SMART MUKMIN @ MASJID NURUL HIDAYAH

February 20, 2010

NICE LINK..


BENGKEL PENULISAN KREATIF PERTAMAKU..

February 20, 2010

Membaca, menulis dan akhirnya berkongsi.
Ada 1 entry di dalam blog ini di mana saya melahirkan impian untuk cuba berkongsi dengan khalayak tentang penulisan.21 Februari 2010 ia menjadi kenyataan.Cubaan pertama mengendalikan Bengkel Penulisan Buletin untuk Belia Masjid di Taman Medan dan dato’ Haron.Bunyinya memang agak ringan sahaja.Tetapi bukan mudah untuk cuba menimbulkan minat menulis di kalangan belia yang pelbagai.

Mungkin hanya ada yang suka membaca tetapi tidak suka menulis.Mungkin ada yang suka menulis tetapi tidak suka membaca.Ringkasnya, cabaran bagi menjadi pembentang berkesan di dalam bengkel penulisan adalah untuk memahami khlayak peserta bengkel.Itu andaian awal sebelum mengendalikan bengkel.

Persediaan?.Pengalaman terdahulu menjadi taruhan utama.Alang-alang di beri peluang, biar turut sama memotivasikan khalayak peserta.Mungkin ada 1-2 pilihan kata yang menarik minat mereka untuk berjinak-jinak dengan dunia penulisan.

Jadi, biar pengalaman pertama ini menjadi taruhan untuk terus matang.Menulis sudah, kini tiba masa berkongsi.Memotivasi, membantu, seterusnya mencurah idea.

-Ruzain-