalahnya iaitu CAHAYA,PENDIDIK dan SINAR ROHANI.Boleh berhubung dengan Unit Penerbitan JAKIM,Putrajaya. Editornya Puan Marzulina .
  5. Program-program yang menjadi teras kepada NGO seperti JIM seperti EXPERT, KBM, 3R, PRODUCE, perlu didokumentasikan sebagai bahan rujukan.Kaedah pelaksanaannya boleh diperincikan sebagai manual bagi penggerak melaksanakannya.Ia juga boleh dijadikan bahan bacaan tambahan pasca program untuk para peserta
  6. NOVEL DAKWAH REMAJA.Booth PTS Publication di Pesta Buku baru-baru ini dikerumuni bagai semut menghurung gula.Antara yang menjadi rebutan ialah novel-novel remaja terbitannya.Jadi menjadi tanggungjawab para aktivis dakwah belia dan remaja.Ini bagi menyaingi kebanjiran novel cinta kontemporari yang terlalu ‘jiwang’ sifatnya.

 

STRATEGI

  1. PROGRAM CARI BAKAT PENULIS MUDA.Pelu diadakan Bengkel Penulisan Muda dan Pertandingan Penulisan Dakwah Remaja
  2. Buletin Dakwah Belia perlu diwujudkan
  3. Perlu dipasangkan penulis prolifik dan terkenal dengan penulis muda untuk hasilkan buku baru.Ini adalah rahsia kejayaan melahirkan penulis muda yang dihasilkan oleh PTS Publication.
  4. Artikel-artikel penulis sedia ada perlu dikompilasikan dan menjadi sebuah buku dakwah.Dewan Bahasa dan Pustaka sudi untuk menerbitkannya.
  5. Penulisan artikel dan dakwah di majalah dan akhbar perlu diperluaskan.hasil penulisan bengkel nanti boleh terus di email ke editor majalah dan akhbar terpillih.Antara majalah yang boleh di tembusi setakat ini seperti:Majalah Cahaya dan Sinar Rohani JAKIM, majalah Millennia Muslim, Majalah I.

Semoga dakwah pena menjadi suatu cabang dakwah yang perlu ditembusi oleh para pendakwah , InsyaAllah

 

Ruzain Syukur Mansor

http://www.akademipenulisbebas.wordpress.com


PENULIS SEPENUH MASA VS PENULIS SEPARUH MASA

April 19, 2009

Assalamualaikum..

Malam ini saya betul-betul melepas geram.3 Entry dalam tempoh beberapa jam.Berbeza topik , berbeza rasa.Maklumlah esok saya akan berkursus di Pangkor , 4 hari.Lama jugalah blog pasti tidak di update.

 

Penulis Sepenuh Masa VS Penulis Separuh masa.

Kedua-duanya mempunyai cabaran berbeza.Siang tadi saya sempat bersembang dengan seorang editor.Antara faktor proses mengedit buku memakan masa berminggu-minggu ialah editornya  adalah editor separuh masa.Jadi, fokus terpaksa berbelah bahagi.Siang masuk ke ofis bekerja, dan tugasan mengedit buku sebagai freelance job.

 

Begitu juga penulis artikel dan buku separuh masa.Ada masa lapang, adalah masa menulis.Andai ketika tugasan di ofis menimbun alamat tak di update lah blog.Lambat dan cepat siapnya sesuatu manuskrip bagi penulis separuh masa banyak bergantung kepada kebijaksanaan mengimbangkan di antara tugasan kerjaya dan minat menulis.Namun, satu petua disiplin menulis bagi penulis separuh masa ialah cuba latih diri untuk menulis sekurang-kurangnya 10 mukasurat sehari.Katakanlah kita meletakkan sasaran 200  mukasurat bagi manuskrip novel.Disiplinkan diri menulis 10 mukasurat sehari.Jika hari ini anda hanya dapat menulis hanya 7 mukasurat sahaja, pastikan esok anda top-up jumlah semalam.Esok  sila tulis 13 mukasurat.

 

Berlainan dengan penulis sepenuh masa.Sumber pendapatan dengan menulis pasti memaksanya untuk sentiasa menggerakkan minda sepenuh masa untuk terus menulis dan menulis.

 

Terus terang saya katakan , saya berada di dalam kategori Penulis  Separuh masa.Bertugas sebagai guru, memerlukan saya banyak mengorbankan masa untuk anak didik dan diri sendiri.Aspek persediaan sebelum mengajar, menyediakan ujian dan peperiksaan, serta lain-lain tugasan mengajar memerlukan perhatian yang tidak sedikit.Itu tidak termasuk arahan dipanggil berkursus di luar daerah dan menganjurkan program pembangunan pelajar.

Namun di dalam kesibukan tersebut, saya merasakan ada sinar untuk saya terus berkarya.Salah satu kejayaan manis saya tahun 2009 ini apabila mendapat kepercayaan Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menyiapkan manuskrip risalah Wahdah Pemangkin Khaira Ummah yang diterbitkan sempena Bulan Dakwah Selangor baru-baru ini.

Manakala dua artikel dakwah tersiar di Berita Harian.1 artikel di Millenia Muslim, 1 artikel di Majalah Pendidik, manakal 2 lagi artikel disiarkan di Majalah Cahaya dan Sinar Rohani JAKIM.

 

Ia jelas menunjukkan ada sinar  bagi penulis separuh masa seperti saya.Kesibukan kerjaya bukanlah faktor utama penulis separuh masa menghadkan minat berkarya.Nama-nama seperti Dr Aminuddin Mansor, Dr Nik Salida (USIM) masih berkarya di majalah dan akhbar walau pun sibuk dengan tugasan sebagai pensyarah.

 

Jadi? siapa pun kita, apa pun kerja kita, tepuk dada tanya minat..Apa pun halangan, 24 jam yang berlalu seharusnya dimanfaat sebaiknya.

Jam menunjukkan 10.45 malam, esok saya akan ke Pulau Pangkor berkursus, namun tangan dan minda ini masih belum mahu berhenti.Bagaikan ada kekesalan andai apa yang muncul di minda tidak diterjemahkan.

 

Kesimpulannya, tiada bezanya antara penulis separuh atau sepenuh masa.Orang yang sibuk adalah antara orang yang pandai menyusun masa.Itu ingatan Pn Martinelli Hashim , pegawai di HEP  UIAM Bhg Khidmat Masyarakat sewaktu saya menjadi PA nya suatu ketika dulu.Dan ingatlah ..”if you fail to plan, means you plan to fail”..

 

 

Ruzain Syukur Mansor

-akademipenulisbebas-


CORAK PENULISAN DAKWAH REMAJA TERKINI..

April 19, 2009

Assalamualaikum…

Saudara..

Kembara ke Pesta Buku Antarabangsa kali ini bukan calang-calang kembara.Misi utama selain mencari buku mengubat kesepian minda, ia bertujuan untuk meninjau pasaran buku terutama berkaitan penulisan dakwah remaja.

 

Editor 1:En Zakaria Sungib (Galeri Ilmu).

Ternyata gaya penulisan dakwah berbentuk penceritaan semakin diminati.Rata-rata penulisan buku dakwah terkini Galeri Ilmu bercorak begitu.Apa tidaknya, itu sebabnya karya Ustaz Hasrizal (Aku Terima Nikahnya I dan II)  meletup di pasaran.Saya sempat menyatakan kepadanya bahawa memang menjadi kehendak golongan remaja dan belia pertengahan semakin menggemari gaya travelog dakwah bentuk bercerita santai.

 

Lantas saya titipkan tadi Sabtu (19 April 09) satu Proposal Buku Dakwah Remaja bertajuk “Aduhai Remaja”.Menunggu dengan penuh sabar.Jika ada rezeki, diterima, insyaAllah akan saya titipkan yang terbaik khusus untuk dakwah remaja.Dengan pengalaman sebagai aktivis dakwah remaja bersama NGO dakwah , titipan dakwah tersebut akan saya alun dengan gaya bercerita santai.yang penting adalah unsur dakwah di setiap ‘babak’ yang ditampilkan.

 

Kunjungan ke booth Galeri Ilmu kali ini menemukan saya dengan sahabat lama dengan sahabat lama Saudara Rusydi (Marketing),  ‘sekapal’ sewaktu di UIAM dulu.

Editor 2:Saudara Wan AM  (JIM MEDIA)

Saudara Wan Am baru sahaja siap menyunting dan bertindak selaku editor kepada buku terbaru ReadNetwork dan JIM Media.Kebanyakan berkenaan dengan isu Palestin.Beliau terlibat secara langsung dengan sebuah NGO Dakwah yang memperjuangkan dakwah remaja, isu Palestin, Wanita dan Islam seacara langsung.

 

Berdasarkan perbualan kami, ternyata beliau juga memerlukan penulisan dakwah remaja.Karya saya dengan penerbitan ReadNetwork bertajuk Tip Urus kelab Remaja Masjid kini di proses akhir penerbitan.Ternyata sebagai menyokong aktivisme NGO tersebut yang cuba melahirkan Remaja Soleh Wa Musleh, buku dakwah khusus untuk remaja amat perlu untuk diterbitkan.Aktivisme memartabatkan remaja muslim pasti lebih mudah apabila ada panduan bertulis untuk menjadi panduan terutama para aktivis dakwah remaja.

Peluang?

Memang terlalu banyak..remaja kini memerlukan bahan bacaan dakwah santai.Tidak terlalu memetik fakta yang terlalu sarat.Biar bahasanya mudah tetapi membawa mesej bermakna.Gaya bercerita dan mengusik jiwa .Masukkan unsur grafik pelbagai bagi menarik minat.Rata-rata editor yang saya temui kini memerlukan manuskrip motivasi dan novel.Cuma corak klise gaya lama perlu diubah suai sebagai bentuk penulisan segar dan menarik.

 

Ruzain Syukur Mansor

– akademipenulisbebas – 

 


bedah siasat buku bercinta sampai ke syurga Abu Saif

April 19, 2009

Assalamualaikum..

 

Teruja Jumaat lalu, apabila dapat bertemu dengan Ustaz Hasrizal, penulis buku Bercinta Sampai Ke Syurga.Ustaz Hasrizal sebenarnya senior saya ketika di SMA Izzuddin Shah Ipoh suatu ketika dahulu.

 

Buku Bercinta Sampai Ke Syurga merupakan kesinambungan buku Bestseller Aku Terima Nikah karya Abu Saif  yang dikenali melalui blognya saifulislam.com

 

Membaca buku dakwah ini seolah-olah bercerita dan mendengar cerita daripada Ustaz Hasrizal sendiri.Persoalan cinta sebelum berkahwin, sesudah kahwin, budaya couple diulas cukup harmoni sesuai dengan pengalamannya sebagai Imam Belfast suatu ketika dahulu.Pernah menjadi kaunselor di IJN juga pasti mendedahkan penulis dengan pelbagai karenah dan kisah manusia.lantas diterjemahkan segala pengalaman dan cerita kisah jodoh dan pertemuan manusia.Unsur dakwah dan tarbiah akan turut diseiringkan dengan setiap kupasan cerita .

 

persoalan tangungjawab suami dan isteri, perbezaan lelaki dan perempuan dikupas dengan menarik tanpa mengguris mana-mana hati.

 

Tidak keterlaluan untuk mengatakan bentuk buku dakwah sebegini iaitu gaya penceritaan santai merupakan gaya buku yang mula mendapat tempat di mata anak-anak muda zaman ini.

 

Bercinta di alam kampus? bolehkah bercinta sebelum kahwin? Bapa ideal ibu mithali? bercinta mengapa tidak berkahwin?

 

Bagi yang ingin berumahtangga, nah! ini buku bagus untuk ditelusuri.Bagi yang sudah berkahwin, mempunyai anak pula tu, buku ini bagus untuk muhasabah tanggungjawab masing-masing.

Remaja dan belia khususnya menjadi target utama membaca buku ini.Manakala ibu-bapa , suami isteri juga harus memiliki buku travelog dakwah hebat ini.

Jadi, apa tunggu lagi dapatkan di Pesta Buku PWTC secepat mungkin.Buku terbitan Galeri Ilmu ini pasti menjalar ke toko-toko buku sekitar seluruh negara.Selamat menbaca!

 

Ruzain Syukur B Mansor

akademipenulisbebas.


BORAK MESRA BERSAMA PENULIS BUKU SETENGAH BERISI SETENGAH KOSONG PARLINDUNGAN MARPAUNG

April 19, 2009

Assalamualaikum..

Bertemu lagi;

Minggu ini musim Pesta Buku Antarabangsa di PWTC.Dua hari saya ke sana mencari peluang dan bertemu rakan.Inilah pesta bagi membeli belah buku idaman hati dengan harga durian runtuh.Pilihan amat banyak sehingga rambang mata dibuatnya.

Menarik sekali apabila terserempak dengan penulis buku Setengah Kosong Setengah Berisi -Bapak Parlindungan Marpaung daripada Indonesia.orangnya cukup simple tetapi menarik.

Sempat juga berbual tentang buku yang sedang saya tulis “Aduhai Remaja”.Gaya penulisannya mirip Buku Setengah Berisi Setengah Kosong”. “Bagus!”, kata Bapak Parlindungan.Beliau berjanji akan memberi kata-kata indah setelah buku itu ditulis nanti.

Katanya lagi, beliau juga mendapatkan pandangan rakan-rakan terhadap manuskrip bukunya.Ini bagi mendapatkan pandangan dan gambaran awal pembaca.Idea yang bagus.Sempat dititipkan beberapa kata azimat untuk penulis muda seperti hamba.

“Buku ketiga akan muncul nanti..dulu separuh berisi nanti pasti penuh pula..” sambutku dengan nada yang mesra, bagaikan lama sudah kenal.

Semoga berjumpa lagi pak, walau jauh beribu batu , dengan seni kita ditemukan.

Ruzain Syukur Mansor


DEBARAN SEMAKIN HEBAT

April 15, 2009

“Sebuah lagi buku yang kita rancang untuk terbitkan sempena KLIBF 09 ialah ‘Tips Mengurus Kelab Remaja Masjid’ hasil karya Che Azmi Musa dan Ruzain Syukor (orang lain buat suntingan). Pohon doa ikhwah dan akhawat semoga Allah permudahkan kerja penerbitan buku-buku ini dan ia menjadi kenyataan seperti yang dirancangkan.” Berikut merupakan petikan message daripada saudara wan am, antara editor awal buku Tips mengurus kelab Remaja Masjid sebelum diserahkan kepada seorang lagi editor .

Debaran semakin hebat..kita teruskan penantian.

 

Ruzain Syukur Mansor


KALAM JAMAIE..

April 1, 2009

Assalamualaikum..

Berikut merupakan produk j-QAF iaitu kalam jamaie’ atau arabic choral speaking.Saksikan…