MENYINGKAP TABIR SENGSARA ANAK PALESTIN

January 3, 2009

Saudaraku;

Di saat ini anak-anak palesti sedang menghadapi pembantaian yang hebat daripada Israel.Wajarkah anak kecil yang tidak berdosa ini menjadi mangsa kerakusan kaum penjajah yang tidak berhati perut ini?Di manakah hati dan perasaan mereka.Sudah hilangkah kewarasan akal dan fikiran.

Anak kecil itu akan terus kehilangan ayah dan ibu.hatinya melonjak inginkan ayah kembali.Namun tenggelam dek letupan  mortar dan senjata pengganas yang rakus meragut nyawa.

Di mana kita saudaraku? sambutlah linangan air mata anak Palestin dengan doa memohon mereka diselamatkan Allah.Jangan lupa panjat kan doa saudaraku.

 

Ruzain Syukur


Impian hampir kini jadi realiti

January 3, 2009

Assalamualaikum..

 

Alhamdulillah, saat ini hati berbaur duka dan gembira.Transkrip buku A to Z:Panduan Urus Remaja Masjid telah menarik hati akhi Wan Zukri,  GM Read Netwok.”Bila nak submit semua ni?’ katanya lagi.Ya lagi beberapa peratus sahaja titipan tambahan untuk buku ini ‘masuk kedai’ bagi tujuan editing.

Catatan ini bukan untuk menunjuk0nunjuk, tetapi luahan hati setelah manuskrip buku Dakwah & IT terperap di rumah ti dak kemana.Sekurang-kurangnya persetujuan akhi Wan untuk menerbitkan buku ini mengubat kedukaan lalu.

Sepatutnya editor atau pengarah syarikat penerbitan perlu dirunding sebelum menulis buku.Format dan lay-out kegemaran publisher tersebut aka diterangkan.Jadi bersedialah untuk mengikut rentak dan gaya penulisan mereka.

Proses penerbitan gaya publisher pilihan perlu difahami.Ada risiko andai manuskrip yang hanya sudah siap ditunjuk kepada pihak publisher.Ada kemungkinan gaya penulisan dan format manuskrip berlainan dengan apa yang diingini editor.

 

Jadi, langkah seterusnya, moga-moga manuskrip buku ini dapat disiapkan dengan segera agar dapat segera ditelusuri semua.InsyaAllah, pengalaman membukukan pengalaman dakwah ini dapat ditulis dan dibukukan buat menggalak pendakwah muda menjadi penulis.

Terima Kasih kepada Cikgu Azmi kerana menjadi rakan penulis yang sentiasa dengan idea yang hebat.

Ruzain Syukur