Angan ke impian?

April 1, 2013

Image

Saya akan tersenyum sendirian apabila melihat wajah ceria penulis muda di atas. Mereka ditaja untuk ke kota London. ITBM merealisasikan impian mereka. Itu pun bagi yang ada impian. Jika tidak, ia bagaikan tuah yang datang dengan tidak disangka-sangka. Mereka ke sana bukan untukĀ  bersiar-siar, tetapi dibimbing untuk meneroka dunia penulisan dan bakal menghasilkan buku masing-masing apabila pulang ke tanah air nanti. Bertuahnya badan!

Saya antara penulis yang seringkali juga terlepas program-program sebegini. Saya hanya mengetahui kewujudan MPR di kala usia sudah menjengah dewasa. Sudah lebih tahap umur penulis remaja.

Malah, terlepas pula peluang untuk menyertai segerompolan penulis muda ke kota London. Syarat kelayakan asas adalah berumur di bawah 30 tahun. Tidak mengapalah, kerana sekurang-kurangnya saya mempunyai impian untuk menjejaki kota London suatu hari nanti (kalau boleh biarlah ditaja!)

Setiap angan-angan itu jika diulang-ulang di dalam minda menjadi doa. Setiap angan-angan jika diusahakan menjadi impian. Setiap impian diikuti dengan usaha ditambah dengan doa akan menjadi kenyataan. Daripada angan-angan akhirnya menjadi kenyataan.

Bila? Allah empunya perancangan. Aminkan saja. Mimpikan ia. Sampai tertunai hajat di hati.

Kepada penulis muda yang bertuah tersebut, saya nantikan hasil karya kalian. Syabas dan tahniah