GURU JUGA MEMBANGUN BAKAT

July 31, 2010

Saudara Naim Jaafar adalah seorang pembangun bakat yang membangun School of Talent.Sekolah Bakat.Antara yang pertama di negara ini.

Terima kasih dan syabas di atas pendapat saudara yang amat bernas.Saya percaya kepada dua jenis bakat.

1.Bakat yang sudah sedia ada di dalam diri.Perlu dicungkil sahaja.

2.Bakat yang perlu dipelajari dan diasah kerana kita dilahirkan tidak lengkap dengan pakej bakat semulajadi.

Namun demikian, perlu diakui bahawa kejadian manusia itu di dalam keadaan yang terbaik.Ummah yang terbaik untuk memimpin insan yang hebat.

Seorang pemain berbakat semulajadi pasti mampu menghasilkan tendakan lencong ala banana speed selaju 150 km/j.Tetapi seorang pemain bola sepak biasa-biasa belum pasti mampu untuk menghasilkan rembatan hebat selain hanya menonjol-nonjol bola dengan aksi yang tidaklah seberapa.

Bagi yang menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan Argentina pada musim Piala Dunia baru-baru ini, pasti anda melihat seorang lelaki dengan pakaian ala-ala nya , berkot pula tu , berjalan mundar-mandir sangat hampir dengan garisan padang.Adakalanya bola belum menyentuh bumi sudah di tahannya.Mungkin rasa gian untuk beraksi lagi.Siapa ya?.Pastilah Maradona.Siapa yang tidak kenal kelibat Maradona.Gerakan dan kemahirannya yang cukup mengelirukan lawan.Jaringannya antara yang diingati lawan.Mujurlah Argentina tidak menang Piala Dunia yang baru-baru ini.Kalau tidak pasti ramai yang termuntah melihat aksi Maradona melangsaikan janjinya jika Argentina menang Piala Dunia..apa ya janjinya?.Saya rasa agak loya untuk mendedahkannya di sini.Boleh bertanya kepada rakan-rakan yang lain.

Itulah kesannya jika bercakap hanya bersandarkan ‘otak’ semata-mata tanpa bersandarkan keimanan.

“Guru-guru di sekolah hanya menitik beratkan soal akademik dan peperiksaan sahaja.Kurang membangun bakat dan potensi” itu biasa saya dengar.Pastinya terutama luahan hati seorang bapa.

Saya pasti saya juga layak untuk membicarakan soal pembangunan bakat di sekolah.Ini kerana saya seorang guru.Baru-baru ini sekolah saya menghantar satu pasukan lakonan Bahasa Arab ke peringkat daerah.Mereka berlatih bersungguh-sungguh.Saya cukup kagum.Mereka berumur 9 tahun.Tetapi mampu berkomunikasi dalam bahasa arab dengan fasih.Malah berlakon seperti lakonan pelakon arab di televisyen.

Saya katakan kepada seorang rakan saya yang juga seorang guru ” anak murid kita ini sememangnya banyak bakat.Banyak sekali.Mereka amat berani ke hadapan.Sepatutnya kita cungkil sehabis-habisnya”

“Saya setuju” balasnya ringkas.Rakan saya itu antara jurulatih yang sentiasa menjadi tulang bakat pasukan persembahan murid-murid.

Saya percaya 60% faktor kejayaan pasukan muahwarah bahasa arab sekolah saya itu muncul pemenang ketiga dalam pertandingan itu kerana faktor bakat sedia ada di dalam diri.Guru-guru pula telah membuat pilihan tepat membangun bakat yang memang sesuai dengan perwatakan mereka.Bakat sedia ada memudahkan tugas guru melahirkan persembahan yang hebat.

Bercerita tentang bakat, kita pasti tidak dapat lari daripada membicarakan soal ruang pembangunannya.Membangun bakat bagi seorang guru tidak semestinya berlaku hanya di pentas pertandingan.Pasukan bola sepak hanya membenarkan mungkin lapan belas pemain.Pasukan lakonan bahasa arab yang saya ceritakan tadi hanya membolehkan lapan orang peserta membintanginya.Itupun adat bertanding kalah menang menjadi taruhan.Tetapi takkanlah kita sanggup mudah menyerah kalah.Lantas bakat pemain dan peserta yang dipilih haruslah dari kalangan terbaik antara yang terbaik.Di kalangan mutiara yang paling hebat sinarnya.

Bagaimana dengan bakat yang lain? Proses pembangunan bakat juga berlaku di dalam bilik darjah.Takkanlah semua proses pembangunan bakat itu perlu didedahkan kepada media.Pastilah penat nantinya wartawan mengusung kamera ke sekolah-sekolah hanya mahu memastikan apakah guru-guru membangun bakat di dalam bilik darjah.

Masih ada guru yang menggayakan pelbagai jenis kesenian di dalam pengajarannya.Malah masih ada guru yang membangun bakat melalui tugasan berbentuk projek.Membangun bakat dan inovasi gaya berfikir.Nyanyian dan lakonan seringkali menjadi aktiviti yang menyeronokkan pelajar.Ia berjalan di sekolah.Malah berapa ramai guru-guru yang sanggup turun melatih pelajar pada sebelah petang dan hujung minggu demi menyuburkan bakat sukan anak didiknya.

Membangun bakat di sekolah masih berjalan.

Cuma yang menjadi isu adalah penilaian.Penilaian masih perlu berjalan.Walau dengan apa cara sekalipun.Jika membebankan, murnikan supaya tidak membebankan.

Perbincangan bersama-sama rakan-rakan guru, membuahkan idea ini.Mungkin hanya matapelajaran tertentu sahaja memerlukan ujian bertulis.Bahasa Melayu, sejarah mungkin.Tetapi matapelajaran sains, kajian tempatan mungkin hanya melibatkan penilaian projek.Project based assesment.Tiada ujian bertulis.Mungkin sedikit kurang membebankan.

Saya bertanya kepada seorang pelajar tahun 6 baru-baru ini, “Apa pendapat kamu jika UPSR dimasuhkan?”

“Seronoknya!, tak payah belajar” kata murid itu.Risaunya saya.Itulah jadinya jika minda sudah diikat dengan peperiksaan.Membaca hanya untuk lulus periksa.Terhapusnya peperiksaan.Apa gunanya membaca lagi?.Itu gaya pemikiran segelintir murid.Ini realiti bukan saya reka.

Kita lulus ujian memandu kerana kita membaca buku panduan memandu.Akhirnya lulus ujian memandu.Kita memasuki Universiti, lulus semua ujian hingga dianugerahkan segulung ijazah.Adakalanya kita didorong oleh peperiksaan untuk berjaya.Kerana peperiksaan kita meletakkan sasaran.

Hapuskan UPSR? Pro dan kontra yang perlu difikirkan bersama.

Pandangan peribadi Ruzain Syukur Mansor


MENULIS ITU INDAH..PENGALAMAN BARU

July 23, 2010

“Salam sahabat lama ku ruzain.. Tahniah..tak sangka sahabatku ni punya bakat mnulis yg hebat..nampak gaya,blog ni pasti jadi kunjungan tetapku..byk motivasi dari sini..tahniah lg skali sahabat.-Majid Ishak”

Itu komen terbaru di laman blog akademipenulisbebas saya ini.Blog saya ini dikunjungi oleh sahabat lama.Abdul Majid Ishak.1 kelas sewaktu di Izzuddin Shah dahulu.Dengar-dengarnya sahabat saya ini seorang lawyer.

Dunia penulisan menemukan saya dengan rakan-rakan baru.Malah ada juga rakan-rakan yang terpisah kembali dipertemukan Allah melalui blog ini.

Itu memberi semangat kepada saya.Saat menaip entry ini badan terasa sangat letih.Minda jauh lebih letih.Baru sahaja sampai daripada Seri Malaysia Sepang.Itu bagi menyempurnakan tugas rasmi arahan Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Selangor.Bersama team penulisan, sahabat-sahabat penulis , sempat kami garap manuskrip awal bagi buku Indahnya Islam.

Ustaz Sahrulazmi, mentor saya itu sempat mehitipkan motivasi buat rakan-rakan jurulatih dakwah ketika sesi pembentangan.Bahawa kita ini sebagai guru bukan hanya mendidik, tetapi mengawal dan melihat-lihat aqidah anak didik kita.Apakah mereka bangga menjadi muslim?.Justeru, penulisan santai dakwah kali ini berfokus kepada indahnya menjadi seorang Muslim.Dimana izzahnya dilahirkan sebagai seorang muslim.

Itu pengalaman terbaru saya menulis bersama penulis-penulis yang hebat.Menulis bersama kumpulan penulis YANG RAMAI harus ada sifat tolak ansur yang amat tinggi.Setiap penulis mempunyai gaya berfikir yang tidak sama.Malah gaya penulisan yang berbeza.Tetapi berbeza itu indah.Amat indah.Berkongsi dan memahami.

Saya sempat titIpkan buat rakan penulis, kesediaan diri ketika menulis mempengaruhi hasil karya.Menulis ketika marah, tulisan pasti membingitkan telinga.Menulis ketika sedih, tulisan pasti hambar.Menulis ketika gembira, nanti ayatnya berbunga-bunga.

Justeru, saya perlukan rehat untuk recharge tenaga dan minda.Moga ada catatan baru.Perkongsian seterusnya.Ada 1001 kisah yang ingin diceritakan.

Ruzain Syukur Mansor


MENULIS DAN TERUS MENULIS-INDAHNYA ISLAM

July 20, 2010

“Enta ke Sepang Rabu ni?” tanya seorang sahabat lama.Siapa yang tidak kenal Syeikh Hamidi Al-jQAFI.Mantan Penyelaras j-QAF Sk Telok Mengon yang juga seorang Jurulatih Utama j-QAF.

“Ya, bertemu di sana nanti” jawab saya ringkas.

Kali ini misinya lain daripada yang lain.Dipilih untuk menyertai Team penulisan Sektor Pendidikan Islam , Jabatan Pelajaran Selangor.Team tersebut adalah pasukan penulis yang sama menulis buku Guru Jutawan Akhirat tahun lalu.Akan bersama dengan penulis-penulis hebat.Ustaz Sahrulazmi Sidek dengan legasi 7 buah bukunya itu.Ustaz Mazlan Khamis SK Jalan Kebun serta beberapa orang rakan penulis lagi.

Tajuknya:”Indahnya Islam” sebagai tajuk asal.Buku untuk remaja.Dengan gaya motivasi santai.Mungkin bakal di edar ke sekolah-sekolah seluruh Selangor.Namun perjalanannya terlalu jauh.Masih jauh.

“Kita nak sedarkan remaja bahawa betapa bertuahnya kita menjadi seorang Muslim” itu kata-kata Ustaz Shopuan ketika bertemunya di ILDAS tempohari.

Cabarannya cukup besar.Amat besar!.Gagasannya cukup besar.Isu yang ingin dikupas juga cukup besar.Menarik minat remaja untuk membaca buku agama.Opps buku Motivasi dakwah yang santai.Bukan suatu tugas mudah.

Menulis secara berkumpulan.Mungkin banyak yang boleh dipelajari nanti.saya berfikir secara positif.Buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid saya itu juga di tulis secara bersama dengan Cikgu Azmi.Menulis itu perihal semangat dan motivasi.

Mungkin ada gabungan idea.Kelainan gaya berfikir.Apa yang penting kesatuan fikrah.Ya, kesemua penulisnya nanti Ustaz dan Ustazah.Guru agama yang perihatin dengan anak bangsa.Yang juga ada minat dan kebolehan menulis.Saya optimis dengan projek dan team penulisan “Indahnya Islam” ini.

Di Hotel Seri Malaysia 21-23 Julai ini akan termeterainya sejarah.Sepertimana tercatatnya Deklarasi ILDAS sempena Nadwah kepimpinan Pelajar Islam Selangor bulan lepas.Akan lahir suatu cetusan ilmu.Gagasan dan kupasan betapa kita ini perlu bersyukur dan bertuah dilahirkan sebagai seorang Muslim dan Muslimah.

“INDAHNYA ISLAM”

Ruzain Syukur Mansor


LASKAR PELANGI MENCORAK IMPIAN GEMILANG

July 19, 2010

Saya bukan penggemar filem-feilem Indonesia.Tetapi malam tadi saya terpaku di hadapan kaca televisyen.
Itupun gara-gara tayangan filem Laskar Pelangi.Sudah lama saya mendengar tajuk filem ini.Adaptasi daripada novel yang dengar-dengarnya laku keras di pasaran.

Memang ada yang menarik filem ini.Saya menulis dalam debaran.Belum pernah mengulas filem sebelum ini.Hati ini begitu terharu melihat semangat dan kekentalan sekumpulan anak kecil.Terus tabah menuntut ilmu dalam serba kekurangan.Pondok Muhammadiah menjadi saksi kekentalan semangat mereka.

Seorang demi seorang gurunya gugur.Seorang memilih untuk bertukar arah.Mudirnya pula menghembuskan nafas terakhir.Belum sempat menatap kejayaan anak didiknya.Tetapi kepuasan terserlah.Kerana berjaya mengasaskan daya keimanan di dada anak didiknya.

Mujur ada insan guru yang terus tabah.Itupun setelah melihat semangat luar biasa anak didiknya.

Dalam kekurangan akan lahir kekuatan.Itulah inspirasi hebat bakat mereka.Berjaya mengharumkan nama sekolah.Kekurangan itu di terjemahkan dengan suatu persembahan yang hebat di tengah-tengah festival antara dua darjat.Yang kaya dengan pakaian hebat.Sekolah berduit dengan pasukan pancaragamnya.Tetapi anak-anak Sekolah Muhammadiah memilih untuk menggayakan tarian aborigine.Unik tetapi sepakat.Mengagumkan juri.Akhirnya piala kebanggaan manjadi milik mereka.

Watak anak yang serba sukar hidupnya.Menjadi tulang belakang keluarganya.Mengganti menjadi ‘kepala’ keluarga amat menyayat hati.Tetapi kejayaan itu tetap milik insan yang dahagakan kegemilangan.Inginkan perubahan dalam keluarga.Kekantalan semangat yang jarang pada anak-anak kota.yang biasa dengan kemewahan.

Kejayaan anak-anak itu hasil semangat dan saling ingat-mengingati.Saling memberi motivasi.Lantas muncul pasukan disegani.Memenangi pertandingan kuiz antara sekolah-sekolah.Saya terharu.

Pengakhiran yang cukup menginspirasikan.Melihat salah seorang daripada anak-anak Laskar Pelangi itu berjaya menggapai impian.Ke luar negara melanjutkan pelajaran.

“Malam tadi abang bermipi ke England.Melanjutkan pelajaran” tidak semena-mena saya berkongsi dengan isteri.Itu memang impian saya yang saya sendiri tidak tahu bilakah akan tertunai.

“Ya kah?”, sambut isteri dengan senyuman.Senyuman yang mengandungi seribu makna.Senyuman semangat diiringi doa.Kerana saya tahu saya pasti menggapai impian itu suatu hari nanti.Dia juga tahu, apa yang di kata oleh suaminya pasti dikota suatu hari nanti.

Laskar Pelangi mengingatkan tentang diri saya sendiri.Tentang peri pentingnya menggapai sebuah impian.Menukar angan-angan menjadi harapan.Memastikan harapan akan menjadi kenyataan.

Terima kasih anak-anak Sekolah Muhammadiah.Laskar Pelangi akan terus berada dalam kotak minda.Semangat kalian akan menjadi penguat semangat saya.Untuk terus menggapai segala impian.Yang tidak pernah terpadam.

Ruzain Syukur Mansor


INI TENTANG BAKAT..

July 12, 2010

Seorang ayah sempat makan bersama saya di kantin sekolah hari ini.

“Tak tahulah ustaz anak saya tu.Tidak tahu pandai membaca, tapi bab kesenian berbakat sungguh.bagilah apa juga alat muzik.Cepat saja pandainya” katanya.

“Itulah kuasa bakat bang.Teruskan.Berikan lorong kepada bakat seninya” kata saya.

Ayah tersebut inginkan anaknya memasuki ASWARA suatu hari nanti untuk mengembangkan bakat seni dan pewaris bakat keseniannya.

Saya masuk ke makmal komputer.Di suatu sudut, ayah tersebut melatih sekumpulan murid-murid 1 Malaysia untuk persembahan dikir barat.Saya terpegun melihat kebolehan anaknya yang diperkatakan sebentar tadi.Anaknya hebat bermain gendang dan kompang.Hebat sekali.Baru darjah 4@5.Saya tidak terkata.Dia mungkin tidak berapa pandai akademiknya menurut ayahnya tadi.Tetapi begitu berbakat di dalam kesenian.Tidak padan dengan umurnya.

Begitulah.Ada yang bijak akademik tetapi tiada bakat dan keistimewaan lain.Tetapi ada yang kurang bijak akademik tetapi banyak pula keistimewaannya.Manusia dijadikan Allah dengan pelbagai kecerdasan.Cuma kita perlu bijak mengesan bakat yang Allah kurniakan.

Saya mula menulis ketika berumur 26 tahun.Mula bertatih menulis ketika di Universiti Limkokwing.Karya tersiar di Utusan Melayu dan majalah JAKIM.Alangkah indahnya jika saya mampu mengesan bakat penulisan yang ada sejak remaja lagi.Mungkin sudah banyak buku yang berjaya diterbitkan.

Pagi ini saya mendapat respon daripada Prof Kamil UiTM , penulis buku Travelog Haji dan Travelog Dakwah yang cukup saya minati itu.

“Salam sejahtera,

Saya berdoa tuan dan keluarga sentiasa dirahmati Allah.

Terima kasih di atas penghantaran e-mel ini dan saya sentiasa bersyukur kerana dapat berkenalan dengan kenalan baru dari masa ke semasa. Saya berdoa tuan akan terus berjaya dalam apa jua yang diperjuangkan, InsyaAllah.

Muhd Kamil Ibrahim FAIA (ACAD)

Read Kehidupan Ringkas tapi Signifikan at
http://www.muhdkamil.org/blog

Hati saya berbunga-bunga.Seronok kerana mendapat maklum balas daripada email yang saya hantar kepada beliau semalam.Ada nada pencetus emangat daripada Profesor perakaunan Uitm yang bijak menulis itu.

“Insyaallah Prof, moga ketemu nanti” hati saya terus bermonolog.

Apabila bakat sudah di kesan, insyaAllah usaha akan dijana.

Ayah murid berbakat yang saya ceritakan tadi tidak menjangkakan bakat kesenian yang dimilikinya mampu menjana wang dan rezeki buatnya.Setahun dia kembali ke negeri kelahirannya untuk mendalami kesenian melayu.Akhirnya kini beliau melatih kumpulan kesenian, sehingga menjadi pensyarah tamu di ASWARA dan sebagainya.Bakatnya kini sudah boleh di jual.Malah diwarisi oleh anaknya yang juga anak murid saya.

Kini saya sedar bahawa mengetahui yang kita ini berbakat amat penting.Menyingkap kekuatan diri demi mencari bakat terpendam kini antara perkara yang penting bagi seorang guru.

Ayuh! jadilah pembangun bakat.Serlahkan bakat diri!

“Kita ini tidak tahu yang kita ini tahu setelah kita tahu yang kita ini tahu”

RUZAIN SYUKUR MANSOR
PENULIS BUKU TIP URUS KELAB REMAJA MASJID


TRAVELOG SYAHADAH..SUATU KEMBARA DAKWAH

July 11, 2010

TRAVELOG SYAHADAH..Jejak Seorang Mualaf Mencari Jalan Ke Syurga.Terbitan PTS.Karya Muhamad Rashidi Abdullah.

Saya membaca mengenai buku ini melalui Blog Prof Kamil, penulis buku Travelog Haji dan Travelog Dakwah yang amat saya kagumi.

Jumaat 9 Julai saya temui buku ini di kiosk menjual buku di Masjid Negri Shah Alam.Terus saya capai.Lantaran tertarik dengan cover nya yang menusuk kalbu.Indah sekali.Memang ini kuasa buku-buku PTS.

Buku Travelog Dakwah ini terus saya khatam hanya dalam masa 3 hari sahaja.Itupun di tengah kesibukan menghadiri mesyuarat sekolah dan memberi ceramah motivasi untuk anak-anak di Sekolah Integrasi Al-Insan di Seksyen 13 Shah Alam.

Saya teringat kata-kata Puan Ainon , sifu PTS.Sejenis hormon akan terembes ke dalam otak kita sekiranya kita suka akan sesuatu.Hormon itulah yang terembes ke dalam otak kita jika buku yang kita baca itu amat-amat di sukai.Saya rasa itu realiti ketika membaca buku TRAVELOG DAKWAH tulisan Muhammad Rashidi Abdullah.

Ironinya penulis buku Travelog Syahadah ini mendapat sentuhan penulis Prof kamil dan Ustaz Pahruol Mohd Joui.Kedua-duanya penulis buku-buku travelog dakwah yang hebat.

Lantas atas bimbingan itu lahirlah karya yang enak di baca orang.Buku Travelog Syahadah ini sebagai catatan seorang mualaf yang menemui cahaya hidayah.Ustaz Muhammad Rashdi Abdullah dahulunya beragama Kristian.Melalui pelbagai pengalaman hebat.Lulus ujian di sekolah kehidupan.Di tipu dan dianiaya majikan, memasuki universi penjara.Bergaul dengan pelbagai jenis manusia akhirnya memilih agama Islam sebagai jalan menuju kebahagiaan.

Penulisannya santai.Berdasarkan pengalaman sendiri.Tulus ceritanya.Terpaksa menceritakan sedikit kelemahan dan kesilapan lalu.Ikhlas benar penceritaannya.Sesuai sekali di baca para pendakwah.Juga sesuai dihadiahkan kepada sahabat-sahabat yang mula berjinak-jinak dengan Islam.

Al-hamdulillah.Perkara hidayah bukannya pilihan manusia.Tetapi Allah yang empunya pilihan.Ini yang berlaku kepada Ustaz Rashidi, penulis buku Travelog Syahadah ini.

Membaca buku Travelog Syahadah ini mengimbau saat saya membaca buku Travelog Dakwah karya Prof Kamil .Mengimbau kenangan lalu.Menyingkap kekerdilan diri.Ia bukan membuka pekung di dada, tetapi menyatakan rasa kekhilafan di atas kesilapan lalu.Allahuakbar.

“Kita patut bersyukur, kerana lahir-lahir saja sudah diazan dan diiqamatkan sebagai muslim dan muslimah” itu sempat saya titipkan kepada peserta program motivasi di Sekolah Integrasi Al-Insan Seksyen 13 pagi tadi.

Berapa ramai di kalangan saudara baru kita yang susah payah mencari sinar keIslaman.Bergelut dengan cemuhan meninggalkan agama lama.Malah disisihkan oleh keluarga.Itu cabaran saudara baru.Tetapi berkat ketabahan itulah membina kekuatan sebagai seorang Muslim dan Muslimah.Mereka hilang saudara , tetapi Allah bersama mereka.Hanya kepada Allah dicurahkan rasa sedih dan pengharapan.

Lihatlah Saudara Shah Kirit.Hebat di arena dakwah.Begitu juga Saudara Muhamman Nicholas@Slvester.Kedua-duanya mendapat hidayah Allah.Setelah mengkaji kebesaran agama Allah ini.Akhirnya muncul sebagai pendakwah.

Dalam diam saya mengimpikan untuk membukukan catatan Travelog penulisan dakwah.Sudah beberapa tahun berjinak-jinak dengan penulisan dakwah.Malah, blog Akademipenulisbebas saya ini menggunakan tagline “SEBUAH TRAVELOG PENULISAN DAKWAH UNTUK SEMUA”.

Cuma Tahun ini sedikit mengubah momentum.Menulis dan berceramah.Saya ingin jadi seperti Dr Danial.Malah mungkin sehebat Dr Fadzilah Kamsah.Menulis dan berceramah.

Seronok sekali membaca kisah-kisah bagaimana Prof Kamil, Profesor Akaun di UiTM itu sangat berjaya menjadi penceramah dan memberi motivasi dek cetusan pengalaman lalu.Saya percaya pengalamannya mengerjakan haji suatu ketika dahulu mengubah dimensi diri.Buku Travelog Dakwah yang beliau tulis saya baca berkali-kali.Sangat menginspirasikan.Moga Prof terus mencetus inspirasi para penggemar berita-berita kebaikan.

Apapun, saya syorkan buku Travelog Syahadah tulisan Ustaz Muhammad Rashidi Abdullah di baca dan di telaah sedalam-dalamnya.Moga-moga memberi manfaat kepada semua.

Ruzain Syukur Mansor


KUNJUNGAN BERMAKNA KE PESTA BUKU SELANGOR 2010

July 4, 2010

Sehari sebelum berangkat ke ILDAS untuk menjalankan tugas sebagai Jurulatih Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Selangor, sempat saya berkunjung ke Pesta Buku Selangor di Komplek PKNS Shah Alam.

Pelbagai harapan.Pelbagai misi.Selain mendapatkan buku-buku mencambah minda, dapat juga ke booth JIM Media.Publisher yang mengendalikan dan menjual buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid saya itu.

Sempat saya beli beberapa naskhah majalah Millenia Muslim 2010.Tahun ini saya sedikit ketinggalan untuk mendapatkan siri majalah yang banyak memberi peluang kepada saya.Banyak peluang diberikan Saudara Zul (bekas editor Millenia) kepada saya tahun 2009.Peluang di berikan sekali lagi oleh orang kuat Millenia Muslim untuk saya kembali aktif menulis di Millenia Muslim.Akan diusahakan sedikit masa lagi.

Majalah tersebut hanya sempat di baca setelah sampai di ILDAS.

“Anak Baca Buku Ibu Baca Lain”

Tajuk artikel itu terpapar di paparan awal majalah Millenia Muslim keluaran Jun.Rupanya ia artikel tulisan saya di majalah tersebut.Ia amat tepat sekali disiarkan sempena demam pesta buku.Alhamdulillah.Artikel pertama saya yang tersiar di majalah tahun 2010.Ada nada kelesuan pada momentum penulisan tahun ini.

Ia motivasi yang cukup menyegarkan.Menatap artikel sendiri di paparan massa, sesudah lama kekeringan idea.Bukan sangat dek kekeringan idea, tetapi lesu dek kesibukan kerja asasi.

Menulis perlukan komitmen.Itu sudah banyak kali di ulang dalam blog akademipenulisbebas ini.Itu prasyarat untuk terus kekal dalam dunia penulisan.

Moga ada sinar mendatang.Untuk terus kekal matang.Terus mencari peluang.Jangan tenggelam dalam dunia ciptaan sendiri.Moga-moga membaca buku motivasi karangan motivator terkenal yang baru saja saya dapatkan sewaktu pesta buku tempohari mampu menaikkan momentum diri.

Moga ini detik untuk mula bangkit.Amin

Ruzain Syukur Mansor