MASJID MEDAN DAKWAH REMAJA..

Tengahari tadi begitu cerah mata saya menatap wajah khatib Masjid Negeri.Khutbahnya begitu mengujakan saya.

Antara isi pentingnya:
-Masjid sebagai medan ilmu, dakwah, pentadbiran muslim
-Menjadikan masjid sebagai medan dakwah dan tarbiah
-Keperluan Memperkasakan institusi masjid.
-Menjadikan masjid sebagai medan dakwah remaja
-Masjid sebagai medan dakwah dengan pelbagai program remaja, program motivasi malah rekreasi (sukan) dan pelbagai lai.

Justeru, usaha memperkasakan dakwah remaja di masjid bukan suatu perkara enteng.Malah di sebut di dalam khutbah.Persoalan ini juga di tulis dalam makalah, artikel di surat khabar malah jurnal akademik.Malah, bukan tiada thesis master membicarakan perihal dakwah remaja dan hubungkait dengan remaja.

Semuanya dengan nada yang sama.Dakwah remaja di masjid amat penting.Tetapi ramai yang terlupa persoalan aspek “BAGAIMANA INGIN MELAKSANAKAN”

Pengalaman mengendalikan program-program dakwah remaja di masjid berdepan dengan cabaran yang besar.Kekurangan dana, aktivis kurang aktif dan pelbagai lagi.

Namun, itulah cabaran dalam bedakwah.Kebelakangan ini, dakwah remaja masjid kian mendapat tempat.Banyak masjid yang kini sudah mempunyai gelanggang futsal.Lihat sahaja masjid Negeri Shah Alam.Ini kaedah menarik minat remaja ke masjid.Beriadhah, masuk waktu untuk solat..bersolat terus di masjid.Bagus bukan?.Ini persoalan fasiliti.Kesanggupan.Keberanian untuk berhadapan dengan realiti.

“Kami bukan tak mahu buat program remaja, tapi tak tahu bagaimana nak mula”.

Betul juga.Aspek pengendalian program remaja bukan boleh dibuat sembarangan.Lain jadinya nanti.Persoalan latihan untuk penggerak amat penting sekali.Latihan merancang program, mengendalikan program sehinggalah melaporkan perjalanan program.Itu semua perlu dipelajari.Peluangnya tidak banyak tetapi boleh diperolehi.

Terbaru, KURSUS PERKADERAN PENDAKWAH “MEMPERKASA DAKWAH MENDEKATI REMAJA” anjuran masjid Negara khusus untuk para aktivis dakawah remaja.Buat memperkasa usaha dakwah untuk orang muda.Program sebegini perlu dilaksanakan dan diperluaskan sehingga ke lapangan.Baru yakin nak mulakan langkah.

Saya bakal turut serta dalam kursus sebegini.Buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid saya itu telah membicarakan perkara-perkara di atas.Ini perkara penting.Mari sama-sama berkongsi.

Ayuh jadikan Dakwah Remaja Masjid suatu gagasan.Bukan hanya omongan kosong.Dan bukan hanya terperuk salam Buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid. sahaja.Ayuh mulakan langkah!


Ruzain Syukur Mansor
Penulis Buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid..
019-2103267
sms no. saya ini untuk mendapatkan buku tersebut.Akan diposkan kepada anda..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: