22 JUN 1980-2010

June 22, 2010

Pelik sahaja bunyinya.30 tahun sudah Allah berikan nikmat hidup di muka bumi ini.Nikmat merasai keamanan dan hidup sejahtera.

Selalu saya katakan ketika berceramah “bagaimana jika setiap nafas yang kita sedut itu dikenakan bayaran?.Pasti jatuh muflis kita jika nak membayarnya”

Itu tanda Allah tidak pernah berkira dengan kita.DiberiNya pelbagai nikmat dengan secara percuma.Allah tidak pernah berkira dengan manusia.Cuma manusia yang seringkali berkira-kira dengan Allah.

Justeru bersyukurlah.Topik bersyukur ini antara perkara yang disebut di awal buku La Tahzan karya Dr Aidh Al-Qarni.Malah banyak lagi karya-karya agung yang melatakkan perkara berkenaan syukur di awal perbahasan.

Saya bertuah di beri nama Ruzain SYUKUR b Mansor 30 tahun yang lalu oleh ibu dan ayah tercinta.Terima kasih mak dan abah.Mengingatkan saya sentiasa tentang peri pentingnya bersyukur.

“Jika kamu bersyukur maka Aku akan tambahkan nikmat ke atasmu, tetapi jika kamu kufur maka azab Allah amatlah pedih” bukankah itu janji Allah?.Pada hambanya yang tidak mahu bersyukur.Janjinya akan menambah rezeki pada yang sentiasa bersyukur.

Justeru 30 tahun saya menghirup nafas dan menikmati kehidupan bahagia, kalimah syukur dilafazkan berkali.Al-hamdulillah, nikmatMu tidak terhingga Ya Allah.

30 tahun ini memberikan penanda aras penting.Sesuatu itu boleh di capai hanya dengan usaha yang gigih.Tanpa kenal erti putus asa.Jauh sekali mengeluh akan kegagalan yang dilalui.Tentu sukar menjadi insan yang banyak keinginan.Menjadi penulis, jurulatih kini antara kejayaan besar yang amat di syukuri.Al-hamdulillah.

Berkongsi idea dengan khalayak cukup mengujakan.Melihat hasil karya di baca orang dan dimanfaatkan menjadi suatu kepuasan.Mohon Allah jauhkan hati ini daripada sifat riak dan takabbur.Moga Allah terus mengurniakan minda yang mampu menterjemahkan skrip kehidupan kepada karya kreatif yang enak di baca orang.

Saya masih ingat antara salah satu daripada impian saya ialah menghasilkan sekurang-kurangnya 10 buah buku sebelum meninggalkan alam ini.Itu saya kongsikan dengan rakan peserta bengkel penulisan di UIAM beberapa tahun yang lalu.Ia dilihat mudah di alam impian.Tetapi menjadi sukar jika tidak dipandu dengan komitmen dan semangat juang tinggi.Seolah bateri yang sentiasa perlu di charge untuk mengekalkan kehebatannya.Moga keseronokan menulis ini menjadikan diri ini cintakan ilmu.Memantapkan pembacaan.Kerana apalah kiranya penulis tanpa buku.Membaca perlu menjadi rutin.Membaca Al-Qur’an, buku ilmiah dan apa juga yang boleh memperkasa minda.

“Anta masuk team penulisan!.Kita ada projek buku baru 21-23 Julai ini di Sepang.kali ini buku dakwah remaja” itu kata Ustaz Shopuan Anuar kepada saya tadi.Sempat bertemu dengan Penolong Pengarah Kanan Dakwah itu ketika menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam di Jabatan Pelajaran tadi.Itu satu lagi peluang untuk menabur bakti.Mencurah idea.Akan bersama dengan team penulisan Sektor Pendidikan Islam menggerakkan penulisan buku remaja.

Moga usia 30 tahun inni mencorakkan seuatu kepada ummah.Moga terus memberi manfaat.Terus mengembangkan bakat.Syukur kepadaMu ya Allah atas segala nikmatmu.Aku bersyukur..

Ruzain Syukur Mansor


AYAH

June 20, 2010

Seringkali saya mengendalikan program motivasi.Atau melihat rakan-rakan mengendalikan sesi muhasabah.Ibu banyak kali di sebut.Perasaan peserta dibuai kepada penderitaan ibu melahirkan.Kasih dan sayang ibu kepada kita.Ibu insan yang begitu banyak jasanya kepada kita.

Tetapi jarang atau sedikit sangat kita mengingatkan peserta betapa hebat juga AYAH membesarkan kita.Ayah tidak melahirkan kita.Tetapi siapa tahu betapa besar juga jasa ayah menjadikan kita ini manusia berguna.Sanggup bergolok bergadai meredah segalanya demi membesarkan kita.Hebatnya ayah.

Erti kesusahan ayah mencari sesuap nasi, nelayan di tengah laut, petani tidak mampu tergambar di fikiran anak-anak kota.Tayangkanlah klip video petani yang berpeluh-peluh di kebun.Anak-anak di bandar hanya mampu menguap tanpa menutup mulut.Kerana ayah-ayah di bandar kerja di pejabat berhawa dingin.Pakaiannya hebat walaupun poketnya tidak siapa yang tahu ketirisan dan kebocorannya di tengah bulan.Itu semua demi anaknya.

Itu semua kerana anak-anak itu belum bergelar ayah.Cubalah nanti apabila menjadi ayah.Barulah sedar betapa sukarnya mencari sesuap nasi.Cabaran pula hidup di tengah bandar.Kemiskinan bandar di kata orang.Gaji RM2000 belum pasti menjanjikan kehidupan mewah di tengah bandar Kuala Lumpur.Jadi?, ada eksekutif yang bekerja di pejabat hawa dingin di siang hari, tetapi malamnya menjual burger.Menampung belanja susu dan persekolahan anaknya.Siang malam bekerja.

“Itu semua salah ayah.Sibuk sehingga mengabaikan saya” itu luah seorang anak yang baru sahaja di cekup sedang merempit di ibu kota.Bosan katanya di rumah.

Adilkah ayah yang menjadi sasaran?.Adakah duit yang turun dari langit jika ayahmu tidak mencari pendapatan lebih buatmu?.Fikirkan wahai remaja.Tidak wajar salahkan ayahmu.Salahkan dirimu sendiri.Imanmu belum cukup kuat buat menangkis segala keseronokan dunia.Sudah terhantuk baru terngadah.Baru berpijak di bumi yang nyata.Baru teringat ibu dan ayah.Menangislah sehingga keluar air mata darah.Jangan sampai begitu.Berfikir sebelum bertindak.

Apa lagi yang boleh kita katakan.Bersikap adillah kepada ayah.Jangan dipinggirkan.Jangan jadi seperti si Tanggang Moden.Membuang ayah di tepian jalan.Ingat asal dan usulmu.Moga hidup bersendikan agama.Berpaksikan keimanan.Bertunjangkan kasih dan sayang.Cinta kepada Allah.Cinta kepada Rasul.Cinta pula kepada ibu dan ayahmu.

Selamat menyambut hari bapa.Jangan dilupakan ibumu.

Ruzain Syukur Mansor


MENULIS TENTANG DIRI SENDIRI

June 19, 2010

“Cuba bagi sedikit tip bagaimana nak menulis?” tanya aseorang sepupu saya baru-baru ini.

Beliau seorang guru yang sangat berpengalaman dalam aktiviti kokurikulum dan IT di peringkat Jabatan Pelajaran.

“Menulis apa yang kita lalui” jawab saya ringkas.

Itu jugalah soalan yang kerap kali diacukan kepada saya daripada kalangan rakan-rakan yang ingin memulakan penulisan.

“Jangan pening-peningkan kepala.Fikirkan tentang kehidupan anda”

Anda mungkin seorang guru.Jadi tulislah tentang cabaran profesion perguruan!.Kerana itulah antara carian yang pengunjung blog saya ini cari.Anda seorang guru disiplin, tulislah bagaimana menjadi seorang guru disiplin yang baik.Atau permasalahan dari segi akta, pekeliling yang menyentuh tentang disiplin.

Anda mungkin seorang mekanik.Tulislah tentang aspek penjagaan enjin yang baik.Pasti di baca orang.

Anda seorang kerani.Tulislah tentang bagaimana mengurus pejabat dengan baik.Tip sebegitu di cari orang.

Tiada saluran? sukar menembusi tembok editor? tiada nama? masih belum yakin?. Itulah suara hati saya ketika mula-mula menceburi dunia penulisan di media lewat 2006.Mulakan dengan menulis blog.Tulis perkara-perkara yang mudah-mudah.Sambil membina rappo yang baik dengan editor majalah dan akhbar.

Tidak semestinya menjadi penulis mesti berada di majalah dan akhbar.Perkenalkan diri anda melalui blog.Menulis memerlukan kesabaran.Membina kredibiliti bukan suatu yang mudah.Menulis memerlukan komitmen.

Acapkali juga saya melihat artikel saya di blog akademipenulisbebas ini dijadikan bahan ‘penguat’ artikel sahabat-sahabat pengunjung.

“Menurut Ruzain Syukur dalam blognya https://akademipenulisbebas.wordpress.com…….” .Acapkali saya temui..

Sekurang-kurangnya kita memberi inspirasi kepada rakan-rakan di luar sana.Tetapi cubalah menjadikan fakta dan pandangan saudara-saudari di dalam blog itu sesuatu yang boleh di ambil kira.Jangan sembrono.Buat sedikit research sebelum menulis.

Mahir menulis bukan perkara sehari dua.Tanyalah sifu-sifu penulisan seperti Puan Ainon PTS.Berguru juga dengan penulis prolifik seprti Saudara Zamri Mohamad.Mohon pencerahan di mana perlu.Seorang sahabat daripada Pulau Pinang mengusahakan pusat tuisyen.Akhirnya tergerak untuk mencuba menceburkan diri di dalam dunia penulisan.Akhirnya berguru dalam bengkel bersama saudara Zamri Mohamad.Dan kini mungkin berkira-kira untuk menulis perihat tuisyen dan sokongan ibu-bapa terhadap pendidikan.

Menulis itu medan motivasi.Jika menulis di kala sedih.Maka tulisannya pasti syahdu.Menulis ketika sudah tamat memeriksa kertas jawapan murid.Isinya pasti menggembirakan.Menulis ketika berjaya.Tulisannya pasti hebat.Pilihlah untuk menulis.Sehebat karya Dr Aidh Al-Qarni yang cukup menginspirasikan saya “La Tahzan”.Perlambangan yang digunakan beliau cukup memberi makna.Berjaya memujuk hati untuk bersabar dengan ujian.Dalam diam saya meminati karyanya.Berusaha pula untuk mengikuti jejaknya.

Justeru, Menulislah, setelah membaca.Menulis tentang diri sendiri.Perkara yang mudah-mudah.Tahniah adikku NorSabariah mansor yang sudah punya blog sendiri.Menulislah dik.Moga-moga bermanfaat.

Ruzain Syukur Mansor
Penulis Buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid
Blog Master akademipenulisbebas


BERUBAH?

June 15, 2010

Berubah? ringkas sahaja bunyi entry kali ini.Dengan momentum penulisan yang sedikit lembab, entry ini sudah dikira suatu rahmat.Berjaya keluar daripada kepompong malas menulis.

Di saat kekeringan idea, blog akademipenulis menjadi medium mencurah rasa.

Sudah 6 bulan tanpa satu pun artikel yang berjaya disiarkan di dada majalah.Itu pasti rekod dan statistik paling buruk saya setakat ini.Perihal momentum?

Ataupun berubah arus?.Beberapa bulan ini saya mula mengasah bakat berceramah.Bermula dengan menjadi panel forum kecemerlangan pelajar di SK Setapak.Terus sahaja menelusuri pengalaman baru menggubal modul ceramah di ILDAS.Memberi tazkirah sewaktu hari keluarga warga guru dan staff SK Sempadan di Port Dickson.

Semalam? saya mencuba modul muhasabah+motivasi di Masjid Negeri Shah Alam.Diberi peluang untuk berceramah motivasi sewaktu Program Bengkel Putera anjuran Bhg Dakwah JAIS.INDIVIDU CEMERLANG tajuknya.Audiennya remaja belasan tahun.Yang pasti di belakangnya merupakan pegawai-pegawai JAIS yang memantau performance saya.Bagaikan di observe oleh Tuan Nazir gitu.

Satu lagi pengalaman baru.Bukan senang mendapat peluang begitu.Di masjid Negeri pula tu.Habis pusat sumber mini di rumah di selongkar mencari bahan terbaik.Buat mempersembahkan ceramah terbaik.Al-hamdulillah, hobi mengumpul buku suatu ketika dahulu kini banyak membantu.Kalau dahulu buku-buku itulah saya gunakan sebagai penyedap rasa kepada artikel-artikel yang dihasilkan.Tapi kini, buku-buku itulah rupanya menjadi penyelamat kepada bahan ceramah saya.

Kita tidak tahu yang kita ini tahu.Kita tahu yang kita ini tahu apabila kita mencuba.Saya tidak tahu saya boleh berceramah.Tetapi pengalaman beberapa bulan ini menyebabkan saya tahu bahawa saya mewarisi bakat abah.Memberi semangat dan memotivasikan.Berceramah memerlukan persediaan rapi.Prepare+Test+Rehearse.Sedia bahan, kemudian uji bahan, cuba bahan tersebut.Minta pendapat rakan atau isteri mahupun suami.Bukan perkara mudah.

“Taubat ana sheikh!” kata seorang pegawai merangkap penceramah handalan.Manakan tidak.Beliau dijanjikan audien ceramah barisan remaja.Tetapi beliau dihidangkan dengan sekumpulan kanak-kanak aktif .Pening katanya.Berpeluh-peluh beliau menghabiskan ceramahnya.Kanak-kanak di hadapannya pula khusyuk..sangat khusyuk..bermain dengan rakan-rakan.

Itu mungkin keadaan di luar jangkaan ketika berceramah.Bukan semua penceramah yang mampu memberikan ceramah kepada kanak-kanak.

“Perlu ada beberapa ‘senjata’ seperti koleksi cerita, teka-teki, permainan minda, koleksi kisah-kisah kelakar” nasihat saya kepada ustaz tersebut.Itu fitrah kanak-kanak.Ceramah kepada kanak-kanak hanya mampu menarik perhatian lebih kurang setengah jam sahaja.Itu teori saya.Tetapi kalau ada unsur-unsur menyeronokkan, anda mungkin mejadi penceramah yang diingati oleh mereka.

Berubah?, tidak juga.Blog akademipenulis ini diwujudkan atas dasar ingin berkongsi perjalanan hidup seorang penulis bebas.Tetapi menulis teks dan bahan ceramah juga diertikan sebagai penulisan.Bagusnya bahan persembahan Power point penceramah mampu menarik minat audien untuk mendengar ceramah.Ada audio, movie itu sebagai nilai tambah.

Saat-saat meniti genapnya usia 30 tahun 1980-2010 ini mendedahkan saya kepada elemen baru sebagai penulis.Menulis kemudian berceramah.Ustaz Sahrulazmi, sahabat saya yang menulis buku-buku dakwah juga nampaknya cemerlang dari sudut ini.Hebat dengan karya nan indah.Kekal pula mantap apabila berceramah.

Apa salahnya menerokai bidang baru.Berani berubah jika kita mahukan sesuatu.Berubah kerana dengan mencuba perkara baru, tersingkaplah bakat yang terpendam.Belajar dan terus mencuba.

Ruzain Syukur Mansor


MEMBINA & MENULIS MODUL CERAMAH..

June 6, 2010

Beberapa hari yang lalu, saya berpeluang untuk menelusuri pengalaman baru di bidang penulisan.Menulis dan membina modul ceramah.Dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Klang, dengan kerjasama Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor.Terima kasih Institut Latihan Dakwah Selangaor kerana sudi menyediakan tempat program.

Ia dijangka dapat menyelesaikan beberapa masalah.Antaranya:
-Sukar mendapatkan penceramah
-Penceramah secara tiba-tiba membatalkan kehadiran untuk berceramah
-Boleh berceramah tetapi tiada bahan ceramah
-Mendapat undangan ceramah di saat-saat akhir.

Beberapa persembahan ceramah berbentuk power point berkenaan dengan hari-hari kebesaran Islam seperti maal hijrah, Maulidur Rasul, Isra’ Mi’raj, Ihya’ Ramadhan dan seumpamanya sempat disediakan.Ia hasil daripada sesi perbincangan bersama Jurulatih Dakwah Daerah Klang.

Cabaran utama adalah untuk memikirkan kandungan bahan ceramah yang boleh terus menusuk ke dalam hati pendengar.Bukan setakat hanya mendengar fakta-fakta sejarah yang sudah diulang beribu-ribu kali.Di dalam buku pun sudah berlambak-lambak di tulis orang.Lantas, yang perlu di hasilkan adalah apakah hikmah, tauladan dan pengajaran di sebalik fakta sejarah.Apa yang perlu ditulis adalah sesuatu yang boleh menyentuh hati, lantas memujuk hati untuk berubah.Berubah ke suatu tahap yang lebih baik.

Itu lah juga sebenarnya corak penulisan buku-buku dan artikel agama yang berkesan.Ada sedikit fakta, tetapi lebih banyak fakta baru.Malah ada bingkisan yang menyentuh hati.1 jam berceramah itu cukup kritikal.Fakta-fakta sejarah boleh di baca melalui buku-buku agama seumpamanya.Tetapi ceramah yang berkesan, sepatutnya yang mampu membawa pendengar jauh menerobos sempadan diri.Seterusnya menyediakan diri ke suatu arah perubahan.Bukan hanya lawak jenaka dan akhirnya hilang sebaik penceramah di hulurkan ‘envelop kuning’.

Menyampaikan dakwah bukan hanya melalui tulisan.Penulis yang laku bukunya di pasaran adalah juga seorang penceramah yang hebat.Mampu memberikan input berkesan dalam usaha-usaha dakwah.Sepatutnya begitu.Moga-moga lahir penulis-penulis di kalangan pendakwah yang mahir dalam uslub berdakwah .Amin

Ruzain Syukur Mansor
Penulis Buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid


LAGU PILU ANAK PALESTINA

June 6, 2010