Menjadi cita-cita dan impian saya sejak dahulu adalah untuk menempatkan buku tulisan saya di galeri MPH Bookstore. Melihat karya-karya teman satu persatu memasuki pasaran MPH menguatkan semangat untuk saya menulis.
2010, buku pertama saya Tip Urus Kelab Remaja Masjid dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Gembira tidak terkata. Terima kasih kepada rakan penulis, iaitu Cikgu Azmi Musa di atas motivasi.
Julai 2011, akhirnya impian saya menjadi kenyataan. Tip Urus Kelab Remaja Masjid kini sudah berada di MPH Bookstore Shah Alam untuk jualan kepada massa. SUPER! ALLAHUAKBAR!. Tiada kalimah agung yang yang wajar diungkapkan bagi penulis yang baru-baru merangkak-rangkak seperti saya apabila melihat buku tulisan sendiri berada di rak jualan kategori agama kedai buku tersohor seperti MPH Bookstore.
“Ruzain, tulis buku apa sekarang?” sapa Puan Martimelli, mentor saya di bidang khidmat masyarakat yang sempat saya temui di Klang baru-baru ini.
“Menunggu buku motivasi remaja saya terbit bulan September ini Puan” balas saya hormat.
Kalau begitulah soalan yang terpacul, maka saya harus terus menulis. Jangan berhenti. Ada permintaan dan nada semangat. Baik. Manuskrip Aduhai Remaja selesai penulisannya pada bulan Ramadhan yang lalu. ia memasuki proses akhor pruf reading juga Ramadhan tahun ini. Lantas, saya mulakan projek penulisan terbaru juga pada Ramadhan tahun ini. Ini misi terbaru. Moga Allah berikan pertolongan.