ARTIKEL TERBARU DI UTUSAN MALAYSIA

April 29, 2008

Insan cemerlang pekerja gemilang

Oleh RUZAIN SYUKUR MANSOR

 

Keperluan mewujudkan tenaga sumber manusia yang berdaya saing merupakan usaha yang perlu diberi perhatian di abad ini. Baik di sektor swasta mahupun awam, pembentukan modal insan berkualiti mampu menjana produktiviti berlipat ganda serta mengangkat martabat sumber manusia kelas pertama dan bertaraf dunia.Tidak mustahillah andainya penulis membayangkan mungkin unsur pembangunan dan kecemerlangan modal insan sebagai tema perayaan Hari Pekerja pada tahun ini.

Memperkatakan tentang modal insan, ia merupakan unsur yang begitu relevan untuk dibincangkan menjelang sambutan Hari Pekerja pada tahun ini. Modal merujuk kepada sesuatu yang menjadi bahan, keperluan untuk menggapai sesuatu.

Modal di dalam perniagaan misalnya diperlukan bagi menjana keuntungan dan membangunkan syarikat. Tetapi modal bagi membangun insan bukannya berbentuk material, tetapi kemampuan, kualiti diri, ilmu dan kemahiran yang wujud di dalam diri individu tersebut.

Kita melihat agenda Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi tempoh 2006-2010 amat mementingkan modal insan bertaraf kelas pertama. Sejumlah 21 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan sebanyak RM33.4 bilion diumumkan oleh Perdana Menteri khusus untuk memacu institusi pendidikan dan latihan di dalam usaha memperkasa modal insan berteraskan ilmu pengetahuan.

Sementara Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 menetapkan Teras Membangunkan Modal Insan sebagai tunjang utama pelaksanaannya.

Ia bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran yang tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu diharapkan para pelajar dilengkapkan dengan kemahiran teknologi maklumat, komunikasi , kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis , mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat dan mempunyai nilai yang tinggi serta mampu untuk menjadi pemimpin di dalam keluarga dan masyarakat.

Ternyata perancangan dan dasar telah memihak kepada usaha menjana modal insan bertaraf antarabangsa. Namun apakah ramuan menjadikan modal insan bertaraf dunia? Adakah acuan sistem barat menjadi taruhan?

Menurut pakar Muamalat di Jabatan Muamalat di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam , Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Hailani Muji Tahir, pembangunan modal insan berteraskan kefahaman Barat tidak mementingkan aspek kepercayaan kepada Tuhan sebagai teras utama.

Manakala konsep modal insan Islam berteraskan kepada pegangan akidah yang utuh. Ia akan membenihkan kekuatan dalaman yang akan menggerakkan apa juga usaha .

Elemen ini pula diikat dengan keindahan syariat Islam sebagai panduan, lantas dipandu oleh akhlak yang baik. Gabungan unsur akidah, syariah dan akhlaklah akan melahirkan modal insan yang berkualiti yang dapat menghindarkan mereka daripada terlibat dengan salah guna kuasa, rasuah dan lain-lain lagi.

Proses melahirkan modal insan kelas pertama harus didasari perancangan strategik dan berkesan. Program latihan pembangunan sumber manusia harus membangunkan potensi insan lantas menjadikannya sebagai seorang pekerja yang berkebolehan menggunakan segala sumber yang ada untuk dijana menjadi sesuatu yang bermanfaat kepada organisasi dan negara.

Manakala program kemahiran harus mengambil kira keperluan organisasi dengan kapasiti untuk memaksimumkan produktiviti. Ia harus merangkumi aspek latihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pengurusan, motivasi, kepimpinan dengan tidak meminggirkan penerapan nilai dan kerohanian di dalam setiap program yang dianjurkan.

Selain itu, aspek pembangunan kerjaya modal insan juga tidak harus dilupakan. Modal insan berkualiti harus mampu untuk melonjakkan dirinya ke suatu tahap perkembangan di dalam sesebuah organisasi.

Andainya seorang pekerja bermula dengan kerjaya di bidang pengeluaran (production), seharusnya golongan ini mempunyai ruang untuk meningkatkan tahap akademik ke tahap diploma atau pun ijazah sehingga melayakkan mereka untuk meningkatkan diri ke tahap menguruskan sasaran pengeluaran.

Di bidang pentadbiran misalnya, biarlah individu itu bermula dengan mentadbir sesuatu unit, namun mempunyai akses kepada program latihan dan perkembangan kerjaya sehingga melayakkan mereka untuk mentadbir sebuah jabatan besar.

Maka proses ini tidak seharusnya diletakkan di bahu pengurus jabatan latihan sahaja.

Titiktolak ke arah pembentukan modal insan kelas pertama bermula dari dalam diri seseorang pekerja itu sendiri. Tanyalah diri sendiri sejauh mana diri ini mahu dilonjakkan menuju puncak kecemerlangan.

Kemajuan sesuatu sistem latihan dan perkembangan kerjaya sesuatu organisasi itu tidak dapat berjalan seandainya individu sumber manusia itu sendiri tiada usaha untuk melonjakkan dirinya sebagai modal insan terpilih dan berkualiti. Semoga sambutan Hari Pekerja tahun ini memberikan sesuatu impak yang amat dirasai di dalam usaha melonjakkan modal insan dan sumber tenaga manusia ke suatu arah yang hebat dan berkualiti.

lPenulis ialah Guru Siswazah Pendidikan Islam lulusan Pengajian Ilmu Wahyu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sebarang komen dan perkongsian ilmu boleh ditulis ke ruzainsyukur_mansor@ yahoo.com atau layari akademipenulisbebas. wordpress.com


SEKADAR INGIN BERKONGSI

April 27, 2008

Artikel ini dipetik dari www.utusan.com.my  .Untuk artikel original sila layari utusan online , klik carian dan taip  kata kunci konflik editor dangan penulis..SEKADAR INGIN BERKONGSI

Konflik editor dengan penulis

Oleh: RAZALI ENDUN

Isu penulis menghantar karya kreatif mereka kepada lebih daripada sebuah penerbitan bukanlah perkara baru. Begitu juga dengan isu ciplak sesebuah karya oleh penulis yang tidak bertanggungjawab. Begitupun ini tidaklah parah dan peratusan golongan yang melakukannya amat kecil. Namun begitu sekiranya wabak ini tidak dibendung, dikhuatiri akan menular dan mungkin akan menjadi fenomena pada masa akan datang.

Tidak lama dulu ada editor dengan nada marah-marah dalam kolum menyalahkan para penulis yang dianggap rakus dan tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun amat tidak adil sekiranya kita menjatuhkan hukuman pada satu pihak sahaja sedangkan kita cuba menutup kesilapan pihak yang lagi satu. Kedua-dua pihak mesti rasional dalam menangani masalah ini dengan pandangan terbuka dan positif.

Konflik antara penulis dengan editor sastera media cetak juga bukan isu baru. Ia pernah dibangkitkan sekitar penghujung alaf lalu di mana pernah disyorkan oleh salah seorang penulis supaya editor mempunyai sedikit usaha untuk memaklumkan kepada penulis penerimaan karya-karya mereka dan sama ada akan disiarkan atau tidak. Dengan yang demikian penulis akan mengetahui kedudukan karyanya di media yang dihantarnya dan terpulang pula kepada penulis itu sama ada mahu menghantar kepada media yang lain pula.

Apabila tidak diketahui sama ada karyanya akan disiarkan atau tidak, sementelah pula disimpan terlalu lama tanpa apa-apa maklumat, sudah pasti penulis itu berasa bosan dan mengambil tindakan menghantar karyanya ke penerbitan yang lain. Kalau perkara ini berlaku, adakah penulis itu bersalah atau editor yang memeram karya-karya mereka yang harus dipersalahkan?

Subjektif

Menilai karya sastera merupakan sesuatu yang subjektif. Setiap seorang berbeza penilaian mereka. Ia boleh dilihat dan dinilai dari pelbagai sudut. Karya kreatif bukan statik sifatnya. Ia mempunyai roh yang boleh disentuh dan dikembangkan dari pelbagai aspek. Justeru itu, tiada sesiapa pun termasuk editor boleh mendabik dada bahawa penilaian yang dibuat itu sesuatu yang sempurna sifatnya. Maka oleh kerana itulah sesebuah karya menurut penilaian editor sebuah penerbitan tidak bermutu, dianggap pula bermutu oleh editor yang lain, lalu karya itu disiarkan.

Golongan penulis juga perlu memahami masalah yang dihadapi oleh para editor. Mereka juga tidak boleh dipersalahkan kerana ‘memeram’ karya-karya penulis. Ada penulis yang menghantar karya mereka secara semberono sahaja. Ada pula yang mengirim berbelas-belas sajak siap dijilid bagaikan manuskrip novel. Apabila diteliti ada di antara sajak-sajak itu sudah pun diterbitkan dalam beberapa media cetak lima atau sepuluh tahun lalu.

Justeru kerana itu karya-karya yang kurang kesalahan dan kesilapan tatacara penulisan biasanya mendapat tumpuan editor kerana menjimatkan masa. Ini kerana editor menerima beratus-ratus karya baik sajak mahupun cerpen setiap minggu. Untuk menapis dan memilihnya bukanlah mudah.

Dalam proses pemilihan, editor juga terpaksa memilih karya-karya yang menepati polisi syarikatnya. Selain itu kesesuaian masa penyiaran seperti musim perayaan, tahun baru dan bulan kemerdekaan, sudah pasti karya -karya yang mempunyai tema-tema yang berkaitan akan disiarkan terlebih dahulu pada musim-musim begini.

Golongan penulis telah maklum, mutakhir ini rata-rata golongan editor sastera di media cetak terdiri daripada generasi muda dan mereka yang tidak pernah menulis sebuah karya pun dalam bidang itu. Timbul pula masalah sampingan iaitu ada golongan penulis mempertikaikan keupayaan editor-editor sastera ini menyerap aspirasi penulis ketika menilai karya-karya mereka. Tentu sekali perspektif editor-editor seperti ini jauh tersimpang daripada editor-editor yang pernah dan turut sama mencebur secara aktif dalam dunia penulisan kreatif.

Sedekad yang lalu, boleh dikatakan semua editor yang mengendalikan ruangan sastera terdiri daripada penulis atau sasterawan. Nama-nama seperti Nora, A. Samad Said, Dino S.S., Rahim Abdullah, Sutung Omar R.S., Usman Awang, Keris Mas, Mohamad Noor Azam, Kemala (sekadar menyebut beberapa nama), merupakan penulis dan sasterawan yang mengendalikan ruangan sastera ini. Ramai penulis terutama penulis muda mendapat bimbingan daripada mereka, bukan cemuhan.

Oleh kerana ramai editor sastera dewasa ini terdiri daripada generasi muda, maka penulis veteran semacam rasa terpinggir hari demi hari dari arena penulisan kreatif ini. Cita rasa dan aspirasi editor-editor ini tidak serasi dengan aspirasi penulis-penulis veteran. Editor-editor ini mahukan sesuatu yang baharu, yang bersifat eksperimental sedangkan penulis-penulis veteran masih terkongkong dengan gaya konvensional. Sebab itulah ada editor yang berasa serba salah dan semacam terpaksa menyiarkan tulisan penulis-penulis veteran ini. Apa pun, karya-karya yang berbentuk konvensional ada nilainya tersendiri dan ia sesuatu yang sentimental dan fundamental sifatnya yang mendasari estetika pengkaryaan kreatif.


BALADA PENULIS & EDITOR

April 27, 2008

Assalamualaikum…

Baru-baru ini saya dikunjungi satu e-mail daripada editor sebuah majalah penerbitan yang terkemuka di tanah air.Dengan nada yang agak kasar beliau menegur tindakan saya menghantar artikel yang sama kepada beberapa editor di bawah bumbung yang sama.Ianya menyalahi editor penulisan katanya.Seolah-olah MENABUR-NABUR artikel merata-rata katanya.

 

Saya dengan rendah diri respon kepada e-mail terseebut.saya bertanya memohon kepastian di bawah akta cetak manakah salah untuk menghantar artikel yang sam kepada beberapa editor berlainan, sedangkan hasil cipta penulis adalah hak mutlak pencipta.Sukahati penulis lah untuk diterbitkan di mana-nana ruangan.

Dilema yang dihadapi oleh penulis kebanyakanya mereka tidak menerima respon daripada editor samada artikel yang dihantar akan diterbitkan atau tidak.Adakah salah untuk mencuba menerbitkan kepad editor yang lain?.,

Keesokan harinya keluar pula suatu artikel di Mingguan Malaysia seolah-olah marah-marah kepada penulis yang menghantar lambakan artikel kepada editor yang pelbagai.Samada disengajakan atau kebetulan ditimbulkan di dada akhbar, perkara ini sebenarnya mengguris hati penulis bebas, seolah mereka ini suka menabur-nabur , sedangkan artikel yang dikirim adalah bersifat memudahkan tugas editor merancang penerbitan.

Wallahuaklam, saya tidak ingin menuduh siapa yang menulis artikel tersebut, mungkin kebetulan ianya keluar sehari setelah saya dituduh sebagai penabur artikel…

 

Apapun dunia penulisan artikel sebenarnya mempunyai masa depan yang cerah.Walaupun penulis bebas di  Malaysia bukanlah journalist.Dan bukanlah semua editor majalah  mempunyai kelulusan dari bidang journalism ( Lihat artikel Konflik Editor dengan Penulis :Utusan Malaysia tulisan Razali Endon)dan Cabaran menjadi Editor -Tulisan Roosfa Hashim Utusan Malaysia , namun janganlah kita saling salh menyalahkan sesama sendiri.Bersamalah mengembangkan idea demi kebaikan bersama.Suburkanlah budaya menulis .Selamat berkarya

 

wacanasyukur

akademipenulisbebas.wordpress.com

wacanasyukur.wordpress.com


Bagaimana kita bergerak…

April 10, 2008

Assalamualaikum..

sidang penulis bebas..

Bagaimana kita bergerak? begini caranya , setakat ini kami menerima agak banyak permintaan untuk menulis di majalah.kami kekurangan tenaga..

 

Untuk itu kami mengumpulkan seramai mungkin penulis bebas, katakanlah lima orang bersetuju untuk menghasilkan artikel untuk projek membekalkan artikel dengan pihak JAKIM, kelima penulis bebas tersebut akan duduk semeja berbincang dan menghasilkan seberapa banyak penulisan artikel dan saya hantarkan ke JAKIM.Payment berdasarkan artikel yang keluar

 

Katakanlah anda berminat dengan tema penulisan yang lain, nyatakan kepada saya , saya alter, cari team, kita mulakan projek, saya carikan majalah yang berminat untuk menerbitkan artikel tersebut.

 

Jelas?  jom sertai kami di akademipenulisbebas.wordpress.com    e-mail butiran diri ke ruzainsyukur_mansor@yahoo.com dan saya akan tolong anda

 

ruzain syukur

ruzainsyukur_mansor@yahoo.com

akademipenulisbebas.wordpress.com


MENCARLIS PENULIS UNTUK AKADEMIPENULISBEBAS

April 9, 2008
Assalamualaikum..
akademipenulisbebas kini mencari mana-mana penulis yang inging menganggotai team kami untuk projek di bawah:
Antara projeknya..
1.Menulis artikel untuk majalah Pendidik , Cahaya, Sinar Rohani terbitan JAKIM
2.Menulis  artikel dan cerpen di  utusan melayu
 
3.Majalah siswa, pendidik,Nur, banyak lagilah majalah yang perlu artikel tentang cikgu
 
6.Masjid negeri shah alam pun baru-baru ni mintak  DIadakan projek penulis muda di pusat perkembangan sosial dalam masjid negeri tu..imam 1 mencadangkan diadakan  bengkel, atau cadangkan apa-apa untuk masjid, budget disediakan masjid
 
5.kalau ada penulis yang ingin menjadi sebahagian daripada ahli akademi, email butiran dan bidang penulisan ke ruzainsyukur_mansor@yahoo.com  lihat  blog    akademipenulisbebas.wordpress.com
 
sekian
wacanasyukur
ruzainsyukur_mansor@yahoo.com

ANDA MEMERLUKAN ARTIKEL?

April 7, 2008

assalamualaikum..

Anda memerlukan artikel?tetapi sibuk atau kekurangan idea untuk menulis? saya hasilkan artikel untuk anda.

Di antara bidang penulisan saya adalah sepert berikut :

remaja

kepimpinan

Islam dan dakwah

Pendidikan

Kepimpinan

Isu semasa

Pendidikan Islam

kerjaya

Latihan

Dakwah dan IT

lain-lain

E-mailkan butiran artikel seperti tajuk, rangka konsep kepada email saya ruzainsyukur_mansor@yahoo.com saya akan cipta dan tulis untuk anda.Bayaran boleh dirunding

RUZAIN SYUKUR B MANSOR

Penulis Bebas

B.A. Hons Pengajian Ilmu wahyu UIAM

wacanayukur.wordpress.com

akademipenulisbebas.wordpress.com

ruzainsyukur_mansor@yahoo.com

019-2103267


ADA APA DENGAN AKADEMI PENULIS BEBAS…

April 7, 2008

Assalamualaikum..

Anda pernah mendengar dan melayari web http://www.akademipenulis.com/ ? saudara Fauzul Naim mungkin anama yang sudah gah di puncak dunia penulisan berbanding wacanasyukur, namun kita lihat ideanya cukup bagus digarap dengan profesionalismenya.

saya tidak ingin pergi sejauh Saudara fauzul, namun saya ada misi dan misi untuk membawa akademi penulis bebas ke suatu mercu yang hebat.

Di peringkat awal, saya mungkin menjadikan akademi penulis bebas ini sebagai platform dan medium untuk penulis bebas berkumpul dan berdiskusi.lantas kita rencanakan sesuatu agar kerjaya sebagai penulis bebas ini tidak diihat sebagai penulis picisan.Lihat lah bagaiman penulis blog di ambang dan pasca PRU 12 menggegarkan tanah air hanya denga n tulisan.Sekurang-kurangnya saya mahu melihat dunia penulis bebas ini berkembang setanding dengan penulisan buku konventional .

jadi, andai anda berminat untuk menjadi penulis bebas, ataupun sudah membina nama sebagai penulis bebas sila lah menjadikan wacana akademi penulis bebas ini sebagai tempat untuk kita berdiskusi secara ilmiah dan telus .

jangan lupa untuk e-mailkan butiran diri dan minat anda ke e-mail saya ruzainsyukur_mansor@yahoo.com dan sudi-sudilah juga untuk melayari wacanasyukur.wordpress.com untuk meninjau peluang-peluang berdakwah di bidang IT dan penulisan.

Wacanasyukur

wacanasyukur.wordpress.com

akademipenulisbebas.wordpress.com

ruzainsyukur_mansor@yahoo.com


MENGAPA ANDA PERLU JADI PENULIS BEBAS

April 7, 2008

Assalamualaikum..

Mengapa anda perlu menjadi penulis bebas?

Saya cuba senaraikan jawapan anda:

  1. Saya ingin kaya dengan menulis
  2. Saya ingin mengembangkan bakat
  3. saya ingin menjana idea untuk massa
  4. saya inginkan kepuasan dengan menulis
  5. Saya ingin melepaskan geram dengan menulis
  6. saya ingin menonjolkan sesuatu isu dengan menulis
  7. Saya inginkan perhatian melalui idea yang dilontarkan
  8. saya ingin terus dan terus berkarya
  9. saya ingin bebas dengan menulis
  10. Saya ingin melontarkan idea dan mendapatkan feedback dari masyarakat.

Walau apa pun alasan anda tiada siapa pun di dunia ini berhak untuk menyekat minat anda untuk terus bergelar Penulis Bebas, suatu kerjaya yang tidak lah sepopular Mawi ..tetapi memberikan seribu makna.

seorang penulis akan tersenyum lebar sehingga ke telinganya apabila artikelnya terpampang di dada akhbar ..itulah erti kepuasan bagi seorang penulis bebas, apabila ideanya diterima untuk dikongsi dengan khalayak massa.

namun seorang penulis bebas akan termenung jauh , mencari jawapan kepada persoalan…mengapakah artikel aku tidak diterima untuk diterbitkan oleh editor? mencari jawaapan kepada soalan ini lah yang menyebabkan seorang penulis bebas itu akan terus berkarya..mencari jawapan dan kepastian..

wacanasyukur

wacanasyukur.wordpress.com

akademipenulisbebas.wordpress.com