TRAVELOG PENULIS BEBAS: BERGURU DENGAN SIFU

September 25, 2011

Saya berlari-lari anak mendaki beberapa anak tangga pejabat NSTP Bangsar 24 Oktober lalu. Kalau saya ini wartawan, lambat beberapa jam, pasti mungkin sudah dihamun oleh editor!.

Nota: biasanya hanya berhubung dengan editor akhbar Berita Harian melalui email, kini menjejaki ruang eksklusif para pengamal media. Medan ekslusif yang sangat pantas pergerakannya. Lambat bermakna gagal!. Itulah dunia kewartawanan yang menuntut ketepatan dan kepantasan.

Masuk ke ruang latihan NSTP, hati rasa berdebar. Gembira tidak terkata! berbual dengan editor bahagian, otai media menyerlahkan keprofesionalan mereka.

Seorang editor kanan profesional, bagaikan melatih wartawan dengan tegas. Saya terasa auranya! Fakta harus tepat, jangan menokok tambah sesuatu yang tidak pasti katanya.

Seorang wartawan seharusnya tahu apa yang diinginkannya. Atas dasar itulah penulisan bermula seawal misi temuramah dengan responden. Sumber berita. Harus ada persediaan rapi. Soalan tajam dan tepat. Harus sentiasa relevan dengan tajuk yang dipilih.

Tugasan! Saya dapat merasai itu antara perkara yang sentiasa dianggap cabaran oleh seorang wartawan berita. Saya juga merasai getarannya apabila menerima tugasan daripada seorang editor ataupun pengarah bahagian.

Walaupun tidak sempat menamatkan kursus Journalism On Campus bimbingan NSTP, tetapi saya merasai dunia sebenar kewartawanan. Dunia yang sentiasa perlu pantas dan tepat. Melaporkan kebenaran dengan ikhlas dan niat yang murni. wartawan muda perlu harus belajar dengan pengalaman senior.

Saya sempat merasai dunia kewartawanan yang penuh dengan cabaran. Terima kasih NSTP.Terima kasih UM.

Ruzain


RESENSI BUKU: TRAVELOG WARTAWAN ISLAM

September 23, 2011

Ikhlas dan pengakuan yang jujur.

Itulah kesimpulan terbaik setelah membaca buku Travelog Wartawan Islam bingkisan Roslan Hamid. Beliau dahulunya berkhidmat dengan akhbar harian tersohor Malaya. Sempat berguru dan dibimbing oleh wartawan dan editor senior. Sempat juga beliau menduduki kerusi panas di bahagian editorial dan berpengalaman luas di dalam dunia kewartawanan.

Pengakuannya sangat jelas dan ikhlas. Saya juga terkedu. Adakalanya unsur baik dan buruk bercampur gaul di dalam dunia kewartawanan dan penerbitan. Artikel agama tentang aurat tetapi helaian lainnya memaparkan juga aksi artis bagaikan tidak cukup kain. Lantas! Kontra jadinya! Itu antara yang disebutkan saudara LANH di d alam catatan travelognya.

Jarang sekali seorang wartawan mengakui akan pelbagai sisi kehidupan kerjayanya. Memanglah kerana hidupnya seorang wartawan masanya untuk menulis, membaca malah mungkin mengejar berita. Mana ada masa untuk memikirkan tentang perihal yang lain. Minat mesti ada. Kalau tidak cari saja kerja yang lain. tetapi di mata saudara LanH ada aspek etika yang harus difikirkan.

Maaf, bukan memperlekehkan kerjaya wartawan. Jasa mereka melaporkan berita sangat memberi manfaat yang sangat banyak. Terbaru di Somalia, nyawa wartawan kita bagaikan diancam peluru tanpa mata.

Saya pun sempat dilatih bagaikan seorang wartawan media. Deadline. Hantar artikel tepat pada masanya atau bye.bye. Dunia penulisan apatah lagi di syarikat akhbar dan majalah menamakan ia sebagai KOMITMEN. Tanpanya, berita atau artikel tidak dapat menemui pembaca tepat pada masanya. Itu sebabnya, isu sesuatu majalah bulanan ditulis 2-3 bulan daripada tempoh isu bulan sebenar. Isu hari guru mungkin sudah ditulis pada bulan Mac.

Bukan saya sahaja. Seorang teman penulis bebas merungut kerana dikejar oleh editor majalah. Beliau mendapat kolum motivasi di dalam sebuah majalah akademik remaja. Tetapi masih tetap hanya diberi 2-3 hari sebagai deadline menghasilkan artikel.

“Itu biasa sheikh. Itu harga saham yang harus dibayar apabila sudah memasuki gelanggan media ” kataku menambah sengat.

Apapun, tulisan tajam berdasarkan pemerhatian adalah senjata menyengat penulis buku Travelog Wartawan Islam ini. Saudara LanH menjadikan pengalaman berulang alik dari Melaka ke Kuala Lumpur setiap hari untuk dijadikan bahan tulisan. Ya, penulis yangg tajam akalnya harus menjadikan apa juga yang dilihat sebagai ‘modal’ penulisan. Ragam manusia di dalam bas, serta ragam manusia yang ditemuinya daripada rumahnya ke tempat kerja pantas pula disusun dan ditambah dengan sumber ilmu sesuai dengan latar belakangnya sebagai wartawan.

Saya mahu jadi seperti saudara LanH. Mempunyai catatan travelog penulisan. Tetapi apa yang saya kumpul adalah cebisan travelog penulis bebas. Bila terbit? Belum masak lagi untuk diterbitkan. InsyaAllah suatu hari nanti, apabila sudah diterbitkan saya maklumkan di muka buku.. Facebook..

InsyaAllah..Travelog penulis bebas di dalam pembikinan. Tiada niat ingin bersaing tetapi niat untuk meninggalkan legasi penulisan untuk tatapan akan dan cucu

Ruzain Syukur Mansor


CATATAN SARJANA: BERANI BERUBAH

September 22, 2011

Berani berubah!

“You are group of postgraduate student! You must able to give your opinion during the discussion..” lebih kurang begitulah buah-buah pertama yang diungkapkan oleh Sheikh Atief Suhayl, Pensyarah daripada India yang mencurahkan ilmu kepada calon sarjana yang mengikuti matapelajaran Kaedah Pengajian Usuluddin. Berbahasa Inggeris kami tadi.

Itu mungkin tidak disangka-sangka oleh para pelajar pasca siswazah yang mungkin sudah selesa dengan pengajaran dalam Bahasa Malaysia semenjak bergelar calon sarjana di Universiti Malaya. Sebuah universiti awam yang pasti meletakkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi.

Tapi itu mungkin mengusik nostalgia sewaktu belajar di UIAM dahulu. Itu biasa bagi mahasiswa UIAM. Kebanyakan pensyarah juga daripada India, Bangladesh, Pakistan dan beberapa negara lain. Jenuh juga sebenarnya menanggap slanga mereka. Tetapi itulah cabarannya. Kita mungkin kurang tercabar jika hanya mudah menelusuri mutiara ilmu dari pensyarah Melayu dengan slang Malay Englishnya. Ahh..sudah biasa makan belacan, sesekali perlu juga merasa pizza Itali.

Mahu jadi sarjana perlukan kepakaran berbahasa. Walaupun balik mengaji dari Mesir. Mengapa? Universiti Malaya bertaraf Universiti Penyelidikan. Maka bersedialah meneroka mutiara ilmu daripada artikel antarabangsa. Malah hebat ustaz-ustaz ini jika boleh berbahasa inggeris. Bukan membanggakan bahasa asing, tetapi kemahiran berbahasa itu suatu kelebihan.

Mahu tidak mahu, bersedialah wahai calon sarjana Islam, berani berubah. Berubah untuk lebih pakar berbahasa. Kuliah siang tadi berjaya mengetuk minda ustaz dan ustzah sekuliah. Kita harus pakar dan berani mengutarakan hujah walau pun dengan bahasa asing. Jangan seperti dikatakan orang..bahasa melayu pun tidak sangat. Apatah lagi bahasa inggeris. Bahasa arab? langsung tak berbunyi.

Ini sekadar ingatan. Buat perkara betul dengan betul-betul.

Ruzain Syukur
IBG 100059
Calon Sarjana Dakwah dan Pembanguna Insan
Universiti Malaya.


September 20, 2011

Berita Harian Online | Pendakwah perlu beralih guna media sampaikan ilmu

September 20, 2011

Berita Harian Online | Pendakwah perlu beralih guna media sampaikan ilmu.


akhirnya detik itu sampai juga..

September 20, 2011

20 September 2011
Akhirnya detik itu sampai juga. Ia mengambil masa sehingga ke bulan September 2011 untuk melihat karya sulung tahun ini menjengah dada akhbar. Ahad email artikel, Selasa disiarkan di ruangan agama Berita Harian al-hamdulillah.

Pendakwah perlu beralih guna media sampaikan ilmu

Oleh Ruzain Syukur Mansor
2011/09/20

Penyampaian dakwah melalui drama, filem mudah diterima masyarakat.

Itu bunyi tajuk dan taglinenya. Terima kasih tuan editor. 2009, 3 buah artikel saya menerobos masuk ke ruangan agama Berita Harian. 2011 lambat kali ini. Apa pun ia menerbitkan semangat yang luar biasa. Ia juga sebagai memberikan inspirasi kepada kajian awal saya untuk memahirkan diri dengan dunia media dakwah.

“Peluang sebenarnya ada” itu sempat saya khabarkan kepada seorang rakan penulis di sekolah tadi. Cuma komitmen masa dan kemahuan sahaja yang menjadi penentu. Selagi kita ada kemahuan, insyaAllah ada jalannya. Bukankah begitu Pak Maher Zein?

Lantas, mengapa memilih untuk tidak menulis?

Dakwah kini perlu mengambilkira keperluannya di media. Antara yang saya sentuh di dalam artikel tersebut:

“Jangan nanti kerja-kerja dakwah di media diambil alih oleh individu yang bukan ahlinya. Lantas akan kucar kacir jadinya”

Ketika sasaran dakwah mengharapkan sesuatu untuk dihadam, dimanakah kita para pendakwah? Baik di media baru, media lama semuanya harus diberi perhatian. Ya ada benarnya di media itu banyak sangat sisi hitam yang menjelikkan. Tetapi tiada langsungkah ruang dan peluang dakwah? Lantas media sebagai medan yang sangat berkuasa harus menjadi lubuk dakwah.

Di saat semua pendakwah bertumpu di masjid untuk menyampaikan ilmu, bagaimana pula para netters, chatters, ulat internet yang sibuk terawang-awang mencari hidayah di media? Sediakan juga bingkisan buat mereka.

Moga, artikel sulung saya di Berita Harian tahun ini akan meberikan semangat dan kemahuan yang kuat untuk menulis.Terima kasih Allah

Ruzain Syukur Mansor


CATATAN SARJANA: ITULAH JADINYA JIKA HANYA PANDAI MEMBERI NASIHAT

September 15, 2011

“Berdebar rasanya” ringkas kataku kepda teman sekerja yang sedang bersenang lenang menanti anak murid calon UPSR kesayangan usai solat fardhu Zohor.

“First kelas..lain debarnya. Entah mengapa” semakin bercelaru.

“Tenang ustaz, Itulah jadinya, selalunya pandai saja Ustaz bagi nasihat kepada orang. Hari ini saya pula yang berikan ustaz nasihat” adui! tepat ke batang hidung.

Itu rencah perbualan saya dengan teman sekerja. Hati mereka ceria kerana calon UPSR mereka itu tenang menjawab soalan peperiksaan.

Usai mengimamkan solat fardhu Zohor, saya mememcut WMW 5597 (dibaca pecutan tidak lebih 100 km/jam) di tengah-tengah kesesakan lebuhraya Persekutuan menuju Kampus Tenang Universiti Malaya.

‘BS 29..di mana ya..di mana ya..jumpa akhirnya!’ monolog hati kegembiraan menanti masuk ke dalam bilik kuliah matapelajaran Kaedah Pengajian Usuluddin. Berdebar menanti pensyarah masuk. Siapakah gerangannya. Berkenalan dengan teman baru. Seronok melihat teman-teman guru yang mendapat tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. HLP dan CBBGP. Cuti penuh , elaun lagi. Bila lagi ya?

Pintu dibuka. Huh! yang terpacul adalah susuk tubuh pensyarah kegemaran. Prof Ab Aziz M. Zin. Alhamdulillah. gaya beliau sangat saya sukai. Tenang, contoh mudah-mudah, dalam maknanya, senang pula difahami. Tidak sesukar memahami bagaimana Malaysia tidak dijajah tetapi hanya dinaungi…

“Dalam tasaufnya” celah teman sekuliah di belakang. Itulah Prof Ab Aziz.

“Apabila sudah register, biar sampai habis” kecut perut mendengarnya. Ayat itu sudah diulang banyak kali diulang pada semester lepas. Tetapi itulah motivasi ringkas Prof Ab Aziz yang selalu diingati.

Ini misi ke 3. Berjaya pasti berjaya. Habis mesti habis. Cuti ataupun tidak. Tapi cuti lagi baik. HLP akan ditutup permohonannya esok 16 September. Moga ada tuahnya kali ini setelah mendapat azimat dan doa teman-teman tadi.

“Jumpa di mana ya kita” sapa seorang teman.

“Ana mengajar di SK Telok Menegon” sapaku tenang. Muka berkerut. Rasanya macam pernah berjumpa dengan sahabatku ini.

“Ana dari sekolah anta. Ana jaga UPSR tadi di sekolah anta. Kecilnya dunia” kata sheikh muda itu.

‘Macammana boleh tidak perasan. Rakan sekelas ku ini rupanya pengawas UPSR di sekolah tadi. Malah sudah bersalaman dengannya. Inilah bahana FANA seperti yang disebut penceramah sebentar tadi. Khusyu’ sangat’

Apapun, bertemu kembali sahabat lama Syeikh Khusyairi yang sudah memperolehi cuti belajar dari UITM kembali mengujakan hati. Tahniah syeikh.

Siri catatan sarjana ini harapnya menjadi sebuah lagi siri catatan yang mungkin kalau ada rezeki boleh dibukukan. Ini kisah liku perjalanan mengejar sarjana. Moga Allah kurniakan kekuatan untuk membimbing diri ini untuk muncul luar biasa.

Amin. Bertemu lagi.


CATATAN SARJANA-WELCOME..WELCOME

September 11, 2011

Esok minggu pertama semester baru bagi calon sarjana dan PhD seluruh negara.

Tahniah juga buat Sheikh Nazrul, teman sekelas sewaktu di maktab dahulu yang kini juga bergelar calon sarjana Pendidikan di UKM. Ustaz Aminuddin Khalit di UPSI. Sheikh Malik di USM. Sheikh Hamidi yang sudah nampak jelas kesarjanaannya di UKM. Cikgu Azlina, berulang-alik ari Klang ke Bangi lagi sem ini. Sangat-sangat tabah ibu ini.

Ada harga yang perlu dibayar. Setelah 4 bulan bercuti, Khamis ini akan sekali lagi di semester baru meredah kesesakan Lebuhraya Persekutuan demi mengejar cita yang tidak pernah padam. sesekali merentas memecut laju di Lebuhraya NPE. Apalah sangat perngorbanan jika mahu dibandingkan dengan pengorbanan Syeikh Khusairi (teman sekuliah di UM) yang sanggup terbang dari Kuching-UM-Kuching semester lepas. Setiap Khamis..Syeikh jamid dan Syeikh Ariffin, yang meninggalkan keluarga nun di Bumi Kenyalang demi mengejar sarjana. Ustazah Nurul dari Seberang yang sangat bernas ideanya..Kata orang jika kita rasa susah, lihatlah di bawah. Lihat betapa masih ramai insan lain yang jauh lebih hebat pengorbanannya. Dbaca sebagai mencari semangat kepada diri sendiri (siapa lagi yang nak diharapkan memebris sumber motivasi).

Al-hamdulillah, di saat terasa diri ini keseorangan, Allah ‘temankan’ dengan rakan-rakan yang sama menuju arah yang sama. Bagaikan kiambang kita ini nanti, berpisah seketika di bawa arus , namun perlahan kembali bersatu dan bertaut. Al-hamdulillah, kemenangan psikologi sekurang-kurangnya diperolehi.

Teman-teman, perjalanan masih jauh. Kalian berhak letih di tengah jalan, tetapi jangan mengeluh. Rasailah kemanisan di akhirnya. Sekali kita melangkah, tak mudah mundur lagi!.

Moga calon-calon sarjana yang juga memulakan semester baru esok 12/9, moga kalian tabah dan berjaya mencapai puncak kesarjanaan.

Ruzain Syukur Mansor
IGB 100069
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya


TARBIAH RAMADHAN ..PASCA PUASA

September 11, 2011

Menekuni bingkisan ilmu daripada dua orang tokoh ilmuan malam tadi sangat mengujakan. Bingkisan indah daripada Dato’ Abu Hassan Din al-Hafiz dan Dato’ Zawawi Jusoh dalam siri Forum Perdana hal Ehwal Islam di Masjid Negeri amat menginsafkan.

Ini perihal pasca Ramadhan. Gamitan Festival Syawal di Malaysia sangat meriah sekali. Sangat berbeza sekali dengan sambutan Aidilfitri di Mekah. Di sana hanya 1 Syawal sahaja disambut meriah. Itu tambah Ustaz Mustaffa sidin , imam masjid Negeri Shah Alam.

“Jangan kegembiraan menyambut Syawal itu menjadi permainan dan hiburan” tambah Dato’ Abu Hassan Din. Ada benarnya.Amalkan kesederhanaan ketika beraya. Jadikan ia ibadah. Syaratnya. Amalannya biar soleh. Niatnya betul. Pergaulan terkawal. Ada masa untuk solat.

Beliau menambah dalam nada gurau “di Malaysia seolah-olah artis sahaja yang beraya. Penuh cerita di akhbar dan TV- Artis beraya di kampung, artis shopping sakan. Orang agama pun beraya juga! Mengapa tiada cerita tentang Dato’ Zawawi beraya di kampungnya?”

Selebihnya..? Puasa enam bagaimana? Ia sebagai tanda kesinambungan kepada tarbiah Ramadhan. Tanda iman masih berdetik. Suatu hari di sekolah…

“Ustaz, silakan rasa..” sapa seorang rakan sekerja.
“Sedapnya..mengapalah sedap sangat rasanya kerepek ni” hati saya bermonolog.

‘Oh..Patutlah sedap sangat rasanya. Perut baru mula menjamah makanan setelah beberapa jam berpuasa. Puasa sunat saya terkorban dek godaan kerepek petang itu..bukan tergoda tapi tak sengaja..lupa.’ hanya saya sahaja yang tahu ketika itu.

Nasihat saya kepada yang mula-mula untuk berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Jangan tangguhkan puasa anda. Dan bersedia dengan segala macam godaan samada yang anda sedar atau mungkin di luar kawalan. Sunat, sunat juga, tapi pastikan yang wajib terus jadi yang utama. Puasa, puasa juga. Solat jangan dilupa

Ruzain Syukur


Catatan Sarjana: Selepas cuti

September 4, 2011

“Maaf Min, tak sempat ke teluk Intan” itu sempat saya utarakan kepda sahabat karib Ustaz Aminuddin Khalit yang secara rasminya akan juga bergelar calon sarjana Pendidikan Universiti Perguruan Sultan Idris. Beliau bertuah kerana ditaja oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui skim hadiah Latihan Persekutuan (sudahlah cuti , bergaji penuh lagi..bertuahnya badan). Selamat datang tuan ke dunia akademia.

Esok juga saya akan mendaftar untuk semester kedua pengajian Sarjana Usuluddin (Dakwah dan Pembanggunan Insan). Di saat sahabat sekohort Sheikh Ariffin, Jamid, Ustazah Nurul sudah mula mengorak langkah mula menyiapkan proposal disertasi, saya masih terkial-kial menghabiskan 1 lagi matapelajaran wajib (Kaedah Pengajian Usuluddin). 1 subjek tetapi ramai pensyarah.

Melihat teman-teman seperti Dr Khairul Nizam Zainan Nazri yang sudah memegang PhD di usia muda (31 tahun) sangat mengujakan. Bergelar pensyarah di Universiti Malaya memberikan semangat yang berkobar-kobar. Teman-teman yang lain pula, Sheikh Hasbi dan Atiullah di UPSI ..ahli akademik yang sangat gigih menggenggam PhD. Kalian memang tabah.

Perjuangan ke tahap itu memerlukan ketabahan luar biasa. Itu kerap kali diungkap para pensyarah ketika kuliah sepanjang sem 1 berguru di UM.

Berkatalah Prof Ab Aziz Md Zin ketika kuliahnya semester lepas “kejayaan menggenggam sarjana itu harus dibayang-bayangkan. Langkahan bangga segak berjubah menerima skrol. Terus pula mendaftar PhD . Dapat pula menjadi pensyarah” . Memang ada benarnya. Walau apa pun, membayang-bayangkan kejayaan itu ada benarnya menjadi pendorong yang setia. Saya tidak mahu kandas lagi. Cukuplah dua kali kandas. Tidak untuk kali ke 3.

Buat teman-teman yang sama mengejar sarjana. Cikgu Azlina yang sangat tabah di UKM. Sheikh Midi di UKM moga kalian juga turut sama terus terusan dengan komitmen yang satu.

Ruzain Syukur Mansor