Assalamualaikum…
Baru-baru ini saya dikunjungi satu e-mail daripada editor sebuah majalah penerbitan yang terkemuka di tanah air.Dengan nada yang agak kasar beliau menegur tindakan saya menghantar artikel yang sama kepada beberapa editor di bawah bumbung yang sama.Ianya menyalahi editor penulisan katanya.Seolah-olah MENABUR-NABUR artikel merata-rata katanya.
Saya dengan rendah diri respon kepada e-mail terseebut.saya bertanya memohon kepastian di bawah akta cetak manakah salah untuk menghantar artikel yang sam kepada beberapa editor berlainan, sedangkan hasil cipta penulis adalah hak mutlak pencipta.Sukahati penulis lah untuk diterbitkan di mana-nana ruangan.
Dilema yang dihadapi oleh penulis kebanyakanya mereka tidak menerima respon daripada editor samada artikel yang dihantar akan diterbitkan atau tidak.Adakah salah untuk mencuba menerbitkan kepad editor yang lain?.,
Keesokan harinya keluar pula suatu artikel di Mingguan Malaysia seolah-olah marah-marah kepada penulis yang menghantar lambakan artikel kepada editor yang pelbagai.Samada disengajakan atau kebetulan ditimbulkan di dada akhbar, perkara ini sebenarnya mengguris hati penulis bebas, seolah mereka ini suka menabur-nabur , sedangkan artikel yang dikirim adalah bersifat memudahkan tugas editor merancang penerbitan.
Wallahuaklam, saya tidak ingin menuduh siapa yang menulis artikel tersebut, mungkin kebetulan ianya keluar sehari setelah saya dituduh sebagai penabur artikel…
Apapun dunia penulisan artikel sebenarnya mempunyai masa depan yang cerah.Walaupun penulis bebas di Malaysia bukanlah journalist.Dan bukanlah semua editor majalah mempunyai kelulusan dari bidang journalism ( Lihat artikel Konflik Editor dengan Penulis :Utusan Malaysia tulisan Razali Endon)dan Cabaran menjadi Editor -Tulisan Roosfa Hashim Utusan Malaysia , namun janganlah kita saling salh menyalahkan sesama sendiri.Bersamalah mengembangkan idea demi kebaikan bersama.Suburkanlah budaya menulis .Selamat berkarya
wacanasyukur
akademipenulisbebas.wordpress.com
wacanasyukur.wordpress.com
Assalam alaikum,
Saya sudah membaca artikel Tuan di Utusan Malaysia hari ini. Tahniah atas minat dan dorongan yang tinggi dalam berkarya.
Sememangnya dalam isu ini, kredibiliti organisasi adalah perkara paling penting bagi memastikan mereka terus dalam dunia bisnes buku dan akhbar.
Apabila sebuah artikel dihantar merata-rata, khususnya dalam medium yang sama, ia akan memberi persepsi yang buruk kepada penerbit oleh pembaca.
Sebagai contoh, (memetik pengalaman sendiri) saya ditegur oleh editor akhbar empat tahun lalu bahawa tindakan menghantar artikel yang sama pada dua akhbar berbeza akan membunuh salah satunya.
Misalnya akhbar A mengeluarkan rencana kita hari ini, kemudian akhbar B mengeluarkan rencana yang sama esok hari. Dalam tempoh 24 jam akhbar B akan mendapat reputasi buruk kerana dianggap mencedok akhbar A dan lambat (dasar editorial berbeza)
Jadi sebagai penulis bebas, kita juga membantu mereka dari segi menjaga kredibiliti penerbitan.
Ada juga penulis bebas yang disenarai hitamkan apabila melakukan perkara demikian. Ia dilakukan dengan hubungan sesama editor di majalah dan akhbar lain dalam majlis-majlis media. Perkara ini saya ketahui kerana terdahulu saya juga wartawan bebas.
Tahniah sekali lagi!
ZAMRI MOHAMAD
Penulis
Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas
www.http://tipjadipenulis.wordpress.com/
Terima kasih di atas perkongsian..
Kita punyai minat yang sama mungkin boleh berjumpa berbual bicara suatu hari nanti
syukur
akademipenulisbebas.wordpress.com