SELAMAT HARI GURU

May 15, 2011

Ada kenangan manis yang dapat saya rakamkan sempena hari guru tahun ini. Jika dibaca teks doa yang digubal bersama teman-teman di BPI baru-baru ini, alhamdulillah, dapat juga menyampaikan rasa hati dan harapan walaupun tidak dapat meraikan Hari Guru tahun ini di sarawak.

Tampak lebih manis dengan tanggungjawab yang diberikan untuk menguruskan Majlis Sambutan Hari Guru berama teman-teman AJK Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan sekolah pada tahun ini. Pengalaman yang mematangkan dan sukar dicari. Terima kasih kepada teman-teman yang sudi membantu kekerdilan dan kekurangan serta keterbasan pengalaman.

Melihatkan kepada gaya dan karenah anak-anak zaman sekarang adakalanya menyebabkan mulut tidak berhenti berselawat menenangkan hati.

“Kerja guru senang sikit. Banyak rehat” ungkapan itu hanya mitos semalam yang sangat tidak lagi relevan. Bekerja 24 jam sehari malah mengorbankan cuti di hujung minggu kini menjadi rutin kepada guru. kebanyakan guru. jadi kepada yang ingin bergelar guru, tanyakan kepada diri sendiri, sanggupkah berkorban tenaga dan wang ringgit demi anak bangsa? Jika tidak lebih baik usahakan kerjaya yang lain. Itu baru senario terkini yang harus menimbulkan rasa kagum terhadap insan guru. Justeru, sambutan Hari Guru ini umpama hari Raya bagi insan guru. Bukan sekadar menyanyi lagi Guru Malaysia tetapi membuka ruang muhasabah diri.

“Sejauh mana aku sudah menyumbang untuk kemenjadian muridku?”

Ringkasnya, buat-guru rakan seperjuangan khususnya teman-teman seangkatan di SK Telok Menegon , tidak dilupakan di SK Sawah Sempadan, moga terus tabah dan komited dengan tugas mendidik anak bangsa. Kalian insan luar biasa hebat!. Selamat Hari Guru!

Ruzain Syukur Mansor