Aura Mentor

December 28, 2012

ImageAura Mentor.

Tiada apa lagi yang mampu diungkapkan. syukur pada Allah, terima kasih dengan Mentor

Kedua-duanya saya anggap mentor di bidang pengurusan dakwah. Siapa sangka tahun pertama di BPI sudah meraih tiga anugerah inovasi.

Tn Haji Wan Jamaludin b Wan Bidin, sebenarnya ketua unit saya, pasti banyak bimbingannya malah gaya kepimpinannya menjadi ikutan.

Bersama Tn Hj Arifuddin (mentor rasmi program Mentor-Mentee Kementerian pelajaran Malaysia). Alhamdulillah, anugerah Mentor-mentee terbaik milik kami tahun ini.

Memang benar teori yang saya pegang selami ini. Untuk menjadi hebat dalam sepantas kilat, pilih mentor yang hebat, copy kepimpinan dan gaya kerja mereka. terbukti!

Dalam buku tulisan saya Tampil Positif Sejak Remaja, saya menulis versatilnya Prof Sidek Babab selaku seorang mentor persisnya. Baru-baru ini kami bertemu dan berbual. Memang punya karisma.

Yuk! Cari mentor dan copy sahaja imejnya.


ANUGERAH..TONIK BERHARGA

December 28, 2012

Image

Biarlah ia besar, tetapi bukan untuk membesar diri.

Bagi penulis, setiap penghargaan adalah tonik berharga. pada Majlis Inovasi Bahagian Pendidikan islam Kementerian Malaysia pada Disember, saya dianugerahi beberapa anugerah. Antara yang sangat bermakna pastilah Anugerah Inovasi Penulisan. bagi penulis yang sudah kepenatan, penghargaan ini memberikan kesegaran yang nyata luar biasa. Biarlah hanya sijil, nilainya di hati tempatnya.

Berkata seorang teman “bila kerja mula di hati, impaknya memang tidak disangka-sangka”

Image


Resensi Buku Diari Seorang Diplomat Hikmah yang Tersirat

December 25, 2012

 Image 

Kali pertama saya mendengar kisah buku ini daripada corong radio IKIM.fm sewaktu temuramah dengan orang kuat rumah penerbitan Toko Buku Galeri Ilmu. Menurut penerbitnya, penulis buku ini tidak sempat pun menatap dan membelek buku ini kerana terlebih dahulu dipanggil Allah.

Al-hamdulillah, buku tulisan allahyarham Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd pantas saya miliki. Allahyarham sebetulnya sempat setaman ilmu dan budi bersama saya dahulu. Bumi biru di pinggir Gombak itu memang tidak pernah sunyi daripada mencetak beberapa watak yang hebat menyumbang kepada ummah.

Allahyarham sebetulnya graduan Undang-Undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) sememangnya membuka peluang membawanya terbang ke bumi bergolak Pakistan.

Sebagai penggemar karya travelog, buku ini saya lihat ditulis i oleh seorang penulis yang sangat tinggi keyakinannya terhadap Allah. Hidup dipagari kawat besi walaupun menghuni hotel berbintang di tengah bandar yang tidak aman menyebabkan Allahyarham memilih untuk hidup bebas tanpa kawalan ketat askar. isu selamat atau tidak, Allah yang tentukan. Suratan tertulis Allahyarham dipanggil Pemiliknya akibat kemalangan jalanraya ketika bercuti di bumi sendiri, bukan bumi bergolak Pakistan yang diceritakan sentiasa digerunkan oleh pengebom berani mati.

Lantas, ini mendedahkan Allahyarham kepada susuk budaya kaum arab masyarakat tempatan. Pelbagai perkara krisis antara adat dan ibadat memeningkan kepalanya. Namun, sebagai PTD ia dapat diuruskan dengan penuh hikmah.

Alang bertandang ke tempat orang tidak sah rasanya tanpa meninjau keistimewaan dan persekitaran yang menarik. Ada nada kepuasan di balik tari penanya apabila dapat menggunakan ruang masa yang ada untuk menikmati bahagia yang sedikit cuma bersama isteri dan anak-anak ketika di perantauan. Itu dilakukan sebaiknya oleh allahyarham.

Maka benarlah dikatakan oleh Ustaz Shopuan, mentor saya : “buku kita menjadi batu nisan apabila kita mati nanti”

Maka ini suatu coretan seorang ayah yang akan dapat ditatap oleh puteri allahyarham apabila keduanya boleh membaca nanti. Saya pasti ia pasti menjadi antara buku terawal yang dibacakan oleh bonda puteri tersebut pastilah buku tulisan almarhum ayahandanya ini. terdapat satu bab dalam buku ini di mana allahyarham menulis catatan berupa pesanan kepada puteri sulungnya. Ia dilihat biasa sahaja sekiranya ia ditulis di blog. Tetapi barangkali kini ia menjadi suatu wasiat kepada anak-anak allahyarham. Alangkah indah Allah menyusun paksi minda penulisnya.

Sesungguhnya Diari Seorang Diplomat sememangnya suatu hikmah yang tersirat. Menyentuh hati, menjentik emosi..menginsafkan.

Moga Allah mencucuri ramat dan kasih sayang kepada Allahyarham penulis buku ini Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd. Terima kasih kerana meminjamkan curahan emosi dan minda melalui penamu.

 

 

 


Bengkel Memperkasa Penulis dan penulis Utara di akhbar

December 10, 2012

Image

Ini antara yang saya janjikan kepada para peserta bengkel Penulisan Dakwah Zon Utara baru-baru ini. Penulis dan media dipisah tiada. Berita aktiviti mengenai Bengkel penulisan tersebut menembusi akhbar Utusan Melayu 10 Disember 2012.

Alhamdulillah, ia adalah janji yang ditepati. Ada nada keseronokan juga melihat artikel berita mendapat tempat di media. Saya bermula dengan artikel akhbar, majalah dan cuba mengubah sedikit fokus kepada penulisan buku. Tetapi umphnya masih dengan artikel akhbar. 

Cepat, mudah, pantas!

Ternyata, hubungan yang baik dengan media terutamanya editor memberikan pe;uang yang baik untuk mengenengahkan aktiviti. Moga 2013 membuka ruang jaringan yang lebih luas dengan pihak media.

Ia bukan sekadar SKT tetapi kepuasan!