SABAR-TEMAN PENULIS YANG PALING AKRAB

Image

Sabar-itu teman penulis yang paling rapat. Pada saat ini , saya sedang menanti keputusan samada manuskrip Travelog Penulis Bebas-Transformasi Blog ke Buku yang kini sudah berada di tangan editor sebuah syarikat penerbitan di Shah Alam diterima atau ditolak.

Seperti biasa, sesudah bertanya khabar, saya bersangka baik dengan editor. Memang itulah keadaan yang harus dilalui oleh penulis baru seperti saya.

Samada diterima atau ditolak juga antara kemungkinan yang harus diterima. Kemungkinan sesebuah manuskrip itu diterima oleh syarikat penerbitan adalah keadaan manuskrip tersebut sendiri. Adakah ianya mengikut dasar penerbitan penerbit atau tidak? Ini termasuk jumlah muka surat, gaya bahasa dan sebagainya.

Manuskrip Travelog Penulis Bebas jika diterbitkan adalah buku ke-4 saya. Ia agak unik kerana memaparkan suka duka kehidupan seorang penulis yang sedang mendaki puncak kegemilangan. Ia perihal jatuh bangunnya seorang penulis bebas. Misinya sangat besar, supaya segala rintangan dan konflik serta tribulasi yang pernah dihadapi akan menjadi panduan kepada para penulis baru.

Apapun, Allah yang mampu menggerakkan hati editor. Saya berserah. Bersabar dan menanti dengan penuh sabar.

Ruzain Syukur Mansor

2 Responses to SABAR-TEMAN PENULIS YANG PALING AKRAB

  1. Syafiq Shaharuddin says:

    bagaimana petua, kalau boleh untuk dikongsikan kepada saya untuk mula-mula berkecimpung untuk menjadi penulis bebas. Saya ada artikel kerana saya menulisnya sebagai motivasi saya sendiri. Tapi saya rasakan, tiba masanya untuk saya berkongsi idea yang saya ada supaya dapat bercambah ilmu di dalam dada. Mohon perkongsian Encik Ruzaini, terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: