MEMARTABAT PROFESION PERGURUAN+MODAL INSAN+CABARAN GURU

October 14, 2008

ASSALAMUALAIKUM.

tagline di atas antara perkataan atau bidang yang menarik minat pembaca blog ini untuk menelusuri kandungan paparan blog akademipenulisbebas.saya juga merasakan rakan-rakan yang sudi menjenguk blog saya ini kebanyakannya adalah daripada golongan guru.

 

Sekadar berkongsi, minat untuk mengenengahkan idea penulisan bercorak perguruan bertitik tolak daripada galakan pensyarah pembimbing saya sewaktu Praktikum LPBS KPLI j-QAf iaitu Tn Hj Omar B parkan.lantas saya menulis satu artikel yang mengenengahkan bagaiman program j-Qaf boleh melahirkan modal insan berkualiti.Artikel tersebut mendapat reaksi yang menggalakkan termasuk daripada guru-guru sekitar daerah saya mengajar.

 

lantas genre penulisan saya banyak berkisar kepada profesion guru dalam usaha memperkasa modal insan.

 

Untuk itu saya menyeru kepada para pengunjung yang dihormati turut sama memberikan idea turut sama menyemarakkan perbincangan supaya blog saya ini lebih meriah dengan pelbagai percambahan idea.

Sesungguhnya usaha memperkasakan modal insan oleh golongan pendidik memerlukan usaha yang berlipat kali ganda.kesabarab yang seharusnya menjadi pokok dalam segala usaha sepatutnya dicambahkan dengan idea dan kaedah serta methodologi baru.kaedah pengajaran yang sarat dengan idea inovasi berteraskan teknologi baru masa kini sepatutnya menjadi keutamaan .

saya yakin dan percaya bahawa ada di kalangan pengunjung yang turut sama berkongsi cetusan rasa untuk memperkasakan modal insan sebagai modal utuh membangun negara.Untuk itu saya amat-amat mengalu-alukan sebarang komen dan cetusan idea membina untuk kita telusuri bersama.

Buat para pengunjung terdahulu, terima kasih kerana sudi menelusuri bicara minda yang sengaja saya cetuskan untuk dikongsi semua.

Sekian

Syukur

https://akademipenulisbebas.wordpress.com


salam Aidilfitri

October 14, 2008

 

Assalamualaikum..

Salam Aidilfitri saya ucapkan sempena Syawal yang menjelma.Ribuan ampun dan maaf buat para pengunjung laman blog ini andainya bicara pena saya mengguris hati kalian.

Sempena dengan syawal ini semoga kita semarakkan rasa kecintaan sesama insan dan perkuatkanlah ukhuwwah sesama kita.Inilah ruang untuk kita kembali tautkan silaturrahim agar tiada lagi sengketa berpanjangan.

 

Moga Syawal kali ini memberi seribu satu kegembiraan setelah diuji di Bulan Ramadhan yang lalu.Moga-moga tarbiah Ramadhan akan terus mekar dibawa ke bulan-bulan seterusnya .haraplah segala amalan lalu diterimaNYA .

 

Syukran,Selamat hari raya Aidilfitri

Syukur

https://akademipenulisbebas.wordpress.com


PERADUAN MENULIS ESEI SEKOLAH RENDAH/MENENGAH DBP

October 14, 2008

Read the rest of this entry »