MANUSKRIP BUKU KEMBARA MINDA SEDANG DILAPAH…

April 30, 2010

“Salam, nanti tolong bawa manuskrip lengkap ya untuk dinilai..” ringkas sahaja bunyi khidmat pesanan ringkas (sms) daripada seorang editor sebuah syarikat penerbitan buku di Shah Alam kepada saya baru-baru ini.

Pesanan itu diterima setelah mengusulkan sebuah manuskrip Buku Kembara Minda tulisan terbaru saya kepadanya.Ia percubaan menerbitkan sebuah buku kompilasi artikel dakwah dan pendidikan untuk tatapan umum.

“Kembara Minda” sengaja dipilih sebagai tajuk .Ia bakal membawa minda pembaca mengembara menelusuri isu dakwah dan pendidikan kontemporari.Ia juga sebagai suatu usaha mengumpulkan tulisan saya berkenaan dengan isu pendidikan dan dakwah sejak beberapa tahun ini.Untuk rekod, saya penulis yang gemar menulis tentang dakwah kontemporari.

Umum mengetahui bahawa konsep dan methodologi dakwah itu penting.Tetapi berapa ramai yang berani untuk mengupasnya dalam konteks kehidupan semasa.Sememangnya bukan senang untuk mengupas isu dakwah dari sudut dan lingkungan kehidupan semasa.Tetapi itu adalah keperluan.

Jadi, saya memberanikan diri untuk mengutarakan isu-isu masyarakat seperti peranan pendakwah dan pendidik, keperluan dakwah remaja,kerjaya di bidang dakwah serta bidang pembangunan modal insan di dalam manuskrip buku Kembara Dakwah ini.

Pengalaman lalu mematangkan saya.Menunggu manuskrip menjadi sebuah buku bukanlah mudah.memenangi hati editor suatu cabaran.Setakat ini, ada satu manuskrip buku terdahulu pernah di tolak oleh penerbit.Ada satu lagi manuskrip yang telah di hantar tetapi tanpa khabar berita.Pengalaman menghadapi penolakan mematangkan saya.Penolakan membawa beberapa erti.Mungkin manuskrip masih belum mantap.Atau pun kurang memenuhi citarasa pembaca.Atau 1001 lagi alasan yang hanya lebih di ketahui oleh editor.

Justeru, saya doakan manuskrip Kembara Minda ini kelak mendapat penilaian yang baik oleh editor.Seterusnya menemui pembaca insyaAllah.Kita hanya merancang Allah yang menentukan.

Ruzain Syukur Mansor


BUKU TIP URUS KELAB REMAJA MASJID KINI DIJUAL SECARA ON-LINE DI http://www.e-kedai.net

April 26, 2010

Assalamualaikum

Makluman terbaru.bagi memudahkan saudara saudari mendapatkan Buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid ini, ia sudah mula dijual secara on-line di http://www.e-kedai.net.

Buku ini memuatkan panduan praktikal berdasarkan pengalaman mengendalikan program dakwah untuk remaja.Ia sesuai untuk pendakwah, guru, mahasiswa, serta sesiapa sahaja yang berminat dengan usaha membangun modal insan Islami.

Ia sebuah kedai buku on-line.Pembayaran boleh di buat secara on-line.Harga istimewa RM 18.00 sahaja.10% diskaun daripada harga asal.Buku tersebut akan dihantar ke kediaman anda dengan perkhidmatan pos.

Jadi, jangan tunggu lama-lama.Stok terhad.

Ruzain Syukur Mansor
Penulis bersama Cikgu Azmi Musa
Buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid


DAKWAH REMAJA LAPANGAN..SATU KEPERLUAN

April 17, 2010

Seharian di lapangan dakwah menyedarkan saya bahawa kita perlu berpijak di bumi nyata.

-Pembuangan bayi
-Puak-puak Gothic
-Minat dan mat Rempit
-Remaja hidu gam.

Itu isu yang disebut-sebut ketika Kursus Perkaderan Dakwah Lapangan Remaja, anjuran JAWI dan Masjid negara tadi.Sempat saya menjadi pesertanya bersama-sama dengan Cikgu Azmi.Rata-rata peserta datang dari pelusuk medan dakwah berbeza.Ada ustaz, ustazah, pendakwah, mahasiswa IPT dan lain-lain lagi.

Isu dakwah lapangan suatu keperluan.”Research” kena mantap.Jangan terjah semberono.Itu antara peringatan penceramah yang dijemput khas daripada Kedah.Pengalamannya, Subhanallah.Redah kelab malam, biasa juga berdakwah ke lorong-lorong mencari madu’ si penagih dadah.Dakwahnya bukan hanya di masjid, tetapi turun ke lapangan.Hebatnya daie’ ini.Anda berani?

Remaja bagaikan rakan bagi pendakwah.Ada kaedah mendekatinya.Jangan ditakut-takutkan.Jangan terus dihukum.Jadilah pendengar yang setia.Wujudkan kemesraan.Barulah mudah kerja dakwah.Sentuh hatinya terlebih dahulu.Barulah mudah di buat teman.Senang bicara dakwah jadinya.

Berkomunikasi terus ke dalam hati.Keikhlasan amatlah perlu.Agar mudah timbulkan kepercayaan.Barulah mudah nak berdakwah.Itu kuasa komunikasi.

Saya dipertemukan seorang sahabat daripada Lumut, Perak.4 jam perjalanan dari Lumut ke Kuala Lumpur.Daie’ tersebut mula menggerakkan dakwah remaja di masjid qariahnya.Sempat beliau membeli buku Tip Urus kelab Remaja Masjid.Untuk Panduan menggerakkan remaja di qariahnya.Moga maju jaya sahabat!.

Ringkasnya, dakwah lapangan biar jadi realiti.Menanti di pelusuk ruang sana para madu’ yang ternanti-nanti bimbingan daripada seorang pembimbing.

Ruzain Syukur Mansor
Penulis buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid
019-2103267


BUKU TIP URUS KELAB REMAJA MASJID SEBAGAI HADIAH KEPADA MASJID SAIDINA ALI

April 16, 2010

Diambil dari Blog http://batu.jim.org.my/blog/ JIM Daerah Batu

Dr Hafizi telah menyerahkan buku “Tip Urus Kelab Remaja Masjid” kepada pihak Masjid Saidina Ali yang diterima sendiri oleh pengerusinya Tuan Haji Zainal Abidin .

Tahniah JIM daerah Batu kerana menjadikan Buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid karya saya dan cikgu Azmi sebagai hadiah kepada pihak masjid.Hajat kami sudah kesampaian.Memang itulah salah satu tujuan kami menulis buku ini.Berdakwah dan meninggalkan panduan.Buku sebagai rujukan pihgak masjid.

Ruzain Syukur Mansor


MASJID MEDAN DAKWAH REMAJA..

April 16, 2010

Tengahari tadi begitu cerah mata saya menatap wajah khatib Masjid Negeri.Khutbahnya begitu mengujakan saya.

Antara isi pentingnya:
-Masjid sebagai medan ilmu, dakwah, pentadbiran muslim
-Menjadikan masjid sebagai medan dakwah dan tarbiah
-Keperluan Memperkasakan institusi masjid.
-Menjadikan masjid sebagai medan dakwah remaja
-Masjid sebagai medan dakwah dengan pelbagai program remaja, program motivasi malah rekreasi (sukan) dan pelbagai lai.

Justeru, usaha memperkasakan dakwah remaja di masjid bukan suatu perkara enteng.Malah di sebut di dalam khutbah.Persoalan ini juga di tulis dalam makalah, artikel di surat khabar malah jurnal akademik.Malah, bukan tiada thesis master membicarakan perihal dakwah remaja dan hubungkait dengan remaja.

Semuanya dengan nada yang sama.Dakwah remaja di masjid amat penting.Tetapi ramai yang terlupa persoalan aspek “BAGAIMANA INGIN MELAKSANAKAN”

Pengalaman mengendalikan program-program dakwah remaja di masjid berdepan dengan cabaran yang besar.Kekurangan dana, aktivis kurang aktif dan pelbagai lagi.

Namun, itulah cabaran dalam bedakwah.Kebelakangan ini, dakwah remaja masjid kian mendapat tempat.Banyak masjid yang kini sudah mempunyai gelanggang futsal.Lihat sahaja masjid Negeri Shah Alam.Ini kaedah menarik minat remaja ke masjid.Beriadhah, masuk waktu untuk solat..bersolat terus di masjid.Bagus bukan?.Ini persoalan fasiliti.Kesanggupan.Keberanian untuk berhadapan dengan realiti.

“Kami bukan tak mahu buat program remaja, tapi tak tahu bagaimana nak mula”.

Betul juga.Aspek pengendalian program remaja bukan boleh dibuat sembarangan.Lain jadinya nanti.Persoalan latihan untuk penggerak amat penting sekali.Latihan merancang program, mengendalikan program sehinggalah melaporkan perjalanan program.Itu semua perlu dipelajari.Peluangnya tidak banyak tetapi boleh diperolehi.

Terbaru, KURSUS PERKADERAN PENDAKWAH “MEMPERKASA DAKWAH MENDEKATI REMAJA” anjuran masjid Negara khusus untuk para aktivis dakawah remaja.Buat memperkasa usaha dakwah untuk orang muda.Program sebegini perlu dilaksanakan dan diperluaskan sehingga ke lapangan.Baru yakin nak mulakan langkah.

Saya bakal turut serta dalam kursus sebegini.Buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid saya itu telah membicarakan perkara-perkara di atas.Ini perkara penting.Mari sama-sama berkongsi.

Ayuh jadikan Dakwah Remaja Masjid suatu gagasan.Bukan hanya omongan kosong.Dan bukan hanya terperuk salam Buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid. sahaja.Ayuh mulakan langkah!


Ruzain Syukur Mansor
Penulis Buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid..
019-2103267
sms no. saya ini untuk mendapatkan buku tersebut.Akan diposkan kepada anda..


MENGEKALKAN MOMENTUM..

April 15, 2010

“Tulis buku barukah?” tanya seorang rakan sedang saya melihat-lihat catatan lama manuskrip novel Andai Ada Sinar.Sebuah manuskrip mengisahkan kekentalan semangat seorang ustaz muda merubah kehidupan murid-murid nakal menjadi murid contoh di sekolahnya.

Agak lama terhenti projek tersebut.Alasan?
-Sibuk dengan murid-murid di sekolah
-Program murid-murid di hujung minggu
-1001 alasan.
-Hendak seribu daya, tak mahu berjuta alasan..

“Being a good writer is 3% talent, 97% not being distracted by the Internet. (Termasuklah tak boleh leka berfB-fB-an…)”

Itu saya petik dari laman facebook penulis terkenal , Salina Ibrahim.Betul juga, jika berfacebook yang terlalu melekakan.Risau melekakan sehingga lupa kepada manuskrip yang belum dibereskan.

Saya mengambil masa yang agak lama untuk menerbitkan buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid.Pelbagai faktor.Komitmen salah satunya.Mengekalkan momentum di dalam penulisan merupakan suatu cabaran hebat.Terutamanya penulis bebas dan separuh masa seperti saya.

Justeru, melihat kembali manuskrip buku terdahulu menaikkan semangat saya di waktu kesibukan.Membaca tulisan-tulisan yang belum siap di tulis juga menarik untuk difikir-fikirkan.Menelusuri buku-buku baru di MPH serta kedai buku juga idea yang bagus.

Menatap cover buku sendiri pun boleh dipertimbangkan.
“Terjualkah buku aku ni?” soalan yang bagus.Sekurang-kurangnya manuskrip yang ditulis kelak memikirkan sekali pakej apakah ada pembaca yang sudi menatapnya nanti?.Jangan jadi penulis syok sendiri.Tulis, terbit, jangan sampai tiada yang beli!.

Mengekalkan momentum penulisan suatu cabaran besar buat penulis separuh masa dan baru seperti saya.Memotivasikan diri, sentiasa fokus, terus dan terus menulis.Menulis suatu komitmen.Bukan untuk suka-suka.Bukan juga mengisi masa lapang.Tetapi menulis membina tamadun.Membangun minda masyarakat.Membangun minda hebat!!

Ruzain Syukur Mansor

Penulis Buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid
019-2103267


ADUHAI REMAJA..

April 13, 2010

Aduhai Remaja..

Itu tajuk buku saya yang kedua.Opps..baru bertaraf manuskrip.Belum menjadi buku.Momentumnya kembali rancak sejak Terbitnya Tip Urus Kelab Remaja Masjid saya bersama Cikgu Azmi.

Remaja penuh dengan isu.Namun buku yang sedang saya tulis ini mahu dilihat sangat rapat dengan dunia remaja.Remaja dan ibu-bapa.Remaja dan guru.Remaja dan sahabat.Remaja dan IT.

Menjadikannya sebagai buku evergreen merupakan suatu cabaran.Mahu saya melihat buku ini kelak kekal relevan sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya.Bukan hangatnya hanya seketika.Sejuk setelah isu hilang di telan isu lebih sensasi.

Menulis perihal komitmen.Tanpa komitmen jangan berani bergelar penulis.Menulis memerlukan keazaman.Iltizam tinggi untuk berkongsi.Moga terus berkongsi.Idea untuk ditatap orang.Bukan di peram di dalam komputer.

Ruzain Syukur Mansor
akademipenulis.wordpress.com


BUKU TIP URUS KELAB REMAJA MASJID KINI DIMILIKI GURU..

April 7, 2010

Ustaz Mazlan dari SK Sementa , Klang antara warga Guru Pendidikan Islam yang terawal memiliki Buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid.Beliau antara penulis Buku Guru Jutawan Akhirat yang baru sahaja diterbitkan oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor.

Ini sebagai bukti walaupun bertajukkan Tip Urus Kelab Remaja MASJID, ia boleh dipertimbangkan untuk dijadikan modul membentuk kelab-kelab yang sudah sedia ada di sekolah.Kandungannya relevan untuk menyusun aktiviti Kelab Pendidikan Islam di sekolah.Justeru , ia sesuai untuk dimiliki oleh Ustaz dan Ustazah di sekolah-sekolah.

“Moga-moga buku ini membantu ya ustaz”, itu sempat saya titipkan kepada Ustaz Zohan Hj Ahmad, Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Klang ketika beliau memiliki buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid tadi.Ustaz Zohan juga merupakan Nazir salah sebuah masjid di Sungai Serdang.Mungkin sesuai dijadikan panduan untuk menggerakkan Jawatankuasa Pemuda masjidnya.

Guru insan bertuah.Sesetengahnya menjadi insan kepercayaan masyarakat.AJK Masjid malah nazir masjid dilantik orang.Jadi buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid ini banyak memudahkan anda.Memberikan idea jenis-jenis aktiviti remaja di masjid.Juga membantu menggerakkan organisasi pemuda serta belia di kawasan setempat.Lengkap dengan panduan contoh kertas kerja dan laporan program sebenar.

Buku ini juga telah dimiliki oleh exco Persatuan Pendidikan Islam SMK Bukit Jelutong baru-baru ini.Tambah menarik, sempat saya memotivasikan mereka melalui Bengkel Penulisan Buletin yang dijadikan pengisian aktiviti Kokurikulum mereka.Ia boleh dijadikan panduan sebagai presiden, setiausaha serta AJK Persatuan tersebut mengendalikan program persatuan mereka.

Ringkasnya, anda mahu perkasakan kelab dan persatuan di sekolah?.
Seringkali buntu untuk menghasilkan aktiviti menarik?
Kurang arid tentang aspek penulisan kertas kerja dan laporan program?
Inginkan perkongsian inspirasi daripada kelab-kelab remaja Singapura?

Saya ada jawapannya.

Hubungi saya di talian 019-2103267 (Penulis Buku-Ruzain Syukur Mansor) untuk mendapatkan buku ini.

Perkasakan Persatuan di Sekolah anda!

RUZAIN SYUKUR B MANSOR
PENULIS BUKU
TIP URUS KELAB REMAJA MASJID
ruzainsyukur_mansor@yahoo.com
019-2103267


AMANAH BARU..

April 5, 2010

Sudah beberapa kali rakan seperjuangan Ustaz Hamidi , yang kini berpindah ke Sepang menjemput saya untuk mengendalikan Blog j-QAF SK Telok Menegon.

Walaupun berat, saya terima juga.Ini soal penerusan dakwah.Informasi untuk rakan.Medan dakwah juga.Medan informasi pun ya juga.Pengalaman mengurus Blog akademipenulisbebas menjadi taruhan.Menjadi webmaster memerlukan komitmen.Apatah lagi untuk tempat di mana kita bekerja.

Apapun terima kasih Ustaz Hamidi.Meneruskan legasi yang ditinggalkan penulis Blog dan JU j-QAF ini memang suatu cabaran.Namun, sekurang-kurangnya ia bakal mencorakkan pengalaman baru buat saya.Ini kali pertama bertanggung jawab mengurus blog organisasi.Perlu berani, berhati-hati dan tepat.Lain berbanding mengurus blog peribadi.

Jadi , buat pengikut Blog j-QAF SK Telok Menegon.Adressnya masih seperti dahulu http://j-qafsktelokmenegon.blogspot.com/ tetapi pengendalinya sahaja yang baru-Ruzain Syukur B Mansor.

Sebagai penulis bebas, adakalanya kita menerima tanggungjawab yang bersifat amanah sosial.Ia perlu dianggap sebagai medan untuk mematangkan diri.Terima dengan penuh hormat.Ucapkan terima kasih kepada pengendali terdahulu.

Saya belajar menerima amanah, walau pun semakin di himpit kesibukan.Amanah memerlukan komitmen.Memberi komitmen itu suatu cabaran.Cabaran itu mematangkan diri.

Ruzain Syukur Mansor
Penulis Buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid
ruzainsyukur_mansor@yahoo.com
akademipenulisbebas.wordpress.com


TIP URUS KELAB REMAJA MASJID..

April 1, 2010

Mengurus tidak semudah menulis.Pengalaman sejak di UIAM, terus bersama di bidang dakwah remaja bersama-sama dengan aktivis yang lain.Ia suatu peluang dan ruang untuk sama-sama membangun modal insan.

“Ceramah?, forum?, futsal tiadakah?”, itu antara komen remaja.Komen yang memeningkan AJK masjid.Di beri makan jamuan kambing golek.Pun masih ada yang ‘segan’ nak ke masjid.Bagaimana ya nak menarik minat remaja ke masjid?

“Bro, boleh tolong ayah saya di Sawah Sempadan.Ayah saya AJK masjid, berminat membangun remaja di situ.Harap dapat bantu ..”, itu undangan yang positif daripada seorang senior saya.Dengan harapan dapat sama membangun remaja di kampung yang sempat saya menabur bakti 2007-2009.InsyaAllah akan saya usahakan.

Membangun dan berdakwah remaja memerlukan versatility.Mengajak dengan penuh hikmah.Tidak bergerak dengan forum, di tukar dengan nasyid.Masih tidak berjalan, ajak ke padang bermain bola.Beri 5 minit tazkirah sebelum sepak mula.Gunakan segala ruang dalam aktiviti anak muda untuk selitkan sedikit tazkirah dan pengisian.Jangan sisihkan mereka.Beri perhatian.Memang susah, itu sebabnya perlu kreativiti.

“Tak ramai yang hadir, penat saja kita buat Kem Motivasi di masjid”, rungut seorang AJK Pemuda Masjid.”Promosi kurang agaknya?”, tambahnya lagi.Mungkin mereka sukakan aktiviti berkhemah di Luar.Cuba kem-kem motivasi berhampiran dengan hutan lipur.Ada jungle Trekking, kembara malam, aktiviti lasak menguji fizikal.

“Saya ni baru lagi di lantik sebagai AJK Pemuda masjid, tapi memang tidak tahu apa-apa tentang bagaimana mengurus Kelab Remaja “, itu pengakuan ikhlas.

Jadi?

Saya ada panduannya.

Buku ini di tulis oleh aktivis kepada aktivis.Ditulis berdasarkan pengalaman.Tip Bimbingan jenis program.Tip melaksanakan program remaja.Semuanya dimuatkan bersama.Tip sebelum, semasa dan selepas program turut menjadi kandungan perbincangan.Bonus?.Tip bimbingan menguruskan kelab remaja masjid.Turut dimuatkan perkongsian aktivis dakwah remaja masjid Singapura!.

Sila sms saya Ruzain Syukur di talian 019-2103267 untuk mendapatkan buku ini.

RUZAIN SYUKUR B MANSOR
PENYLIS BUKU TIP URUS KELAB REMAJA MASJID
019-2103267
ruzainsyukur_mansor@yahoo.com