Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

August 19, 2012

Assalamualaikum

Bagi teman dan sahabat yang diingati, selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan. Mohon maaf sekiranya ada kandungan dalam blog ini yang mungkin mengguris hati tuan/puan.

Seperti biasa, kemeriahan beraya di kampung mengingatkan saya kepada nostalgia raya awal 90-an. Kami adik beradik bersatu mengejar ayam untuk dijadikan santapan pagi raya. Ia suatu kenangan yang sudah pasti tidak akan berlaku lagi dalam dunia moden ini. Ia hanya menjadi bahan cerita yang dikongsi kepada anak-anak saudara.

Kemeriahan raya bukan sahaja dinikmati atas dasar kemenangan berpuasa di bulan Ramadhan, tetapi dengan niat memperkukuh hubungan antara saudara mara.

Itulah namanya nostalgia. Alangkah ruginya jika ia tidak ditulis. Akan hilang serentak dengan pemilik ceritanya yang ditelan bumi.