KUTEMUI SEMANGAT BARU

Alhamdulillah, baru segar rasanya setelah mendapat rehat yang cukup.Walaupun kursus Pembinaan Modul Kokurikulum Dakwah yang berakhir semalam tidak melibatkan aktiviti fizikal, tetapi amat menggunakan daya kreativiti minda yang cukup maksimum.Lemah rasanya badan setelah memerah idea menghasilkan manual dan modul untuk program dakwah pelajar pelbagai latar belakang.InsyaAllah akan dibukukan dan diedarkan ke sekolah-sekolah Selangor.

 

Syabas dan dan tahniah kepada ustaz Shopuan Anuar, penolong Pengarah Kanan Dakwah , Jabatan Pelajaran Selangor yang mengusahakan inisiatif ini.

 

SEMANGAT BARU.

Ustaz Shahrul Azmi, Jurulatih Penulisan Selangor di dalam ucapan penggulungan bengkel menghasilkan manuskrip “Guru Jutawan Akhirat” nya menggariskan beberapa perkara berikut:

  1. Penulis buku meninggalkan legasi.Memang betul, matinya seorang penulis tetapi meninggalkan amal melalui penulisannya selagi dibaca orang.Apatah lagi seruan penulisan di buku yang ditulisnya diamalkan orang.
  2. Para jurulatih perlu berada bersama madu’ secara fizikal untuk berdakwah, tetapi penulis hanya memastikan buku dakwah tulisannya bersama madu’ tanpa perlu berada bersama mereka.Bermaksud, penulis boleh bersifat sebagai pendakwah bagi beratus orang malah beribu insan pada satu-satu masa dengan syarat karya tulisannya berda di tangan ,madu’ tersebut.
  3. Siapalah daie’ tanpa travelog dakwah.Sepatutnya pengalaman dakwah para daie ditulis dan dibukukan.pendakwah seorang yang kreatif.Banyak sekali pendekatan yang digunakan yang boleh dikongsi  jika dibukukan sebagai catatan travelog dakwah.Saya sokong pendapat ini.Lihat saja buku Travelog Dakwah Menuju Hari Esok karya Prof Kamil UiTM Johor.Kini menjadi best seller dan menjadi inspirasi para daie’.

 

Saranan ini disokong oleh Ustaz Shopuan Anuar Sendiri, katanya:”Kita boleh kuburkan jasad penulis ini, tetpi tidak mindanya”.Betul! saya setuju.Itulah sebabnya ada di kalangan penulis hebat yang menghasilkan tulisan di penjara ketika jasad mereka disekat daripada memberikan inspirasi kepada yang lain.Jasad penulis boleh dipenjarakan tetapi tidak mindanya.Minda seorang penulis hebat pasti terus merencana penulisan berinspirasi untuk menginspirasikan insan lain.

 

Justeru, dengan suntikan ini sedikit sebanyak memberikan semangat baru untuk saya bangun daripada kelembapan ini.InsyaAllah  saya mula bangun sedikit demi sedikit dari lamunan yang panjang.jangan biarkan kesibukan untuk meninggalkan tanggungjawab sosial untuk memberikan inspirasi kepada yang lain melalui tulisan.

 

Terima kasih rakan-rakan yang memberikan sokongan untuk saya bangkit ke tahap biasa.Syukran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: