Alhamdulillah

July 25, 2012

Alhamdulillah. Ia lafaz agung setelah diberi peluang berada dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Kedua, berjaya pula keluar daripada kepompong malas.

“Sheikh, blog anta sudah mula bersawang!” Aduh, terima kasih Ustaz Man kerana menjadi pembaca yang setia.

Bukan mudah sebenarnya bergelar pengurus. Jika ketika menjadi peserta bengkel penulisan dahulu saya melihat sifu Tn Hj Shopuan ke sana sini  menguruskan keperluan penulis . Kini saya merasai pengalaman itu. Mengurus tidak semudah menulis. Ada banyak aspek teknikal dan pengurusan yang perlu diambil kira. Alhamdulillah, misi membugar penulis dan penulisan siri 1 selesai dengan bantuan rakan dan teman.

“Apa yang kita tulis mungkin dilihat sebagai butiran pasir, tetapi di mata pembaca ia mungkin sebutir mutiara yang sangat mahal harganya” itu sempat saya titipkan sebagai motivasi kepada teman-teman penulis yang menyertai Bengkel Penulisan Dakwah Zon Tengah baru-baru ini. Ia sebenarnya motivasi untuk diri saya sendiri.

“Menulis dalam keadaan kepenatan akan menghasilkan karya yang kurang umph!” itu pendapat saya sendiri.

‘Hebatnya para penulis kali ini kerana dipaksa menulis bagaikan di dalam oven. Dikejar oleh dead line” itu ikhlas saya katakan kepada para penulis yang sememangnya mampu menulis gaya seorang wartawan. Harapnya saya tidak dibaca sebagai seorang editor yang zalim, mengerah tenaga penulis sesuka hati.

 

Itulah sebabnya travelog Chicago Ustaz Wan Jamaluddin tampil tepat pada masanya. Malah, celoteh Ustaz Shopuan sangat ikhlas. Ditambah pula kejayaan seorang anak kampung yang berjaya mendaki puncak Washington DC. Terima kasih Ustaz Zaki. Apakah ada seorang lagi pegawai BPI yang turut sama tampil dengan travelog di negara negara tersohor dunia? Allah knows better than us..

Benarlah kata-kata pujangga “Hanya orang sibuk sahaja yang menulis”

“Jika kita gagal untuk merancang, maknanya kita merancang untuk gagal”

“Pilihlah untuk menulis”

“Buku adalah batu nisan kita-Ustaz Shopuan”

“Sediakan batu nisan seorang penulis”

 

Jadi, kita adalah sumber motivasi. carilah semangat yang hilang. Terima kasih teman . Tulislah untuk memberi motivasi kepada diri.

 

P/S: mengumpul kekuatan untuk kembali menulis.

 

 

 

 


bengkel penulis

July 25, 2012

bengkel penulis


TAMPIL POSITIF SEJAK REMAJA

July 1, 2012

 

Tulisan:Ruzain Syukur b Mansor

Harga semenanjung:RM 12.50

Harga Sabah/Sarawak: RM 14.50

Beli di kedai buku atau kedai hyper rangkaian terpilih atau beli secara online di http://www.bookcafe.com.my/my/self-improvement/tampil-positif-sejak-remaja.html

Tampil Positif Sejak Remaja digarap dengan penuh santai sebagai panduan kepada  remaja supaya sentiasa positif dalam kehidupan. Ia adalah buku ke tiga Ruzain Syukur b Mansor. Garapan motivasi secara santai menyentuh aspek  penting dalam persekitaran kehidupan remaja.

Persoalan potensi dan nilai diri remaja menjadi tunjang perbincangan. Manakala persoalan konflik dalaman seorang remaja dibicarakan secara ringkas dan menarik. Hubungan remaja dan guru, ibu bapa serta  rakan turut dimuatkan. Mereka insan yang sentiasa hidup dalam dunia remaja. Manakala persoalan bakat, minat dan cita-cita turut menjadi rencah pilihan penulis dalam buku ini.

Pengalaman sebagai seorang guru, penulis, perunding motivasi memberikan penulis peluang untuk berinteraksi dengan remaja secara langsung. Ada beberapa kisah dan pengalaman mereka yang sesuai untuk dijadikan bahan motivasi.

Buku ini sesuai dibaca oleh remaja, ibu bapa, guru dan aktivis remaja. Catatan penuh inspirasi segar dan dilihat ‘hidup’ kerana melalui pengalaman sebenar sebagai pengendali program pembangunan diri remaja.

 Buku ini turut menyentuh aspek:

  • Isu cinta yang normal dalam kalangan remaja
  • Mengenal pasti antara angan-angan dan cita-cita
  • Mengendalikan dilema antara remaja, ibu bapa, dan guru
  • Mendapatkan ketenangan jiwa dengan cara paling mudah

 Tip hebat dalam buku ini:

  • Tip menjadi sahabat yang hebat
  • Tip berteman secara bijak di alam siber
  • Tip mudah mencintai buku
  • Tip memilih mentor dan idola

Kandungan buku ini:

Prakata vii

Pendahuluan xi
Bab 1  Remaja Moden  

Bab 2  Lihat Diri Kita  

Bab 3  Apa Khabar Iman 

Bab 4  Wahai Ibu dan Bapaku 

Bab 5  Guru oh Guru! 

Bab 6  Angan-Angan vs Cita-Cita 

Bab 7  Rakan ataupun Sahabat  

Bab 8  Syurga Cinta   

Bab 9  Zaman ICT dan Demam Facebook 

Bab 10  Adakah Wujud Lagi Ulat Buku? 

Bab 11  Buat Duit dengan Menulis 

Bab 12  Bijak Jauhi Zina 

Penutup 

Profil Penulis 

Rujukan 

 Sebarang perkongsian atau pertanyaan sila hubungi penulis di talian 0192103267 (Ruzain Syukur Mansor) atau email ruzainsyukur@gmail.com atau fb Ruzain Syukur b in Mansor

RUZAIN SYUKUR B MANSOR

PENULIS BUKU

TAMPIL POSITIF SEJAK REMAJA


Tampil Positif Sejak Remaja

July 1, 2012

Tampil Positif Sejak Remaja