INDAHNYA DOA

August 26, 2011

Mendengar ceramah Prof Kamil Ibrahim (Travelog Haji) melalui cdnya memberikan saya suatu pandangan tentang doa. Pandangan beliau juga. Berdoa biar khusus dan mengikut kesesuaian tempat dan keadaan. Akhirnya yakinlah dengan apa yang didoakan. Melihat kepada pengalaman Prof Kamil menjejakkan kaki kali pertama di bumi Makkah nyata beliau gementar. Tetapi perjalan spiritual itu sudah bermula sejak setahun sebelum sampai ke kota suci. bermula dengan doa untuk dipermudahkan segala. Beliau minta, Allah perkenankan. Yakin dan terus berdoa. Konsisten malah mungkin doa yang sama diungkapkan berkali-kali tanpa gagal.

“Jika masih tak dapat bertemu Prof, doakan saya juga untuk yakin dengan doa sebagaimana Prof yakin dengan doa yang Prof ungkapkan..” itu saya ungkapkan seketika dalam perbualan di facebook dengannya. Sangat mengujakan apabila dapat bercakap dengan mentor yang selama ini hanya sempat berutus email dan membaca coretan di blognya. Tambah menarik, doa untuk bertemu dengan beliau saya ungkapkan selepas selesai solat Asar. Bangun, buka internet, terus namanya muncul di screen komputer. Alhamdulillah sempat seketika berbual.

Maksudnya? Bukan saya ini wali pun jika benar-benar ikhlas, pasti Allah tunjukkan jalannya. Makbul dalam masa sangat pantas. Subhanallah. Yakin, khusus dalam berdoa. Prof Kamil dalam doanya selama ini, memohon Allah permudahkan urusannya mendapat Profesor. Allah perkenankan beliau mendapat Profesor ketika umurnya awal 40-an. Rahsianya? Yakin, konsisten, penuh pengharapan..

Pagi tadi, saya hampir-hampir saja menitiskan air mata di saat mendoakan anak-anak didik calon UPSR yang setiap pagi membaca Yasin Isnin-Jumaat tanpa gagal kecuali cuti sekolah. Itu bermula daripada Januari sehingga kini. Jika Allah bertanya amalan yang manakah daripada kalian yang paling istiqomah sebagai usaha berdoa kepadaku? Saya menjawab “Ya Allah, murid-murid saya ini setiap pagi memanjatkan doa berkat ayat-ayat surah Yasinmu ya Allah. Makbulkanlah permintaan mereka ya Allah. Permudahkanlah urusan mereka”.

Lantas, apa lagi yang mampu menidakkan kuasa doa? Kuasa pemberian Allah. Pokoknya? Mohonlah. Berdoalah. Itulah yang akan saya lakukan. Moga Allah perkenankan. Saya tidak meminta jawatan profesor seperti Prof Kamil, tetapi cukuplah dipermudahkan jalan terbuka luas untuk menghabiskan sarjana dengan masa yang sangat menenangkan. Moga Allah membuka ‘mata’ dan ‘hati’ tuan penilai borang saya itu untuk melihat saya . Moga Allah perkenankan. Rabbi yassirli wala tu’assir. Ya Allah permudahkan jangan dipersulitkan.


HIJRAH

August 22, 2011


Tajuknya ringkas. Mengisi masa lapang sebelum berbuka dengan melayari blog ‘Kehidupan Ringkas Tapi Signfikan’ Prof Kamil Ibrahim sangat mengujakan. Beliau seorang Profesor akaun di UiTM yang bijak menulis tentang perjalanan hidup. Beliau memilih untuk berhijrah ke Madinah. Saya tahu ia suatu keputusan yang merupakan impian beliau.

Membaca tulisan-tulisan ringkas Prof Kamil membuatkan hati terasa tenang.Ringkas tetapi menusuk ke dalam hati. Saya emailkan suatu ungkapan kepadanya tadi ‘prof melihat perkara biasa dan menulisnya dari susut pandang luar biasa’. Santai tetapi memberi impak.

Moga-moga hijrahnya beliau memberikan suatu sudut pandangan yang baru. Pengalaman yang ditulis sememangnya sangat memberi makna. Itu sebabnya perjalanan hidup itu perlu ditulis. Transformasi diri dengan nada mencetus keinsafan dan pengajaran kepada yang lain harus ditulis. Itulah sebabnya buku Travelog Dakwah dan Travelog Haji Prof Kamil laku bagaikan goreng pisang panas di pasaran. Saya mahu jadi begitu Prof.! Doakan saya.

Saya katakan begini, menjadi Profesor dalam usia yang muda antara kejayaan yang paling hebat dalam mengubah kehidupan Prof Kamil. Memegang PhD dalam usia muda membuka mindanya tentang ajaibnya solat malam. Suatu yang harus difikirkan oleh semua. Apabila Allah ingin memberikan , DIA memberikan yang terbaik. Hikmah yang terbaik untuk diri.

Saya? Masih terlalu jauh untuk dibandingkan dengan Prof yang bijak menulis ini. Masih saya terkial-kial dalam misi menyiapkan disertasi M.A di Universiti Malaya. Masih tercari persoalan kajian yang kuat. Mungkin boleh berguru dengan Prof Kamil secara di dalam talian nanti. Berkat pencerahan idea dari Madinah.

Persoalannya, adakalanya hijrah ini memberikan suatu transformasi kepada diri. Adakalanya peluang itu duduknya menyorok tidak mahu dipandang. Tetapi harus dipandang dan diusahakan apabila ia mula menampakkan diri. Jangan dilepaskan. Kejar sampai jangan sampai terlepas. Hijrah yang mana? Allah lebih mengetahui.

Saya mendoakan Prof Kamil ini terus memberikan inspirasi terbaik buat tatapan ummah. Sesungguhnya hijrah dirinya memberikan hikmah ‘pertemuannya’ dengan saya. Masih belum mampu bertemu secara berdepan tetapi hanya melalui email. Moga dapat bertemu nanti Prof.InsyaAllah ada jalannya nanti

Ruzain Syukur Mansor


MISI JADI LUAR BIASA!

August 15, 2011

“Ya betul, saya ingat betul bapak, terutama dari nama bapak, “syukur”, ”

selamat pak”-Petikan perbualan di facebook dengan Bapak Parlindungan Marpaung

“Luar biasa, semoga bisa dikembangkan pak’-Parlindungan Marpaung

Saya mendapat tonik terbaru. Menerima ucapan tahniah oleh penulis tersohor di seberang sana Pak Parlindungan Marpaung. Beliau terkenal dengan cerita yang sangat menginspirasikan melalui buku Setengah Berisi Setengah Kosong. Beliau sempat saya temui di Pesta Buku Kuala Lumpur. Orangnya berkarisma. Saya nyatakan baru mula menulis buku motivasi sepertinya. Alhamdulillah, buku sudah siap, sedia untuk dicetak sekapal pula dengan penulis tersohor Malaya.

“MISI JADI LUAR BIASA” itu tajuk terbaru buku Aduhai Remaja. Dengan ini saya menguburkan di dalam kenangan tajuk buku Aduhai Remaja yang saya bina sejak beberapa tahun dahulu. Tidak mengapa, asalkan tajuknya catchy dan mudah menarik pembaca untuk membaca.

Sejarahnya sangat lama. Tetapi kepuasannya sangat luar biasa. Nampaknya saya kena menulis tentang luar biasa sebagai suatu iklan percuma untuk buku MISI JADI LUAR BIASA.

Kalau ditinjau tajuk buku-buku Indonesia, perkara luar biasa ini memang menjadi pilihan. Mengapa? mahu jadi extra-ordinary gitu!. Jadi saya harus bersyukur dan harus pula membuktikan buku ini perlu dibaca supaya menerbitkan rasa luar biasa kepada pembacanya. Berat, tetapi yang berat itu adalah cabaran. saya terima 100%.

Ini baru dikira permulaan. Terima kasih kepada editorial buku Misi Jadi Luar Biasa yang sudi bersengkang mata untuk menjadikan impian saya suatu realiti. Satu lagi impian sudah terlaksana. Mahu menempatkan diri di kalangan penulis yang berpayung di bawah penerbit tersohor di Malaya. Biar impaknya menerobos jauh ke hujung Himalaya, Sabah dan sarawak malah ke Brunei dan Singapura jika diizinkan.

Ini baru permulaan, mengangkasakan MISI JADI LUAR BIASA akan diusahakan. Ini suatu misi menjadikan pembaca buku MISI JADI LUAR BIASA luar biasa sifatnya seusai membaca karya indah ini

ruzain syukur mansor
bakal terbit dengan buku
MISI JADI LUAR BIASA


NASIHAT RAMADHAN-NADAMURNI

August 1, 2011

Nasihat Ramadhan
Album :
Munsyid : Nadamurni
http://liriknasyid.com

bulan ramadhan bulan bertuah
bulan ibadah bulan mujahadah
bulan rahmat bulan maqfirah
bulan al quran dan lailatulqadar

besar ramadhan dgn puasa
diwaktu malamnya tambahkan ibadah
bacalah al quran bykkanlah sedekah
terwaih kerjakanlah walaupun sunnat

pelihara mata jagalah telinga
kawalah lidah dari yg sia-sia
fikirkanlah yg mendatangkan faedah
hubungkan hatimu dgn Allah

zikir selawat doa panjatkan
pahala ramadhan diganda-gandakan
jgn lupakan jgn lalaikan
ramadhan tiba setahun sekali

bulan ramadhan bayarlah fitrah
untuk membersihkan hati dan diri
sebagai bantuan kpd yg susah
agar mereka gembira dihari raya

Allahu ya Allah
kepada Mu kami beriman
kerana Mu kami berpuasa
di bulan ini bulan yang mulia
kami mohon rahmat ya Allah
ke ampunan Mu wahai Tuhan

banyakkan iktikaf disepuluh hari terakhir
lailatulqadar berlaku dimalam itu
kitakan mendapat pahala yg besar
seperti beribadah seribu bulan