MENULIS SUDAH, BERBENGKEL PULA

March 30, 2010

.Assalamualaikum.
Usai sudah Bengkel Penulisan Buletin Remaja di Bukit Jelutong.Ini bengkel penulisan kedua.Tetapi yang pertama sesudah Buku Tip Urus Kelab Remaja berada di tangan.Terharunya bila pihak penganjur menjadikannya sebagai hadiah kepada pemenang Peraduan Pemilihan nama Kelab Remaja .Wadah Basyiroh.

Menulis dan berkongsi sememangnya memang sinonim.Walaupun penat, itu tanggungjawab sosial.Berkongsi serta memotivasikan.Tambahan pula untuk adik-adik remaja yang harus dicungkil bakatnya.Walaupun semudah menulis buletin.

Sudah mula berkeyakinan untuk mengendalikan kursus penulisan sebegini.Perlu fahami sasaran, tidak meleret dan ada fokus.

Bertemu lagi dengan mereka minggu hadapan.Kali ini Bengkel Penulisan dalam Blog.masing-masing nampaknya teruja.Insyaallah akan tampil dengan lebih tersusun lagi.Terima akh Azhar atas kerjasama yang di berikan.Buat adik-adik peserta Bengkel Penulisan di bukit Jelutong, teruskan minat dan bakat yang ada.

Hasil yang mantap bermula daripada usaha yang kecil.Sebuah kejayaan bermula daripada langkahan pertama.

Ruzain Syukur Mansor
Penulis Buku Tip Urus Kelab Remaja


BUKU TIP URUS KELAB REMAJA MASJID SELAMAT DILANCARKAN

March 29, 2010

Al-Hamdulillah, 28 Mac 2010, di Pesta Buku PWTC, akhirnya buku saya bersama Cikgu Azmi “Tip Urus Kelab Remaja Masjid” selamat dilancarkan. Perasaan bercampur gaul.Sukar di gambarkan.Ucapan tahniah, sms rakan-rakan silih berganti-ganti.Subhanallah.

Ucapan tahniah dan saat dipanggil ke pentas memperaga buku bagai menghilangkan penat bersengkang mata mencurah idea.Rupanya itu penangan menjadi penulis.

Pentas itu juga turut dikongsi bersama Pak Utih, motivator JIM yang terkenal dalam memintal rasa kasih dan sayang sang suami terhadap isterinya.

Malah, bertuah juga rasanya dapat berkongsi pentas dengan Dr Hafizi, yang cukup hebat semangatnya dengan perjuangan mempertahankan Palestin.Hebat dan mantap sekali ulasan bukunya.

Terima kasih Dr Harlina Siraj yang melancarkan buku tersebut.

Buku Tip Urus Kelab Remaja dihasilkan hasil daripada pengalaman mengurus aktiviti remaja di masjid dan surau sekitar Lembah Klang.Terima kasih diatas didikan Cikgu Azmi Musa yang saya anggap sebagai mentor dakwah remaja.

Lantas buku ini sebagai buku panduan lengkap merencana program dakwah untuk pelbagai peringkat.walaupun ianya untuk remaja , tetapi boleh menjadi rujukan umum khususnya melaksanakan program dakwah.

Sesuai untuk aktivis dakwah remaja, Guru, Ketua Panitia, malah GPK Kokurikulum serta sesiapa sahaja yang berminat dengan usaha membangun modal insan.

Persediaan melaksanakan program, panduan ketika melaksanakan program serta tindakan pasca program dimuatkan di dalam buku ini.

“Boleh digunakan di IPT?”, tanya seorang pembeli buku ini tempoh hari kepada saya.

“Masakan tidak.Sesuai untuk menjadi modul TOT untuk panduan kepada pelaksana program pembangunan modal insan.”, tambah saya lagi.

Anda ingin dapatkan buku ini.
1. SMS kan alamat anda ke nombor saya Ruzain Syukur 019-2103267 .

2.Saya akan berikan langkah seterusnya iaitu nombor akaun Maybank saya

3.Bank-in RM25 (termasuk kos Pos)

4.Sahkan pembayaran

5.Buku akan di hantar ke alamat rumah anda

Semoga dapat berkongsi!

Ruzain Syukur Mansor
Penulis Buku
Tip Urus Kelab Remaja Masjid
019-2103267
ruzainsyukur_masnor@yahoo.com
akademipenulisbebas.wordpress.com


KUTEMUI SEMANGAT BARU..BUKU TIP URUS KELAB REMAJA MASJID UNTUK SEMUA

March 26, 2010


Pesta Buku kali ini amat istimewa.Jika tahun sebelum-sebelumnya terasa biasa-biasa saja kerana membeli dan menatap buku karya orang lain.Tahun ini ada nilai tambah yang memberi inspirasi.

Buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid karya saya bersama Cikgu Azmi sudah sedia dilapah dan dihadam para penggemar buku.Sambutan terhadap buku itu masih sukar di jangka.Baru masuk dua hari (setakat 27 Mac 2010).

Cabaran bagi penulis bukan sahaja menunggu buku yang ditulis berjaya diterbitkan, tetapi yang lebih penting sampaikah atau tidak kepada khalayak pembaca.Bagaimana pemasarannya, sanggupkah pembeli mendapatkannya.Walaupun itu bidang kerja syarikat produksi, tetapi itu antara perkara yang penulis harus turut sama membantu.

Buku ini buku dakwah.Jadi, apakah berjaya dibaca oleh pendakwah.Buku ini juga sesuai untuk warga guru.Penting bagi mengurus anak-anak didik.Hebat pengurusan programnya.Lantas teratur perjalanan kelabnya.

Buku ini saya inspirasikan untuk semua pembaca umum mahupun para pendakwah.Walaupun tajuknya mengurus kelab remaja masjid, namun ia sesuai diaplikasikan untuk mengurus mana-mana kelab remaja.

Anda seorang guru?, lagi bagus, sekurang-kurangnya ada panduan di dalam buku ini tentang bagaimana untuk menjalankan pelbagai pilihan aktiviti dan program.daripada sebelum program, semasa dan selepas program.Ide, inovasi program dakwah juga diselitkan.

Guru Pembimbing Kelab Agama Islam?.Lagi bagus jika anda mahu miliki buku ini.Mudah nanti mengurus kelab ini.Program dakwah dan aktivitinya disusun mengikut citarasa remaja.

Anda Ketua Panitia?, pun boleh miliki buku saya ini.Mudah nanti merancang aktiviti panitia sepanjang tahun khususnya untuk anak murid tercinta.Pilih sahaja aktivitinya.Outdoor, indoor, semua ada.Pilih, bincang, rancang dan terus laksana.

Anda AJK Masjid dan surau?.Memang rugi jika tuan tidak miliki buku ini.Ini panduan yang agak lengkap untuk mengurus remaja dan belia di masjid.Pilih saja topik pilihan.

Menubuhkan kelab remaja masjid? tapi tidak tahu bagaimana?.Buku ini lengkap dengan panduan menubuhkan kelab sehingga menguruskan mereka.Tambah menarik siap dengan pilihan program yang mahu dijalankan.Siap dengan checklist dan panduan pelaksanaan.

Cara nak mendapatkan buku ini?.Sehingga ke hari ahad ini 28 Mac 2010 (Pesta Buku Antarabangsa), anda boleh dapatkan buku ini di Booth JIMMedia, di ruangan legar hadapan PWTC.Jika mahu berjumpa saya dan Cikgu Azmi (penulis), jemputlah ke majlis perasmian buku ini pada jam 1pm hari ahad 28 Mac 2010.

Selepas Pesta Buku, hubungi saya di talian 019-2103267 (Ruzain Syukur) , boleh sms pertanyaan atau hubungi.Boleh email juga sebarang maklum balas ke email saya di ruzainsyukur_mansor@yahoo.com Berikan alamat dan saya berikan prosedur pembayaran.InsyaAllah saya hantarkan buku.Nanti akan saya updatekan senarai kedai-kedai yang menjual buku ini di kawasan anda.

Jom urus kelab remaja! Kini anda ada panduannya..

RUZAIN SYUKUR B MANSOR
Penulis buku
Tip Urus Kelab Remaja Masjid
019-2103267
ruzainsyukur_mansor@yahoo.com


PELANCARAN BUKU TIP URUS KELAB REMAJA MASJID DI PESTA BUKU PWTC

March 25, 2010


ASSALAMUALAIKUM..
Makluman untuk rakan dan taulan yang banyak memberikan inspirasi dan motivasi kepada saya selama ini.

PELANCARAN BUKU TULISAN SAYA DAN CIKGU AZMI MUSA BERTAJUK TIP URUS KELAB REMAJA MASJID.

Tarikh pelancaran:28 Mac 2010
Masa:1-2 petang
Tempat:Pentas Utama Pesta Buku Antarabangsa PWTC
Acara:Pelancaran buku dan sesi bersama penulis.

Datang jangan tak datang..

Ruzain Syukur B Mansor


PESTA BUKU YANG MENDEBARKAN..

March 25, 2010

Pesta Buku PWTC tahun lepas saya sempat bergurau dengan Pak Utih, salah seorang aktivis JIM yang aktif, “Pak Utih, biasanya kalau dah ada buku pertama , mesti terbit nanti buku ke sepuluh”.Gurauan saya itu di sambut dengan senyumannya.

Tahun ini lebih menarik.Saya berkesempatan berkongsi pentas dengan Pak Utih untuk sama-sama melancarkan buku.28 Mac 2010 jam 1pm di pentas utama Pesta Buku PWTC.

Beberapa entry sejak blog ini diwujudkan banyak berkisar tentang penulisan Buku Tip Urus kelab Remaja Masjid karya saya bersama Cikgu Azmi Musa, mentor dakwah saya.Alhamdulillah impian untuk buku itu diterbitkan menjadi kenyataan.Apatah lagi di lancarkan ketika Pesta buku PWTC.Tidak tergambar rasanya.

“Lain ya rasanya”, ringkas sapaan Saudara Zamri Mohammed, rakan penulis saya yang memang hebat dengan buku-buku yang menginspirasikan.Terima kasih Saudara Zamri kerana sentiasa menjadi pendorong.Menanti saat buku diterbitkan memang menyeksakan.Benarlah kata orang penantian suatu penyeksaan.Saat buku bakal diterbitkan pula, hati semakin berdebar.Apakah diterima khalayak nanti?.

Rupanya ada cetusan motivasi di balik berita tarikh pelancaran buku tersebut.Momentum semangat yang tidak sepatutnya di biarkan sepi begitu saja.Manuskrip buku motivasi remaja Aduhai Remaja menanti untuk dibereskan.

Perbincangan positif dengan Puan Aina Emir (KarnaDya) memberikan impak positif.Buku ke dua bersama KarnaDya?.InsyaAllah jika ada rezeki.

Apapun terima kasih warga JimMedia yang banyak membantu.Cikgu Azmi, rakan penulis dan mentor saya , anda insan yang hebat.

Nantikan entry seterusnya….dan jangan lupa jom sama-sama ke Pentas Utama Pesta Buku PWTC ahad (28 Mac 2010) jam 1pm-2pm.

Ruzain Syukur mansor


PESTA BUKU ANTARABANGSA 2010 DI PWTC

March 14, 2010