PENA INI MENULIS LAGI..

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Pena ini menulis lagi;

Bulan ini sahaja beberapa artikel tulisan saya menyinggahi kotak lay-out majalah.Terbaru artikel  Peranan guru j-QAF di abadikan editor Majalah Pendidik Nov 08.Semangat yang kini semakin melonjak girang apabila karangan pena diterima ramai.Rupanya inilah kegembiraan seorang penulis , dapat diterima untuk berkarya lantas menyebar info terkini buat tatapan massa.

 

Pencarian Idea..

Benarlah penulis sebenarnya ‘observant’ orangnya.Melihat sesuatu dengan mata hati lantas pantas mencoretkannya menjadi suatu luahan rasa.Bagi penulis baru, belajar lah melihat dengan mata hati, peka lah dengan sesuatu se peka mungkin.Pencarian idea rumit rupanya.Tetapi apabila ia datang , rasanya tiada apa suatu pun yang dapat menghalangnya dari tercerna indah di bait-bait puisi mahupun rencana.menjadi insan’observant’ ini menjadikan kita perihatin rupanya.Perihatin dengan keadaan kehidupan, persekitaran dan sebagainya.Alangkah indahnya menjadi penulis.Sentiasa peka kepada bahan bacaan , walau pun diamana ketika itu.membaca tanpa kira tempat asalkan minda mencerna sesuatu.

 

jadilah minda anda sehebat minda seorang penulis yang sentiasa berfikir terhadap kemaslahatan orang lain.membantu menjana idea buat si pembaca melestarikan kehidupan.Semoga budaya membaca dan menulsi ini bakal pula menjadi hobi sebutan anak-anak masakini dan tidak lagi terikat dengan hobi klise ‘memancing’ , ‘mengumpul setem’ dan sebagai nya

 

Sekian

Syukur

Leave a comment