May 31, 2009

budaya takpa

 

“Assalamualaikum abang Syukur.

Halim di sini. Menulis dari Keramat. Wah, tak sangka minat menulis abang sangat mendalam. Tak sampai satu hari selepas berbengkel dah menulis dalam blog.

“Abang Syukur pernah menulis buku ke sebelum ni?
Dah berapa lama terlibat dalam dunia penulisan?”

 

Itu Komen saudara Halim, rakan sekumpulan saya dengan saya ketika menghadiri bengkel Penulisan bersam Prof Umi di UIA baru-baru ini.Kami berada di dalam satu kumpulan seramai empat orang diberikan suatu tugasan.Kami diminta untuk mengembara tanpa dibenarkan bersuara sesama ahli ke suatu kawasan.Observasi dengan memaksimumkan penggunaan deria termasuk deria keenam diperlukan.

 

Situasi 1:Sebuah keluarga , seorang anak, ibu dan anak bujangnya

Situasi 2:tagline “stick no bill di hadapan Bank Muamalat

Situasi 3:Keadaan dinding bersebelahan Bank Muamalat yang mempunyai kesa tampalan iklan

Situasi 4:Tagline “Beware!This is CCTV monitored area”

Situasi 5:Seorang mahasiswa daripada China memberi salam

 

Semua yang diperhatikan tadi dikumpulkan menjadi sebahagian daripada hasil kembara sang penulis .”Itu kaedah Mencari idea apabila kebuntuan”, kata Prof Umi.

 

Lantas idea asas tadi dikumpulkan di bawah satu kategori.Saya namakan ia untuk berada di bawah topik “budaya takpa sudah meresap ke Taman Ilmu dan Budi”.

 

Selanjutnya idea itu saya kembangkan menjadi sebuah catatan travelog yang mengundang komen daripada ahli kumpulan.”Bagus! ada unsur nilai mendidik yang ingin disampaikan”, kata salah seorang daripada ahli kumpulan.

Pulang sahaja ke rumah terus saya tuliskan entry bertajuk Budaya Takpa Cuba Meresapi Taman Ilmu dan Budi kedalam blog ini.Idea datang memerlukan rangsangan terhadap minda.Sementara kembara seorang penulis akan meningkatkan tahap kesedarannya terhadap keperluan penulisan.

 

Unsur nilai sememangnya amat perlu di dalam setiap penulisan.baik cerpen, novel mahupun artikel.Jangan hanya menulis tanpa meletakkan niat untuk berdakwah.Setiap pesanan samada secara langsung atau tidak melalui tulisan anda merupakan suatu usaha dakwah.Jadi, berikan nilai kepada penulisan anda.

Dan jangan lupa kembara penulis meningkatkan tahap kesedaran penulis terhadap sesuatu perkara..mengembara dan lihatlah alam ini…

 

Ruzain Syukur Mansor

www.akademipenulisbebas.wordpress.com


BUDAYA TAKPA CUBA MERESAPI TAMAN ILMU DAN BUDI

May 30, 2009

Karya terindah 2:Budaya Takpa sudah Menular di Taman Ilmu dan Budi

 

Assalamualaikum

 

”Ibu! Ibu! Aiman nak aiskrim tu!”, pohon anak kecil itu kepada ibunya.”Boleh, tetapi jangan banyak sangat, boleh memudaratkan”, tegas ibunya bertempat.Anak lelaki bujangnya asyik membaca akhbar Kosmo sambil bersandar di tepi dinding.Begitulah suasana ceria hujung minggu apabila ibu muda itu menghabiskan masa melawat anak bujangnya di Taman Ilmu dan Budi itu.

 

Sememangnya Taman Ilmu dan Budi memang terkenal sebagai medan melahirkan modal insan lantas memupuk kesantunan rohani.

 

Langkah Zaid, seorang penulis muda terus menghampiri Bank Muamalat berdekatan dengan Masjid.Kehadirannya hari itu bagi menajamkan kemahiran penulisannya  melalui bengkel yang diikutinya.Matanya tertancap kepada sign board berbunyi ’stick no bill’ pada dinding berhampiran Bank tersebut.Alangkah terkejutnya dia melihat kesan tampalan iklan pada dinding tersebut yang mencacatkan pandangan.”Alahai..budaya takpa sudah mula meresapi Taman Ilmu dan Budi,” hatinya bermonolog.

 

Langkahan anak muda itu terus menuju ke mesin ATM berdekatan.”Lagi satu budaya takpa”, hatinya terus berbicara.Papan kenyataan berdekatan tidak diurus dengan baik.Ditampal sesuka hati.Bersepah dengan pelbagai iklan.

 

Ini tidak termasuk sign board ”clamping zone”.Seolah-olah dicabar dan dipermainkan.Dimana ada papan tanda dilarang meletak kereta, disitulah kenderaan diletakkan.”Mengapa bersikap takpa sebahagian warga Taman Ilmu dan Budi ini?”, hati Zaid bernada marah.

 

Sepatutnya  papan tanda berbunyi ”Be ware!, this is CCTV recorded area!” yang ditampal di sekeliling bank itu ditukar sahaja bunyinya begini “Beware!, This is Allah’s recorded area!, you are monitored by Allah”.memang kasar bunyinya tetapi memberi mesej yang jelas.Pemantauan manusia mungkin belum mampu menyedarkan ummat.Tetapi manusia beriman pasti gentar apabila menyedari dirinya diperhatikan Allah.  

 

Tiba-tiba…”Assalamualaikum!”, sapa seorang mahasiswa mungkin daripada Cina khusus untuk Zaid pastinya.”Waalaikumussalam”, jawabnya ringkas.Alhamdulillah, tidak semua warga Taman Ilmu dan Budi diresapi budaya takpa.Masih ada yang sudi bertegur sapa walaupun kita asing di bumi ini.Masih ada yang masih erat rasa kasih dan sayang kepada saudaranya.

 

Sebelum kakinya melangkah pergi, sempat matanya terlihat papan tanda program berbunyi ”How to create ”A” Power Point Presentation”.Rasanya sedap mata memandang apabila ditukar sahaja wording tersebut menjadi ”How to Create ”A” Akhlaq Presentation”.

 

Ada sinar di hujung terowong.Budaya takpa masih ada ruang untuk dicantas kewujudannya di bumi ini.Jangan biarkan bumi Taman Ilmu dan Budi ini diresapi budaya takpa.Jangan biarkan!..

 

 

Ruzain Syukur Mansor

Kawasan  Bank Muamalat dan Bank Islam

30 Mei 2009 (2.15-2.45 p.m.)

http://www.akademipenulisbebas.wordpress.com


MENGAPA AKU PERLU MENULIS…

May 30, 2009

Assalamualaikum

 

Hari ini saya mendapat dua kegembiraan.

 

Pertama mengutip mutiara ilmu daripada Prof Umi Kalthum dalam Bengkel Penulisan kendaliannya.

 

Keduanya artikel saya bertajuk Sejenak Mengenali Pencinta Buku tersiar di Majalah Millenia Muslim keluaran Jun 2009.Alhamdulillah

 

Sehari suntuk, saya dikerah untuk mengerah minda di dalam bengkel kendalian Prof Umi Kalthum, Profesor daripada USM.Bertemakan Kembara Hati Menerokai membawa peserta untuk menerokai dan menerobos sempadan serta kemampuan diri.Penulisan lahir daripada cetusan dan coretan hati.Oleh itu keluarkan , hamburkan idea anda di atas kertas , lantas corakkan ia menjadi sesuatu yang bermakna.

 

Menurut beliau lagi, 3 tugas utama penulis adalah seperti berikut:

 

-Explore

-Discover

-Excavote

 

Banyak aktiviti mengasah minda menghasilkan penulisan yang baik bermula daripada minda yang hebat.Idea hebat dengan gaya berfikir di luar kotak pasti hebat hasilnya.Prof Umi penulis yang hebat.Terima kasih Prof.

 

Berikut beberapa karya 5 minit yang sempat saya kongsikan siang tadi untuk tatapan umum dan menjadi nostalgia.Setiap karya tersebut disediakan dengan bimbingan Prof Ummi dalam jangkamasa yang amat terhad.

 

KARYA TERINDAH 1:HARAPAN SAYA SEPULUH TAHUN LAGI.

 

”Pak Utih, Prof Umi, kalau sudah terbit 1 buku, pasti ada 10 buku lagi detik mendatang”, bicara saya kepada kedua-dua penulis prolifik tersebut ketika bertemu mereka di KLIBF baru-baru ini.Kedua-duanya tertawa .

 

Itulah juga sebenarnya harapan saya.Satu buku setiap tahun, sepuluh buku menjelang sepuluh tahun akan datang.

 

Tiada apa yang mustahil.Saya boleh menulis entry blog di blog akademipenulisbebas, masakan tidak ia menjadi sebuah buku ?.Ustaz Hasrizal Jamil menulis di blognya http://www.saifulislam.com.Akhirnya beliau membukukan kandungan blognya sehingga terhasillah buku Aku Terima Nikahnya I dan II yang kini menjadi buku bestseller terbitan Galeri Ilmu.

 

Saban malam saya menulis Buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk persediaan mengajar keesokan hari.Kini sudah 3 buku tebal dihasilkan (1 buku setiap tahun).Tetapi ia bukan untuk tujuan penerbitan.Kalau setiap malam saya menulis begitu, mengapa tidak pula untuk saya hasilkan beberapa buah buku?

 

Di sekolah, saya bapa kepada 360 orang murid, 33 rakan sekerja , malah ratusan pesawah.Sekolah tempat saya bertugas berada di tengah-tengah sawah.Kisah hidup, suka-duka kehidupan, kesusahan hidup pesawah.Semuanya boleh dibukukan menjadi tatapan ramai.

 

Saya suka memberi ceramah motivasi untuk remaja dan pelajar sekolah.Ketika mengendalikan program, saya banyak bertemu dengan peserta yang sudi berkongsi rasa.Banyak perkongsian yang boleh dijadikan coretan bermakna.Kisah suka duka kehidupan anak muda pasti bermanfaat untuk dikongsikan.

 

Jadi, saya mempunyai 1001 alasan untuk menghasilkan buku.Persoalannya, mengapa ianya tidak dibukukan?

 

Ruzain Syukur Mansor

http://www.akademipenulisbebas.wordpress.com


ARTIKEL TERBARU SAYA DISIARKAN DI MAJALAH MILLENIA MUSLIM JUN 2009

May 30, 2009

 

 

 

Assalamualaikum..

Artikel terbaru saya bertajuk “Sejenak Mengenali Pencinta Buku” telah disiarkan editor Majalah Millennia Muslim Jun 2009.Sila dapatkan di pasaran.Ia menyentuh secara langsung tentang:

 

Apakah biblioholisme?

Salahkah menjadi pencinta buku?

Siapakah pencinta buku

Bagaimana cara untuk mewujudkan lebih ramai pencinta buku.

 

Saya cuba mewujudkan suasana win-win.Editor majalah mempromosikan blog akademi penulis bebas , dan saya promosikan Majalah Millenia Muslim.

 

Majalah Millenia Muslim Jun 2009 mengupas 1Malaysia sebagai isu utama.Ia juga menyentuh aspek tersebut daripada pandangan agama.

 

Selamat membaca!

 

Ruzain Syukur Mansor

http://www.akademipenulisbebas.wordpress.com


TRAVELOG PENULISAN DAKWAH :SUATU IMPIAN

May 23, 2009

Saya cukup terkesan dengan penglibatan di dalam Kursus Pembinaan Modul dan Manual Kokurikulum Dakwah yang berakhir semalam.banyak yang boleh saya belajar.Sememangnya dunia latihan dan penulisan dakwah adalah suatu fenomena yang menggamit hati saya.Inilah ruang dan peluang dakwah yang begitu menarik untuk diceburi .

 

Rata-rata pasti bersetuju jika saya mengatakan buku-buku bestseller yang laku bagai pisang goreng panas di Malysia adalah hasil tulisan pendakwah terkenal.Contohnya Prof Harun Din, Dr Danial, Dr Ismadi.Mereka terlibat secara langsung di dalam bidang dakwah dan motivasi.Lantas ada bingkisan yang boleh di bawa pulang oleh peminat mereka sebagai bingkisan minda.Kebanyakannya begitu bukan?.Ada banyak faedah seorang jurulatih mahupun pendakwah mempunyai buku iaitu:

 

  • Sebagai bacaan tambahan kepada masyarakat
  • Buku dapat mengupas secara lebih lanjut dan bertulis dan boleh menjadi bacaan tambahan kepada ceramah
  • Dapat diulang baca berkali-kali
  • Menjadi warisan ilmu walaupun penulis telah meninggal dunia

 

Namun , saya juga tidak menafikan , ada juga penulis yang diminati bukunya kerana memang mempunyai daya keistimewaan tersendiri.Ini terutama kepada penulis novel yang bijak memainkan emosi pembaca dengan gaya penceritaan yang menarik.

 

            Cuma yang ingin saya tekankan, salah satu trend penulisan kini adalah penulisan blog.Ada pula penulis yang membukukan hasil tulisan mereka menjadi sebuah buku.Travelog gitu.Salah satu blog dakwah yang saya gemari adalah blog Ustaz Hasrizal Jamil www.saifulislam.com .Penulisan yang bersifat travelog itu apa salahnya di murnikan dan dibukukan menjadi travelog dakwah bertulis.

 

            Sebgai jurulatih, pendakwah malah pendidik, golongan ini banyak berhadapan dengan manusia dan pelbagai keadaan dan cabaran.Justeru, sepatutnya cabaran ini menjadi sebuah travelog , ditulis di blog mahupun di diari.Disimpan menjadi koleksi peribadi sahaja mungkin menjadi suatu  kerugian.Justeru, gunakanlah peluang yang ada dengan penglibatan sebagai apa juga kapasiti untuk dituliskan menjadi travelog.

 

            Untuk itu saya juga berusaha untuk menggerakkan suatu penulisan Travelog Penulisan Dakwah yang kelak bakal menjadi sebuah buku untuk tatapan ramai.Buku-buku ”Buat Duit Dengan menulis” , ”Tips Menjadi Penulis Best Seller” karya Saudara Zamri Mohammad menjadi inspirasi kepada saya sehinggalah saya mula berkarya di Blog Akademi Penulis Bebas ini.Penulisan dakwah di akhbar dan majalah pula kini sudah masuk tahun ke empat , Cuma agak ketinggalan sebulan dua ini.Manuskrip buku pula kini di peringkat akhir dan pemurnian di tangan penerbit.Moga-moga usaha menggerakkan Travelog Penulisan Dakwah ini menjadi realiti suatu hari nanti.Ini bermakna coretan saya sepanjang mengendalikan Blog Akademi Penulis Bebas ini mungkin sebahagiannya nanti menjadi content kepada Travelog Penulisan Dakwah itu nanti.Yang pastinya saya mencari fokus dan akan kembali hebat menjelang cuti persekolahan Jun nanti.Menulis memerlukan fokus.Itu pegangan saya.

 

            Ada dua fokus saya cuti sekolah nanti.Menulis dua buku sekali gus.Buku A to Z:Tips mengendalikan Program Motivasi bakal saya tulis bersama sahabat Rafaeim, manakala manuskrip buku Aduhai Remaja saya hasilkan sendiri buat panduan remaja dan penggerak remaja.

 

            Alhamdulillah, pagi ini akhirnya saya temui semula momentum penulisan yang sedikit hilang 2-3 minggu lalu ni.Apabila momentum itu hadir ia akan terus memecut terus menuju suatu mercu.

 

 

Ruzain Syukur Mansor

http://www.akademipenulisbebas.wordpress.com


KUTEMUI SEMANGAT BARU

May 23, 2009

Alhamdulillah, baru segar rasanya setelah mendapat rehat yang cukup.Walaupun kursus Pembinaan Modul Kokurikulum Dakwah yang berakhir semalam tidak melibatkan aktiviti fizikal, tetapi amat menggunakan daya kreativiti minda yang cukup maksimum.Lemah rasanya badan setelah memerah idea menghasilkan manual dan modul untuk program dakwah pelajar pelbagai latar belakang.InsyaAllah akan dibukukan dan diedarkan ke sekolah-sekolah Selangor.

 

Syabas dan dan tahniah kepada ustaz Shopuan Anuar, penolong Pengarah Kanan Dakwah , Jabatan Pelajaran Selangor yang mengusahakan inisiatif ini.

 

SEMANGAT BARU.

Ustaz Shahrul Azmi, Jurulatih Penulisan Selangor di dalam ucapan penggulungan bengkel menghasilkan manuskrip “Guru Jutawan Akhirat” nya menggariskan beberapa perkara berikut:

  1. Penulis buku meninggalkan legasi.Memang betul, matinya seorang penulis tetapi meninggalkan amal melalui penulisannya selagi dibaca orang.Apatah lagi seruan penulisan di buku yang ditulisnya diamalkan orang.
  2. Para jurulatih perlu berada bersama madu’ secara fizikal untuk berdakwah, tetapi penulis hanya memastikan buku dakwah tulisannya bersama madu’ tanpa perlu berada bersama mereka.Bermaksud, penulis boleh bersifat sebagai pendakwah bagi beratus orang malah beribu insan pada satu-satu masa dengan syarat karya tulisannya berda di tangan ,madu’ tersebut.
  3. Siapalah daie’ tanpa travelog dakwah.Sepatutnya pengalaman dakwah para daie ditulis dan dibukukan.pendakwah seorang yang kreatif.Banyak sekali pendekatan yang digunakan yang boleh dikongsi  jika dibukukan sebagai catatan travelog dakwah.Saya sokong pendapat ini.Lihat saja buku Travelog Dakwah Menuju Hari Esok karya Prof Kamil UiTM Johor.Kini menjadi best seller dan menjadi inspirasi para daie’.

 

Saranan ini disokong oleh Ustaz Shopuan Anuar Sendiri, katanya:”Kita boleh kuburkan jasad penulis ini, tetpi tidak mindanya”.Betul! saya setuju.Itulah sebabnya ada di kalangan penulis hebat yang menghasilkan tulisan di penjara ketika jasad mereka disekat daripada memberikan inspirasi kepada yang lain.Jasad penulis boleh dipenjarakan tetapi tidak mindanya.Minda seorang penulis hebat pasti terus merencana penulisan berinspirasi untuk menginspirasikan insan lain.

 

Justeru, dengan suntikan ini sedikit sebanyak memberikan semangat baru untuk saya bangun daripada kelembapan ini.InsyaAllah  saya mula bangun sedikit demi sedikit dari lamunan yang panjang.jangan biarkan kesibukan untuk meninggalkan tanggungjawab sosial untuk memberikan inspirasi kepada yang lain melalui tulisan.

 

Terima kasih rakan-rakan yang memberikan sokongan untuk saya bangkit ke tahap biasa.Syukran.


ERTI MASA BAGI PENULIS BEBAS

May 21, 2009

“….Boleh kita lantik akh Syukur sebagai Pengarah program? Kalau target dapat publish bulan Jun, bila cadangan tarikh utk program penulisan dakwah kreatif & peraduan menulis artikel dakwah? boleh kita tulis ttg isu semasa remaja & belia.” Begitu bunyi email daripada seorang rakan aktivis remaja dan belia NGO yang saya sertai.Saya terkedu.Bulan ini sahaja saya terlepas untuk memastikan artikel sempena hari Buruh dan Hari Guru tersiar di akhbar dan majalah.

Di mana silapnya.Mungkin juga kurang bijak mengurus masa.Balik saja dari Pulau Pangkor berkursus, kemudian terima satu lagi panggilan kursus Jurulatih Kokurikulum Pendidikan Islam Selangor di Port Dickson.Terus berkampung membina modul program modal insan dan sahsiah murid-murid.

“ustaz, kamu masuk team penulisan dakwah kami!” sapa pula Penolong Pengarah Dakwah Sektor Pendidikan Islam Jabatan pelajaran Selangor. Memarik! tapi pasti perlukan komitmen tambahan.

Betapa masa begitu mencemburui sehingga saya gagal untuk patuh kepada target yang saya tetapkan sendiri.

Begitu rupanya kehidupan seorang penulis separuh masa.Andai silap mengatur masa, pasti hanyut dengan kesibukan yang sentiasa mengekori.Kehidupan dan kepercayaan orang terhadap kita pasti memberikan kita tanggungjawab untuk ditunaikan.Amanah jangan dibaca sebagai bebanan.Tetapi itulah harga yang harus dibayar.Bagi seorang penulis separuh masa, pintarnya kita mengatur masa merupakan tiket untuk terus memastikan hasil penulisan terus dibaca masyarakat.
Moga-moga saya dikurniakan kekuatan dan semangat untuk menebus kembali kelalaian sepanjang 2-3 minggu ini.Perancangan akan diatur.InsyaAllah, Manuskrip Buku dakwah dan Teknologi maklumat akan cuba dikemaskini untuk dihidangkan untuk penilaian JAKIM.Moga ia menjadi manuskrip kedua yang akan diterbitkan.

Semoga ada sinar harapan untuk  aku  kembali bersemangat semangat untukk berkarya..

 

Ruzain Syukur Mansor

www.akademipenulisbebas.wordpress.com


CABARAN GURU ALAF BARU

May 18, 2009

 

Assalamualaikum..

16 Mei 2009 saya berada di SK Bandar Baru Selayang 2 mengendalikan Kursus Kepimpinan Pengawas .Satu sumbangan untuk rakan yang merupakan antara guru pembimbing pengawas sekolah.Sedang hebat beraksi memberi ceramah, semakin banyak sms yang masuk ke peti telefon.Kenapa ye agaknya?.”Hari ni hari guru”, kata Penolong Kanan sekolah.”Oh ya! patutlah hari ni bertalu-talu sms masuk, rupanya semuanya ungkapan khusus dedikasi untuk guru.Saya kan cikgu!.

Begitulah.Tahun ini , agak lain rasanya.Sibuk sampai hari guru pun tak ingat tarikhnya.Nasib baik rakan-rakan guru ingatkan.Memang begitulah.kalau dulu kita ucapkan selamat hari guru untuk cikgu.Tapi sejak setahun dua ni, rasa sebak sangat apabila insan lain yang ucapkan selamat hari guru kepada kita.Cikgu saja yang tahu betapa mahalnya ungkapan tersebut.

 

Saya sempat meneliti beberapa tulisan, bingkisan daripada penulis dan masyarakat tentang guru, profession perguruan, cabaran dunia pendidikan dan sebagainya.

 

Rata-rata menyokong fakta yang mengatakan guru merupakan insan mulia yang perlu dihormati.Masih ramai yang menghormati profesion perguruan dan insan guru itu sendiri.Masih ada juga yang masih sanggup mempertahankan guru yang kini sebahagiannya menghadapi tekanan untuk mendisiplinkan murid.Ada yang menerima tekanan dan menjadi sasaran kemarahan ibu-bapa apabila mendenda dan memarahi anak mereka.

 

CABARAN.

EMOSI

Antara cabaran paling utama bagi guru alaf baru ialah pengendalian emosi yang baik.Kecemerlangan seorang guru di dalam pengajarannya tidak mungkin begitu andai dirinya tidak mampu mengawal emosi sendiri.Guru-guru harus memahami , pendidik masakini memang terlalu banyak tugasnya.Tetapi ianya harus dilihat dari sudut rasional dan kepentingan bersama.Seandainya emosi yang tidak berfikir secara waras , maka timbullah perasaan tertekan terhadap bebanan kerja yang sebenarnya merupakan tanggungjawab pendidik sendiri.Merungut bukanlah penyelesaian yang baik.Menyalahkan orang lain juga bukan suatu jawapan yang baik.Maka tidak lain dan tidak bukan, di dalam menghadapi beban yang pelbagai ini, strategi perlu disusun rapi.Pembahagian tugas perlu dilaksanakan dengan effektif.Berat sama dipikul , ringan sama dijinjing.

 

Memang guru juga insan biasa.Adakalanya berdepan dengan keadaan murid dan pelajar yang agak keterlaluan tindak tanduknya.Kita adakalanya pening memikirkannya.Mengapa dahulu, kita tidak melawan apabila dimarahi guru, walaupun adakalanya guru juga silap di dalam melaksanakan sesuatu tindakan.Saya pernah berhadapan dengan situasi di herdik murid sendiri.Diherdik oleh seorang murid 9 tahun dengan kata-kata yang kesat.Kesannya masih terasa sehingga ke hari ini.Menggeletar seluruh badan ketika itu.Saya buntu memikirkan bagaimana boleh terfikir seorang insan mengherdik gurunya sendiri yang sekian lama mendambakan diri memberikannya ilmu.Itulah juga rasanya tahap kesabaran saya diuji dengan begitu dahsyat sekali.Saya boleh membalasnya kembali malah menggunakan dendaan yang hebat sebagai balasan.Tetapi entah mengapa dari mana datangnya kekuatan untuk hanya bersabar dan tidak pun melawan, walaupun ketika itu maruah diri sudah disiat-siat dicalar.Saya belajar suatu perkara.Rupanya orang menghargai kesabaran tersebut.Insan yang hebat adalah insan yang mampu mengawal kemarahannya sendiri.Memang benar.

 

Saya percaya setiap guru pasti pernah menghadapi saat-saat getir menghadapi pergolakan emosi.Itu tidak termasuk konflik dengan rakan sekerja yang pasti memeningkan.Bagi guru-guru yang terpaksa berpisah beribu batu dengan keluarga tercinta, nilai kesabaran anda pasti dibalas Allah suatu hari nanti.

 

CABARAN MEMBANGUN MODAL INSAN DIRI INSAN GURU.

Sewaktu lawatan jemaah Nazir mahupun Pemantau Jabatan Pelajaran Negeri, antara perkara yang dibincangkan adalah dimana letaknya guru di tengah-tengah masyarakat.Sesetengahnya pula akan berbual dengan mungkin jawatankuasa masjid terdekat, ajwatankuasa penduduk terdekat.Ada atau tidak guru-guru yang tinggal berhampiran dengan kawasan tersebut melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan.tambahan pula guru tersebut merupakan seorang ustaz atau ustazah.Ada atau tidak menjenguk surau dan masjid.Memberi bingkisan tazkirah mahupun mengajar anak-anak mengaji Al-Qur’an.Bunyinya memang remeh.Sudahlah guru dibebani dengan bebanan tugas, ditambah pula dengan penglibatan dengan masyrakat.Tetapi itulah sebenarnya antara tanggungjawab seorang pendidik.Perlu turun bersama dengan masyarakat.Menjadi pemimpin, ahli jawatankuasa, penggerak dan sebagainya.Untuk itu, sudah pasti seorang guru pasti memiliki ciri-ciri keinsanan yang tinggi.Guru perlu bijak berkomunikasi dan pintar apabila diajak berunding.Mampu pula mengendalikan mesyuarat.Apatah lagi mampu mengimamkan solat dan memimpin majlis-majlis ilmu.Di sinilah diri insan guru diperlihatkan.Disinilah kredibiliti guru perlu dilonjakkan ke suatu mercu.masyarakat memerlukan anda.Adakah guru sudah bersedia dari pada sudut kemahiran dan ilmu?.guru yang rapat dengan masyarakat akan dipandang mulia dan dihormati kerana ketokohannya.

 

Cabaran tersebut merupakan asam garam yang perlu dilalui oleh seorang guru.Mahu tidak mahu ianya pasti dan harus dilalui bukannya dielakkan.Emosi yang harmoni pasti menghasilkan hasil kerja berkualiti.Manakala penglibatan dengan ahli masyarakat sebenatnya menguji daya tahan seorang guru mendepani masyarakat umum.

 

Ruzain Syukur mansor

www.akademipenulisbebas.wordpress.com


SURAM RASANYA MEI 2009 ..

May 15, 2009

Assalamualaikum..

Izinkan saya mencoret seribu rasa melalui kata ..

 

Mei setiap tahun pasti meriah dengan pelbagai cerita, artikel mahupun pengisian khusus untuk menyambut ketibaan hari guru.Tetapi maafkan saya, tidak untuk tahun ini.Sambutan hari guru 2009 nampak sedikit sepi.Ini jelas dilihat melalui kurangnya lontaran artikel mengenai “guru” di media massa.Saya faham, mungkin kita kekurangan kolum di media perdana , ada isu yang lebih bersifat perdana  untuk diisi.

 

Namun, kita harus rasa bersyukur, masih ada lagi insan ataupun penulis yang sudi untuk berkongsi rasa dan harapan.Masih ada pena yang masih insaf tentang jasa-jasa guru.Lantas, guru dibela, walau melalui mata pena.Siapalah kita tanpa guru.Guru melihat muridnya dengan mata hati.Mereka tahu tahap perkembangan anak didik kerana sekurang-kurangnya 8 jam sehari mereka bersama di sekolah.Itulah sebabnya ada di kalangan guru yang kecewa apabila media terlalu mudah menyalahkan guru apabila timbul sesuatu isu.

 

Sehari dua ini blog akademipenulisbebas saya ini sibuk dengan pencarian kata kunci “guru”  “pendidik” dan seumpama denganya.Sementelah banyak tulisan yang tercatat berkisar tentang dunia pendidikan dan perguruan.Saya seorang Guru!, jadi siapa lagi yang ingin diharapkan untuk membela nasib guru andai tidak seorang guru?.baru-baru ini saya terbaca tulisan seorang editor kanan di sebuah syarikat penerbitan melalui blognya.Beliau mengulas tentang bagaimana hasil tulisan seorang guru melalui manuskrip yang dieditnya mengenai kehidupan remaja di sekolah.Rencah perjalanan hidup seorang remaja tersebut begitu hidup.memanglah! seorang guru dapat melihat dengan secara langsung tentang perkembangan seorang kanak-kanak sehinggalah bergelar remaja.Memang patut sangatlah penceritaan novel guru tersebut digelar sebagai ‘hidup’.

 

Inilah kelebihan seorang guru.Guru dapat melihat perkembangan emosi dan jasmani seorang insan samada kanak-kanak, remaja mahupun dewasa secara jelas di depan mata.Ragam dan rengekan kanak-kanak, keasyikan remaja bermain emosi semuanya boleh diceritakan hasil pengalaman berhadapan dengan murid dan pelajar.Itu tidak termasuk ragam manusia pelbagai diwakili ibu-bapa, tukang kebun, kerani, pegawai pendidikan dan sebagainya.Semuanya memerlukan gaya santunan dan layanan penuh hikmah.

 

Itu sebabnya seorang guru memang mudah mesra dengan insan yang lain.Hari ini sahaja saya berhadapan dengan 360 orang murid di sekolah.Ada 33 orang guru dan rakan sekerja juga yang perlu dilayan.Minggu lepas saya dikunjungi 15 orang nazir daripada Jemaah Nazir Selangor.Bermaksud saya berhadapan dengan hampir 400 jenis karakter dan personaliti yang berbeza.

 

Itulah sebabnya juga kita akan berasa cukup asyik apabila membaca memoir atau kisah hidup seorang guru.Amat banyak yang akan diceritakan.Begitulah.Saya yakin bahawa di kalangan pengunjung blog saya ini sebahagian besarnya adalah guru.Tulislah pengalaman anda.Pasti menarik untuk dikongsi.Guru dan dunia penulisan dipisah tiada.Jadi ayuh kita rancakkan penulisan tentang pendidikan dan perguruan di ambang sambutan Hari Guru 2009 ini.Jangan biarkan sambutan kali ini suram dek kelalutan polemik masyarakat yang pelbagai.

 

SELAMAT HARI GURU!.

Saya meraikanhari guru bersama murid-murid SK Bandar Baru Selayang 2 essok.Dijemput untuk mengendalikan Program Kepimpinan Pengawas sekolah.Begitulah guru.Berkhidmat untuk membangun ummah

 

Syukur

akademipenulis bebas


WARKAH IBU

May 8, 2009

Assalamualaikum..

Dulu, sewaktu kita kecil , kita sering bercita-cita nak jadi, doktor, guru, arkitek, macam-macam lagi.Ibulah tempat kita mengadu.Ibu tak pernah menyanggah pendapat kita.Ibu tetap cuba tolong anaknya siapkan kerja sekolah.Begitulah ibu sebelum kita belum berjaya.Senang susah ibu dipendam dalam hati..Sampailah kita berjaya.

 

Bila kita dewasa, kita sudah berjaya tunaikankan hasrat ibu..jadi doktor, guru, macam-macam lagi.Di waktu itulah ibu mengharapkan kita anaknya berkongsi senang dan susah.Kadang-kadang, ibu terlalu rindu sangat dengan kita.Ditunggunya panggilan kita.Didailnya telefon mengharapkan dilayan anak-anaknya.Mesyuaratlah, on-call lah, telefon semulalah..sampai hatimu nak.Terguris hati ibu.Itulah kita kadang-kadang..Jarang sangat nak telefon ibu bertanya khabar.Sibuk sangat dengan urusan dunia.Sedangkan ibu jarang merungut sewaktu membesarkan anaknya.

 

Ingatlah, selagi ibu masih ada, jangan sia-siakannya.Telefonlah paling kurang, dengar suaranya, tanya apa sakit dan keprluannya.Ucapkan Saya Sayaaaang ibu..

 

Cabaran hidup berkerjaya memang begitu.Kesibukan duniawi bukanlah alasan untuk tidak mempedulikan ibu.Selagi hayat dikandung badan, selagi diri masih bernyawa, ucapkanlah kata-kata membahagiakan hati seorang ibu.Biarlah hidupnya sentiasa ceria dengan panggilan anak dan cucu.Bukan wang ringgit menjadi taruhan.Tetapi kasih anak-anak, gelak tawa seperti dulu, gurau senda ..semuanya untuk ibu..

 

Ibu..Selamat Hari Ibu, Dulu..Kini..dan Selama-Selamanya.Terima Kasih ibu.

Saya sudah hubungi ibu sebentar tadi..anda bagaimana?

 

Ruzain Syukur

www.akademipenulisbebas.wordpress.com