KENALI PENULIS

ANUGERAH BUKU NEGARA

RUZAIN SYUKUR MANSOR merupakan penerima Anugerah Buku Negara bagi kategori Travelog Dakwah untuk buku yang ke-7nya TRAVELOG DAKWAH UK: DARI JENDELA QUEENSBOROUGH TERRACE.

Anak kelahiran Kampung Telok Buloh Hutan Melintang Perak ini mendapat pendidikan awal di SK Telok Buloh Perak sebelum melanjutkan pengajian di SMA Izzuddin Shah Ipoh. Seterusnya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pernah bertugas di Universiti Kreatif Limkokwing dan perunding latihan di DNJ Consultant Sdn Bhd.

Dengan Diploma Pendidikan yang dimiliki, melayakkannya untuk berkhidmat sebagai guru siswazah di SK Sawah Sempadan Tanjung Karang dan SK Telok Menegon Klang.

Kembara dakwahnya dilanjutkan dengan berkhidmat sebagai Penolong Pengarah di Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Malaysia.

Pada 2016, kembara dakwahnya terus merentas benua apabila diterima bertugas sebagai Atase Pendidikan Bimbingan Agama dan Kaunseling di Education Malaysia United Kingdom dan Ireland.

2018, kembali ke pangkuan Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Penolong Pengarah Unit Budaya dan Syiar Islam , Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia.

Telah menghasilkan 7 buah buku pelbagai genre antaranya dakwah, pendidikan, IT, travelog. Juga kolumnis Majalah Tamadun Islam (Dewan Bahasa dan Pustaka)-Kolumnis Travelog Dakwah London, Kolumnis Majalah Muslim Teen (Blue-T Communication)- Kolum Tunjuk Ajarku Sifu, Kolumnis Majalah Gen-Q (Telaga Biru Sdn Bhd)-Kolum Travelog Paris.

Comments are closed.