BUKU TIP URUS KELAB REMAJA MASJID SELAMAT DILANCARKAN

Al-Hamdulillah, 28 Mac 2010, di Pesta Buku PWTC, akhirnya buku saya bersama Cikgu Azmi “Tip Urus Kelab Remaja Masjid” selamat dilancarkan. Perasaan bercampur gaul.Sukar di gambarkan.Ucapan tahniah, sms rakan-rakan silih berganti-ganti.Subhanallah.

Ucapan tahniah dan saat dipanggil ke pentas memperaga buku bagai menghilangkan penat bersengkang mata mencurah idea.Rupanya itu penangan menjadi penulis.

Pentas itu juga turut dikongsi bersama Pak Utih, motivator JIM yang terkenal dalam memintal rasa kasih dan sayang sang suami terhadap isterinya.

Malah, bertuah juga rasanya dapat berkongsi pentas dengan Dr Hafizi, yang cukup hebat semangatnya dengan perjuangan mempertahankan Palestin.Hebat dan mantap sekali ulasan bukunya.

Terima kasih Dr Harlina Siraj yang melancarkan buku tersebut.

Buku Tip Urus Kelab Remaja dihasilkan hasil daripada pengalaman mengurus aktiviti remaja di masjid dan surau sekitar Lembah Klang.Terima kasih diatas didikan Cikgu Azmi Musa yang saya anggap sebagai mentor dakwah remaja.

Lantas buku ini sebagai buku panduan lengkap merencana program dakwah untuk pelbagai peringkat.walaupun ianya untuk remaja , tetapi boleh menjadi rujukan umum khususnya melaksanakan program dakwah.

Sesuai untuk aktivis dakwah remaja, Guru, Ketua Panitia, malah GPK Kokurikulum serta sesiapa sahaja yang berminat dengan usaha membangun modal insan.

Persediaan melaksanakan program, panduan ketika melaksanakan program serta tindakan pasca program dimuatkan di dalam buku ini.

“Boleh digunakan di IPT?”, tanya seorang pembeli buku ini tempoh hari kepada saya.

“Masakan tidak.Sesuai untuk menjadi modul TOT untuk panduan kepada pelaksana program pembangunan modal insan.”, tambah saya lagi.

Anda ingin dapatkan buku ini.
1. SMS kan alamat anda ke nombor saya Ruzain Syukur 019-2103267 .

2.Saya akan berikan langkah seterusnya iaitu nombor akaun Maybank saya

3.Bank-in RM25 (termasuk kos Pos)

4.Sahkan pembayaran

5.Buku akan di hantar ke alamat rumah anda

Semoga dapat berkongsi!

Ruzain Syukur Mansor
Penulis Buku
Tip Urus Kelab Remaja Masjid
019-2103267
ruzainsyukur_masnor@yahoo.com
akademipenulisbebas.wordpress.com

4 Responses to BUKU TIP URUS KELAB REMAJA MASJID SELAMAT DILANCARKAN

  1. hatta says:

    Assalammualaikum ustaz,

    Tahniah atas kejayaan ini..aku akan terus sokong n doakan hang terus berjaya dalam lapangan yang diceburi…
    Teruskan usaha dakwah ini!!
    jgn lupa, aku pun nak dapatkan buku tu…

  2. Fahzan says:

    Salam Akhi,

    Tahniah di ucapkan penghasilan buku tersebut dengan
    pengalaman anta dengan Cikgu Azmi yang mantop dengan
    pengalaman membimbing remaja. X ajak akhi Ridzuan
    buat sama penulisan ? Lama tak jumpa antum semua, masa
    ana di kl boeh jumpa dalam program. Skrg ni kerja di
    Dungun, Terengganu ^_^. InsyAllah ada kelapangan
    boleh jumpa antum. Teruskan perjuangan antum semua.

    • ruzainsyukur says:

      Waalaikumussalam.
      Syukran kerana sudi bertamu.Penulisan sememangnya lubuk dakwah alaf baru.Baru-baru saja nak berjjinak , insyaAllah moga-moga membantu untuk usaha dakwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: